Friday, February 27, 2009

mengapa masam..

Senyum yang mekar dibibir seorang muslim kepada saudaranya adalah sedekah...senangnya hendak mendapat pahala sedekah hanya dengan memberikan satu senyuman kepada saudara seislam yang lain.kalau begitu kenapa kita berat untuk senyum sedangkan ianya tidak memerlukan keluar walau setitik peluh pun?

di sini, amat susah untuk medapat senyuman dari seorang saudi di mana-mana kaunter kita pergi, baik di kaunter guard di pintu masuk rumah sendiri, di kaunter letak barang di shopping2 centre inikan pula di kaunter2 urusan rasmi pejabat mereka..bahkan bagi ladies di surau2 atau function ladies only pun payah hendak menerima satu senyuman....mukanya masam semua.nampak sombong dan garang rupa2nya bila kita berwajah "masam" tau..orang akan takut hendak berinteraksi dengan kita. Bagaimana mesej yang baik hendak bERkembang??

kelihatan sekarang di papan tanda di tepi2 jalan sekitar jeddah kempen untuk senyum..hah baru mereka sedar pentingnya senyum setelah ramai rakyat mereka ke Malaysia..melihat bagaimana ramah dan mekar senyuman di bibir orang kita di kebanyakan tempat urusan awam dan shopping2 mall.seronok kalau orang senyum kat kita sebenarnya(bukan berniat mengorat nih..).rasa damai dan mesranya kita sesama manusia..ingat~ SeNYUman ITu sATu SEDEkaH!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

4 comments:

kakpah said...

orang yang nak senyum ni kadang-kadang tengok mood juga kot.
Mood baik, senyuuummm je manjang.
kerja banyak, stress.. muka jadi masam mencuka. Tapi orang yang melihat mana nak tahu kita ni tengah mood baik ke tidak. Kalau nampak kita masam je tentulah orang kategorikan kita sombong.
Ada baiknya kita jangan terlalu melayan perasaan. Sentiasa maniskan muka. Rezkipun senang nak masuk. Tak gitu...

mama_sal said...

kalau bole senyum sokmo bak kata ore kelate hehhe, baru mudah rezki nak masuk, kawan ramai, ilang stress insyaallah..

kaamyl fauzi said...

tengok perkataan senyum, automatik teringat raihan!
hehe..lirik dia sangat best,

'senyum tanda mesra
senyum tanda sayang
senyumlah sedekah yang paling mudah
senyum di waktu susah tanda ketabahan
senyuman itu tanda keimanan

senyumlah~
senyumlah~'

hihi :D

mama_sal said...

kaamyl..

best kan lagu raihan tue..ammar pon suka n hafal..adik kena senyum sokmo dok kaat negara org..baru senang org tlg hehe