Monday, March 2, 2009

sempurnakah..

ye, memang kita kena selalu bertanya kepada diri kita sendiri soalan ini : sempurnakah wudhu' aku?

kenapa agaknya kita kena tanya selalu?

ini adalah kerana wudhu' atau dalam bahasa melayu ambil air sembahyang adalah sangat penting dan menjadi asas kepada sah atau tidaknya solat kita 5 kali sehari semalam. kalaulah wudhu' kita tidak sempurna, alangkah penatnya kita tunggang tunggik solat tapi tidak diterima oleh ALLah.

kalau dulu masa di sekolah semua murid belajar kafa cara-cara berwudhu'. tak perlulah rasanya saya ulang kembali di sini cara2nya sebab pasti semua dah maklum, tapi jika kita fikir2kan kembali adakah whudu' kita hari ini sama macam wudhu' mula2 kita belajar dekat sekolah agama dulu? kalau sama aduhh..dah masuk 20-30-40 tahun kita masih lagi di takuk lama rupa2nya dalam kes ambik wudhu' nih...yelah..mana taknya..kalau dah ceplukk ceplakk simbah muka dengan air~ zupp zupp lalu air kat tangan kiri dan kanan ( boleh bayangkan tak.. hehe)..begitulah hingga ke akhir..dengan begitu cepat dan mudah kita dah ambik whudu'..

habis tu nak yang macamana agaknya...

kalau kita mahu meningkatkan lagi tahap kesempurnaan wudhu', kita harus membaca doa di setiap perbuatan wudhu' kita..barulah kita berwudhu' dengan rilek sebab nak baca doa satu2 nih, pastu kita ratakan air lebih sikit dari tahap yang ditentukan atau meratakan air tu bagi kena betol2 kat muka sampai bawah dagu..di tangan sampaikan air ke siku, dan macam tu juga di kaki..sebab selalu di 3 bhgn ni air kengkadang tu tak berapa nak sampai rata sebab kita nak cepat..

apa doa yang patut kita baca bila sapu muka?

bila sapu muka kita doa:

اللهم نور وجهي في يوم تسود الوجوه
( allahumma nawwir wajhi fi yaumin taswaddul wujuh)
maksudnya:
ya allah, terangilah wajahku dengan cahaya pada hari gelap semua wajah2 ( padang mahsyar) ~ 3 kali

bila basuh tangan kanan kita doa:

اللهم اعط كتابي من يميني
( allahumma i'ti kitabi min yamini)

maksudnya: ya allah berikanlah kitabku(buku amalanku) dari belah kananku

bila basuh tangan kiri kita baca:

اللهم لا تعط كتابي من شمالي
( allahumma la tu'ti kitabi min syimali)

maksudnya: ya allah janganlah Kau berikan kitabku dari belah kiriku

bila sapu rambut kita baca:

اللهم حرم شعري من النار
( allahumma harrim sya'ri minan naar)

maksudnya: ya allah haramkanlah rambutku dari api neraka

bila sapu telinga kita baca:

اللهم اجعلني من الذين يسمعون الكلام الخير
( allahum maj'alni minallazina yasma'unal kalamal khair )

maksudnya: ya allah jadikanlah aku dari orang2 yang mendengar kebaikan

bila basuh kaki kita baca:

اللهم ثبت قدمي على صراط مستفيم
( allahumma thabbit qadamayya 'ala siratim mustaqeem )

maksudnya: ya allah tetapkanlah kakiku di atas jalan yang lurus ( titian sirat )

kalau nak lebih ditingkattkan lagi..ada doa selepas wudhu' tapi rasanya cukup dulu takat ni..sementara nak bagi ingat dan nak hafal yang ni dulu..lepas ni barulah boleh kita hafal yang lain insyaallah..

inilah dia rahsianya wudhu' yang sempurna yang di katakan oleh nabi saw..wudhu' yang berguguran dosa setiap kali kita melakukannya.dan wudhu' jugalah yang memberi cahaya seri ~ aura bersih ~ pada wajah kita..sejuk mata memandang.

semoga kita mendapat wudhu' yang seMPurNA..salam.

4 comments:

ibundo said...

kakpah ada seorang kawan yang tersangat was was tentang wudu. kalau ambil wudu berlama-lamaan. Kita dah siap solat, dia tak habis lagi dengan wuduknya. Kadang-kadang tengah-tengah solat dia batalkan solat dan ambil wuduk semula.

Ni dah berubat kuranglah sikit.

mama_sal said...

was was ni dr syaitan saja nk bg org lmbt buat ibadat dan mungkin terus tak buat.eloklah kalau dh berubat kan..kalah syaitn tue

baby doctor said...

oh..bagus la doa2 ni..
allah yu baarik fiik!

mama_sal said...

adik..
amalkan sentiasa, insyaallah akan membantu di alam akhirat ok

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...