Thursday, March 19, 2009

stop for a while

rasa nak stop ber blogging...

1- nak balik malaysia for 1 month
2- x sempatlah..masa terlalu cepat berlalu.lagipon bukannya ada peminat pon, xde org suruh apa pasal nak kena mengarang hari2 ekk..mmm da'wah tu memang la penting..kena jugak lah sampaikan apa2 yg kita rasa boleh di share dengan org lain..

tengok dulu mcmana 2-3 buln nih

Tuesday, March 10, 2009

alfatihah ~ sambungan ayat akhir

terlebih dahulu, maaflah..lama tak post new entry..line teramat teruk di jeddah sejak seminggu lepas..bila ada je internet dapatlah kita sambung discussion tentang ayat akhir surah al-fatihah..



صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

maksudnya: "iaitu jalan orang2 yang Kau beri ni'mat ke atas mereka
bukan jalan orang2 yang Kau murkai
dan bukan jalan orang2 yang sesat"

sampailah kita ke penghujung surah penting dalam solat iaitu surah al fatihah..sebagai pembuka kepada setiap solat, surah ini diakhiri dengan permintaan kita yang paling UTaMa ~ permintaan supaya ALLah tunjukkan kita JalAN orang-orang yang diberikan ni'mat ~ beerti cara yang ALLah mahu kita lakukan bila kita hendak mempunyai kelebihan,kekayaan, kesihatan,kelapangan masa dll...

ni'mat kaya ~ caranya mestilah mebayar zakat wang simpanan, sedekah selalu, tolong orang yang memerlukan kewangan dan keperluan material bukan kedekut dan berkira dengan anak2 atau ibu bapa dan fakir miskin

ni'mat sihat ~ caranya ialah memelihara kesihatan diri, ibu bapa dan anak2, menggunakan kesihatan untuk melakukan kerja2 kebajikan, masa kuat digunakan untuk membantu yang sakit dan memerlukan, bukan masa sihat digunakan untuk bersukaria berdansa hingga ke malam, menyanyi,merokok dan minum arak

ni'mat lapang ~ ziarah ibu bapa,melakukan tugasan penting,tidak bertangguh,berlengah2 dan melepak

-Bukan jalan orang2 yang ALlah murka ~ kristian dan yahudi..tapi hari ini cara hidup yahudi kristianlah yang menjadi ikutan anak muda kita..kita pon terleka juga melayan filem2 hollywood ~ bila melihat yang buruk kita harus ingatkan diri kita dan anak2 keburukan amalan yahudi dan jangan ditiru oleh mereka.

- Bukan juga jalan orang-orang yang sesat ~ kita minta ALlah jauhkan kita dari mengikut orang yang terpesong, yang lalai menjaga solat dan menjaga aurat,murtad dan lain2 lagi.kerana pepatah arab ada mengatakan :

" jika kita berkawan dengan tukang besi kita akan mendapat percikannya,
jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan mendapat baunya"

justeru penting juga siapa orang2 kita berkawan, kerana Rasulullah saw juga ada menyebut

المرء على دين خليله
maksudnya : " seseorang itu di atas agama sahabatnya"

dengan kefahaman kita kepada makna surah al-fatihah bolehlah sikit sebanyak dibayangkan maknanya bila kita membaca surah ini dalam setiap rakaat solat..moga kita semua mendapat solat yang khusyuk.wallahu a'lam ~ salam...

alfatihah ~ sambungan ayat 4-5



makna ayat 4:


" kepadaMU lah aku sembah dan kepadaMu lah aku mohon pertolongan"

- kita mengaku kepada Allah yang kita hanya sembah dan mintak tolong daripadaNya..tapi mengapa masih ada lagi orang yang solat~ sembah ALlah tapi minta tolong dari syaitan..seperti(sekadar contoh ) tukang2 bomoh yang bermacam2 jenis di parit2 dekat Muar ( sorry la org Muar ). ada bomoh urut kereta, jangan tak tahu! kereta kemek kena accident masuk workshop bomoh besok keluar dah licin macam baru lepas diketuk dan cat.itu minta pertolongan dari "rijalul ghaib" ~ lelaki ghaib/ jin/syaitan wallahu a'lam.

pernah ada sorg pakcik datang ke mekah untuk tunai haji ~ jejak je tanah haram~ jadi lembik macam kangkung kena celur..bila disoal rupa2nya beliau seorg bomoh yang mengambil kulit kepala dari orang mati kena bunuh!! dia akan korek kubur malam tu dan ambik kulit kepala sedikit buat berubat orang ~ laris katanya..arghh..syirik tu.setelah bertaubat dan disuruh makcik membakar segala bende perbomohan di rumah, barulah pakcik segar dan boleh buat haji..na'uzubillah terjadi sebegitu kepada anak cucu kita!

apa yang harus kita lakukan ialah menyembah Allah~sujud dan patuh kemudian meminta segala keinginan dan hajat kita menerusi DOa kepada ALlah siang dan malam..tidak perlu apa-apa medium/benda atau orang tengah..direct terus dengan Allah..insyaALlah kekuatan dOA tiada siapa yang menyangkalnya, senjata orang mukmin!

makna ayat 5:

" tunjukkanlahh kepadaku Ya ALLah jalan yang lurus "

- kita berdoa kepada Allah setiap hari 5 kali, minta allah tunjukkan kita jalan yang lurus. Bagaimana jalan lurus itu? cara hidup islam, makan baca doa, masuk tandas ada doa, tutup aurat dengan bukan muhrim termasuk abang ipar dalam rumah sendiri, atau sepupu sendiri( bukan mahram tu)..bukanlah islam itu hanya di tikar sejadah atau hafaz quran sahaja tapi lebih luas dari itu, belajar di sekolah segala macam ilmu, baik sesama jiran tetangga, bersih hati dari hasad dengki dll..

bila kita sering minta ALlah tunjuk jalan lurus, automatik jika kita berdepan dengan situasi yang perlukan kita memilih ~ hati kita cenderung untuk memilih yang islam suruh ~ITu saTU PETanda BAIK!

cukup dulu untuk kali ini..to be continue..

makin bz

baby 'aamer yang dah masuk 3 bln dah pandai nak suruh diangkat jek..ni buatkan mamanya bz n tak sempat nak updet blog selalu..bila malam pas maghrib time paling kritikal..

abangnya ammar nak buat homework, mengaji quran dan reading..pastu terus LaPArr nak makan malam..kengkadang nak makan dulu sblom reading..oklah...adehh! baby pon sama naik nangis, lapar gak nak susu..nii baru dua org..caner agaknya mak kita dulu bela sampai 5-8 orang anak?

mak mentua saya lagi hebat 9 org anak.orang kelate...huhhh..tabiklah!!




ni dah relax dah..ssukanyer nengok anak2 time kenyang ye..hehe

Monday, March 9, 2009

alfatihah **pembuka**

sambungan kepada kesempurnaan solat ialah kita membetulkan bacaan al-fatihah, sebab ia adalah antara rukun solat.

membaca al fatihah dengan betol perlu berguru~ mana nipis huruf ha, betul sebutan ain, dan tebal nipisnya huruf ghain..

dari sudut khusyu;mengetahui makna bacaan kita akan menetapkan fikiran kita kepada bacaan surah al--fatihah kerana kita tahu makna ayat2 yang kita baca..jadi baiklah kita cuba memahami makna surah al fatihah dulu.



Makna ayat pertama:
" segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam"

- segala pujian,kelebihan dan keagongan hanyalah milik kekal Allah, tiada yang boleh menandingiNya.justeru itu, jika kita ingin memuji manusia kita mesti merangkaikannya dengan kata-kata Masya Allah ~ bermaksud hanya dengan kehendak Allah~ makhluk itu cantik dan sebagainya.

makna ayat ke-2:
" Yang Maha pengasih dan penyayang."

- sifat pengasih dan penyayang allah sangat luas tidak terbatas, menyeluruh kepada semua makhluk yang diciptakanNya...

allah sayang kat kita, diberi segala nikmat melihat, mendengar, bercakap, bernafas..cuba bandingkan dengan orang yang cacat, kita tentu akan rasa diri kita lebih beruntung..alhamdulillah atas kurniaan segala macam ni'mat.jika ada yang kita belum dapat, baiklah kita bandingkan dengan orang yang lebih kurang ni'matnya dari kita, tak boleh banding dengan orang yang lebih..jadi sebab allah maha penyayang kita juga harus jadi penyayang, sesama insan, makhluk2 lain spt binatang dll.

makna ayat ke-3
"allah yang memiliki hari qiamat"

- allah yang mengetahui bila akan berlakunya kiamat, kita hanya perlu yakin hari kiamat itu akan datang dan segala persiapan untuk menghadapinya mesti dibuat sepanjang kehidupan di dunia..sebab nabi saw mengatakan jika kita mati terputus semua amalan kecuali 3 perkara:

ilmu yang kita ajarkan kepada orang~ selagi org itu amalkan mengalirlah pahalanya kat kita

doa anak soleh ~ penting anak2 diajar mendoakan ibubapanya setiap kali lepas solat

sedekah jariah ~ sedekah kita untuk kebajikan dan penggunaaan orang ramai spt buat masjid, surau, sekolah, jambatan, telekong, sejadah dll.selagi orang gunakannya mengalir pahala kat kita dalam kubur.

ada doa untuk amalan harian jika kita inginkan pelepasan kesengsaraan pada hari kiamat, doa ini di baca semasa tahiyyat akhir selepas abis bacaan tahiyyat sebelum salam:

اللهم إنا نعوذ بك من عذاب جهنم- allahumma inna na'uzubika min azabi jahannam
maksudnya: ya allah kami mohon dijauhkan dari azab neraka

ونعوذ بك من فتنة القبر- wa na'uzubika min fitnatil qabri
kami mohon dijauhkan dari fitnah kubur

ونعوذ بك من فتنة المحيا والممات- wa na'uzubika min fitnatiil mahya wal mamaat
kami mohon dijauhkan dari fitnah hidup dan mati

ونعوذ بك من فتنة مسيح الدجال- wa na'uzubika min fitnati masihid dajjal
kami mohon dijauhkan dari fitnah dajjal

cukup dulu untuk hari ini, sambung lagi di entry seterusnya ~ hafalkan doa yang diberi di atas dan baca semasa tahiyyat akhir..salam

Sunday, March 8, 2009

ahlan ya muhammad


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kelahiran mu ya Muhammad di beri pelbagai tanda sebelumnya:

1) pecah empangan maarib di sana'a, yaman.
empangan besar di yaman yang menjadi sumber air rakyat sekitar, pecah di sebabkan oleh lubang yang dikorek oleh seeor tikus. Menjadi kehairanan kepada masyarakat ~ apakah yang hendak berlaku?

2) kejadian mekah diserang oleh tentera bergajah pimpinan Abrahah..abrahah ni berasal dari yaman, sangat hebat berperang dan beliau sangat dengki mekah menjadi tumpuan orang ramai kerana ingin tawaf di kaabah..saya pernah ke yaman, ada di sana bangunan serupa kaabah yang dibina oleh abrahah diberi nama ~ kaabah abrahah~ tujuannya untuk menandingi kemahsyuran kaabah di mekah..(dah ditutup sekarang)..sebab itulah beliau menyerang mekah..dan dengan izin allah, burung2 abaabil mengalahkan mereka dengan mencampakkan batu-batu besar ke atas mereka dan mereka gagal menyerang kaabah

Menjelang kelahiran Rasulullah SAW, tiang Istana Kisra tempat bersemayamnya Maharaja Persia bergegar, empat belas berandanya runtuh,  air tasik besar Tiberia menjadi surut,  Api Majusi yang belum pernah padam selama 1000 tahun padam tiba-tiba.
MASYA ALLAH..

pendidikan mu ya Muhammad sangat dijaga oleh Allah sebagai persediaan menjadi rasul:

1) nabi Muhammad saw di hantar oleh ibunya aminah ke kawasan badwi ~ perkampungan terpencil untuk disusukan oleh halimatus saadiah..signifikannya ialah kerana di kampung banyak kelebihan berbanding kota mekah yang penuh patung-patung berhala ketika itu..selain orang kampung masih bercakap menggunakan bahasa arab baku, udara yang sihat dan persekitaran yang aman dan tenteram amat penting untuk pertumbuhan bayi kecil yang akan menjadi Rasul.

2) peristiwa nabi Muhammad di belah jantungnya dan di cuci
suatu hari ketika nabi sedang bermain-main, datang seorang lelaki dan membelah dada nabi muhammad, mengeluarkan jantungnya dan mencucinya dengan air dan diletakkan semula ke dalam tubuh baginda..sangat ajaib pembedahan ini berlaku ~ dengan izin Allah ~ dengan sangat cepat dan tidak berdarah...
simboliknya ialah menunjukkan ALlah ingin membersihkan hati baginda sedari kecil lagi supaya baginda saw tidak mempunyai penyakit2 hati dan bersih jiwa dan nafsunya dari melakukan dosa dan noda.

3) mengikut bapa saudaranya berniaga ke syam
baginda saw sering dibawa oleh bapa saudaranya Abu Talib berniaga ke syam ~ jordan dan syria ~ suatu hari sewaktu baginda dan unclenya melalui sebuah gereja rahib itu menegur Abu Talib dengan mengingatkannya supaya menjaga budak ini ( nabi Muhammad saw) dengan baik kerana dia akan menjadi nabi..mengapakah rahib itu berkata demikian? ini adalah kerana setiap kali mereka melintas di hadapannya beliau melihat awan sentiasa berarak mengikut pergerakan nabi saw untuk melindungi baginda dari panahan terik matahari..masyaALlah kan..
berniaga juga mempunyai signifikan tersendiri dalam mendidik nabi saw. melalui berniaga baginda terlatih berdepan dengan pelbagai kerenah manusia dan belajar bersabar menghadapi jatuh bangun bisness dan pelbagai situasi

4) Muhammad pengembala kambing
semasa remaja baginda saw juga adalah pengembala kambing..rupa-rupanya kambing mempunyai kelebihan tersendiri jika kita memerhatikannya..kambing bergerak berkumpulan dan makan dari makanan bersih ~ iaitu lumut2 di batu-batu bukan dari tanah..sebab tu kambing di sini tidak hamis..justeru nabi saw apabila mengembala kambing terlatih untuk mengendalikan kumpulan kambing yang ramai, halau ke sana dan kesini..ada yang seekor terlambat, atau terleka..sebagai persediaan menjaga umat manusia yang pelbagai kerenah dan keinginan

demikianlah sedikit sebanyak sejarah kelahiran dan pembentukan nabi kita saw yang sangat terancang dan diatur oleh allah swt supaya baginda bersedia dan mampu memikul tanggungjawab sebagai rasul untuk mengajak manusia di kota mekah menyembah allah dan meninggalkan berhala nenek moyang mereka...

kita sangat terhutang budi pada baginda saw..tanpa usaha gigih baginda saw islam tidak sampai ke tempat kita ..
allahumma solli 'ala Muhammad!! salam alaik ya rasulullah

Saturday, March 7, 2009

bagaimana?

Mengapa agaknya kita solat?

saya solat sebab mama asyik suruh solat ~ anak saya ammar.
saya solat sebab malu nanti kawan2 cakap bakpo mu x semaye ~ mek kelate
saya solat sebab ayoh rotang mu kalu mu dok semayang ~ awang kenit
saya solat sebab rasanya solat tu wajib kan? ~ anakmurid sharifah rodziah

macam-macam sebab orang solat. hakikatnya kita solat kerana ingin mengabdikan diri ~ menjadi hamba ~ kepada ALlah..sebab tu dalam gerakan solat ada ruku',sujud..bacaannya pon ada doa, mintak tolong, mintak ampun..tanda kita taat dan patuh kepada perintah allah, kita serah diri untuk di pimpin dan di pandu oleh Allah.

maknanya ~ solat ini adalah hubungan direct kita dengan Allah ~ ini samalah macam kita bercakap, berdialog dan berbual-bual dengan Allah.

boleh ke :

* anda sedang bercakap dengan si ani ~ tapi dalam hati ingatkan si ana...mesti ani perasan anda tak beriya2 pon dengan dier.

+ anda sedang mintak tolong cikgu tunjukkan jalan kira-kira matematik ~ tapi dalam hati dok ingat eh abis karang nasi kat dewan makan kalau aku lambat..mesti x dapatnyer cara penyelesaian matematik tadi..

macam tu lah jugak kalau kita solat..

* sedang dok membaca al-fatihah mintak allah tunjukkan jalan yang lurus ~ teringat jam yang hilang tu tertinggal kat tandas tadi..

+ tengah2 duduk antara dua sujud mintak allah ampun dosa, rahmati diri, angkatkan darjat diri ~ teringatkan sms si ani tak berbalas lagi..

sebab inilah walaupun kita solat sehari semalam tapi still kita tidak mendapat barakah~ berkat atau dalam bahasa mudahnya tidak mendapat petunjuk. solat yang khuyu' akan menjadi benteng kepada perkara mungkar ~ menjadi penghalang diri kita untuk membuat sesuatu yang allah larang..automatik hati kita akan rasa tidak sedap..bila hati rasa tidak sedap maknanya "alarm" solat telah berbunyi..eh janganlah buat macam ni..tak nak lah buat macam tu.

bagaimana agak2nya nak khusyu' dalam solat?

- ianya bermula dari wudhu' lagi ~ wudhu' biar sempurna ( rujuk entry lepas )
- lepas wudhu' direct solat ~ jangan selang dengan pegi dapur ke, jawab cal ke..
- sebelum solat baca istighhfar, surah an-naas ( قل أعوذ برب الناس)
- cuba hadirkan dan rendahkan hati
- cuba memahami makna bacaan al-fatihah dan surah2 ( yang ni memang kena wat homework lah)
- cuba fahami erti doa-doa yang di baca masa ruku', sujud, antara dua sujud dan tahiyyat ( kena wat homework)
- kalau pernah ke baitullah ~ bayangkan baitullah berada di depan

( dan mungkin anda ada banyak lagi cara-cara lain untuk mengkhusyu'kan solat masing-masing..)

Friday, March 6, 2009

raudhah @ masjid nabawi

lama tak updet blog ni..komputer sakit,line pon sakit seminggu ni..ujian..
program pon banyak minggu ni, ada guest dari cairo, jamuan di t hj mekah, badminton tournament di jeddah..penuh!

walau apapun masa yang ada saya selitkanlah entry tentang raudhah ni.

setiap insan yang datang ke madinah mesti menziarahi makam rasulullah saw, saidina abu bakar dan umar radiallahu anhuma serta masuk dan bersolat di raudhah.

raudhah ialah tempat di antara makam rasulullah saw dan mimbar tempat nabi saw berkhutbah. kawasan ini telah di letakkan dengan karpet berwarna putih hijau untuk membezakannya dari kawasan masjid yang biasa iaitu berkarpet merah.

setiap masa orang berlumba-lumba untuk solat di raudhah kerana rasulullah saw telah menyatakan dalam hadis yang mafhumnya membawa erti yang tempat di antara rumahku dan mimbarku ialah taman daripada taman-taman syurga~ alangkah indahnya..

syurga telah diletakkan di depan mata kita di dalam masjid nabi saw di madinah..

hendak masuk syurga tidaklah semudah yang kita sangka..perlu berjuang dan melakukan pelbagai usaha dan ibadat.. wajib dan sunat serta perlu memelihara hubungan dengan allah dan manusia..demikianlah juga kita bila hendak masuk ke raudhah~ taman syurga ini..

memang cabarannya orang yang ramai dan pelbagai bangsa dan negara..berbagailah jugak cara dan pendekatan masing2..untuk wanita hanya 3 masa sahaja dibuka raudhah ni iaitu 730am-10.30am, lepas zohor 1-3pm dan sebelah malam 9-11pm. ruangannya pon hanyalah suku sahaja dari ruang raudhah yang sebenar. bagi orang lelaki sentiasa sahaja boleh solat disitu, seperti tempat solat biasa cuma masa selepas asar adalah waktu terbaik untuk masuk masjid dan mendapat tempat duduk di raudhah bagi solat maghrib dan isya'.

di bahagian perempuan banyaklah cabarannya..

ada orang berlari-lari masuk ke raudhah dan menolak orang lain ~ betulkah begini nak masuk syurga?

ada orang mulutnya asyik berbunyi menyuruh orang lain cepat dan memberi ruang kepadanya~ betulkah begini nak masuk syurga?

ada orang bising2 marahkan orang lain menyempit dan tersiku badannya ~ betulkah begini?

syurga adalah tempat yang tenang, relaxing dan suka serta rendah hati berjumpa dengan allah..justeru tak perlulah kita berlari-lari mengejar tempat hingga bila sampai ke depan nafas tercungap2 dan ketar kaki untuk solat..laa ila ha illallah..

kita juga kena yakin jika ada rezki untuk kita pasti ada tempat untuk solat dan tak perlulah kita menolak2 orang lain..

jangan risaukan beg tangan kita, takut orang langkah atau terpijak kita.kalau terlanggar dan terpijak pon maafkan ajelah..bukankah itu lebih mulia?
apabila mendapat tempat terus ajalah kita solat .. solat sunat dhuha ke, sunat taubat ke atau solat hajat dan berdoa semahu-mahunya hingga puashati.insya allah makbul doa kita di raudhah.

peluang yang hanya datang ketika kita bermukim di jeddah, mekah atau madinah seharusnya kita gunakan semaksimanya..nanti bila dah balik ke malaysia banyaklah pulak ribunya hendak datang ke sini semula.

tapi rupa-rupanya bila dah dekat ni pon belum tentu lagi kita boleh kerap ke madinah..perjalanan yang hanya memakan 4 jam dengan kereta..mengapa agaknya ye?

bahkan ada yang hampir 2-3 tahun tidak ke madinah.banyak urusan dunia yang hendak dibereskan hingga tidak sempat mengunjungi dan menziarahi nabi saw..tetapi jangan terkejut jika ada anak kita yang belajar di madinah pon tidak solat berjemaah di masjid nabi saw magrib ~ isya' setiap hari.sedangkan ada shuttle bas setiap waktu membawa mereka dari universiti ke haram nabi saw..

macamana ni anak2..masih muda belia dan gagah perkasa, sepatutnya sentiasa kuat dan mampu melawan kepenatan badan untuk ke haram..hanya ada 4 atau 5 tahun saja sesi pengajian anak2 di madinah.. mari sama-sama kita berlumba2 ke haram!


inilah karpet putih hijau yang menghampari raudhah


ruang terbuka di masjid nabawi~ dekat dgn raudhah.tempat membaca quran atau ibadah lain sebelum dan sesudah ke raudhah


tong yang bulat tu berisi air zamzam~ sejuk n nyaman


sentiasa sahaja ada orang bersedekah tamar di haram nabawi

Monday, March 2, 2009

sempurnakah..

ye, memang kita kena selalu bertanya kepada diri kita sendiri soalan ini : sempurnakah wudhu' aku?

kenapa agaknya kita kena tanya selalu?

ini adalah kerana wudhu' atau dalam bahasa melayu ambil air sembahyang adalah sangat penting dan menjadi asas kepada sah atau tidaknya solat kita 5 kali sehari semalam. kalaulah wudhu' kita tidak sempurna, alangkah penatnya kita tunggang tunggik solat tapi tidak diterima oleh ALLah.

kalau dulu masa di sekolah semua murid belajar kafa cara-cara berwudhu'. tak perlulah rasanya saya ulang kembali di sini cara2nya sebab pasti semua dah maklum, tapi jika kita fikir2kan kembali adakah whudu' kita hari ini sama macam wudhu' mula2 kita belajar dekat sekolah agama dulu? kalau sama aduhh..dah masuk 20-30-40 tahun kita masih lagi di takuk lama rupa2nya dalam kes ambik wudhu' nih...yelah..mana taknya..kalau dah ceplukk ceplakk simbah muka dengan air~ zupp zupp lalu air kat tangan kiri dan kanan ( boleh bayangkan tak.. hehe)..begitulah hingga ke akhir..dengan begitu cepat dan mudah kita dah ambik whudu'..

habis tu nak yang macamana agaknya...

kalau kita mahu meningkatkan lagi tahap kesempurnaan wudhu', kita harus membaca doa di setiap perbuatan wudhu' kita..barulah kita berwudhu' dengan rilek sebab nak baca doa satu2 nih, pastu kita ratakan air lebih sikit dari tahap yang ditentukan atau meratakan air tu bagi kena betol2 kat muka sampai bawah dagu..di tangan sampaikan air ke siku, dan macam tu juga di kaki..sebab selalu di 3 bhgn ni air kengkadang tu tak berapa nak sampai rata sebab kita nak cepat..

apa doa yang patut kita baca bila sapu muka?

bila sapu muka kita doa:

اللهم نور وجهي في يوم تسود الوجوه
( allahumma nawwir wajhi fi yaumin taswaddul wujuh)
maksudnya:
ya allah, terangilah wajahku dengan cahaya pada hari gelap semua wajah2 ( padang mahsyar) ~ 3 kali

bila basuh tangan kanan kita doa:

اللهم اعط كتابي من يميني
( allahumma i'ti kitabi min yamini)

maksudnya: ya allah berikanlah kitabku(buku amalanku) dari belah kananku

bila basuh tangan kiri kita baca:

اللهم لا تعط كتابي من شمالي
( allahumma la tu'ti kitabi min syimali)

maksudnya: ya allah janganlah Kau berikan kitabku dari belah kiriku

bila sapu rambut kita baca:

اللهم حرم شعري من النار
( allahumma harrim sya'ri minan naar)

maksudnya: ya allah haramkanlah rambutku dari api neraka

bila sapu telinga kita baca:

اللهم اجعلني من الذين يسمعون الكلام الخير
( allahum maj'alni minallazina yasma'unal kalamal khair )

maksudnya: ya allah jadikanlah aku dari orang2 yang mendengar kebaikan

bila basuh kaki kita baca:

اللهم ثبت قدمي على صراط مستفيم
( allahumma thabbit qadamayya 'ala siratim mustaqeem )

maksudnya: ya allah tetapkanlah kakiku di atas jalan yang lurus ( titian sirat )

kalau nak lebih ditingkattkan lagi..ada doa selepas wudhu' tapi rasanya cukup dulu takat ni..sementara nak bagi ingat dan nak hafal yang ni dulu..lepas ni barulah boleh kita hafal yang lain insyaallah..

inilah dia rahsianya wudhu' yang sempurna yang di katakan oleh nabi saw..wudhu' yang berguguran dosa setiap kali kita melakukannya.dan wudhu' jugalah yang memberi cahaya seri ~ aura bersih ~ pada wajah kita..sejuk mata memandang.

semoga kita mendapat wudhu' yang seMPurNA..salam.

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...