Sunday, February 22, 2009

touch with the nature

ada empat unsur yang disebut dalam kitab taajul muluk ~air ~api ~tanah ~angin...unsur2 penting yang membentuk manusia dan kehidupannya.rupa-rupanya feng shui juga menekankan 4 unsur yang sama.dan salah satu cara untuk hidup sihat dan bersemangat ialah dengan menyentuh salah satu unsur atau mana-mana dua atau kesemuanya sekali dalam sehari.

patutlah nenek dan mak-mak kita di kampung dulu sangat sihat dan jarang sakit.bangun pagi-pagi gelap dah mandi air telaga sejuk..bila dah sarapan pagi turun ke sawah menyentuh tanah..dah penat duduk sebentar di anjung rumah mengeringkan peluh sambil mengibas2 kain "cukin" ~ kain lilit tengkuk dan dibuat basahan mandi.tiba masa untuk memasak pula, mulalah menghembus-hembus kayu api untuk dihidupkan jadi api..basah jugak pipi untuk menghidupkan api tue...huh!! itu rahsia mereka hidup sihat!

kami di jeddah ni..aduh! dahlah kaum wanita tak kerja kat sini, tak boleh drive pulak..abislah patah kaki, duduk ajelah di dalam rumah me"monggok" bak kata orang nogori.kerja rumah memang lah banyak tapi...biasalah..tak dapat touch the nature dalam sehari tu. pokok tanam mati~ panass! rumah aircond dan tingkap tak boleh dibuka~habukk. baju tak boleh sidai~habuk, masuk dryer aje, keluar2 dah boleh lipat.kalau sesetengah rumah tu tak nampak cahaya matahari kalau tak keluar rumah..tapi saya ada gak cermin-cermin..so nampaklah matahari~ siang ke malam nih hehe..so, kalau husband ada free barulah dapat menghirup udara luar, kalau tak duduklah dalam aircond 24 jam. sakit abis badan dan otak duduk kat rumah memanjang..

tapi alhamdulillah kat jeddah ni adalah jugak aktiviti bila bulan penuh~ menangkap ketam~ ini memang saat-saat yang dinantikan.bila bulan nak penuh ekk??asyik tengok haribulan islam je tunggu akhir bulan then tengok langit hehe..kena time weekends dan tidak ada guest visit..jeng jeng jeng..


subhanallah..bila sesekali dapat keluar tengok sunset..memang best!


kena bertolak lepas asar dan sampai ke tepi laut dekat2 nak maghrib


kalau kena caranya..masyaAllah banyak gak dapat


hah besar tak hasil tangkapan..memang hilang stress lah dapat tangkap yang nih


long live my husband! hehe..


memang takkan miss minum susu unta on the way back...(biasanyer dah pukul 11 malam),nanti saya buat entry lain khasiat susu unta ok!

3 comments:

kakpah said...

salam. kakpah tengok orang kat sana duduk berkurung je dalam rumah. Pernah pergi rumah kawan husband dekat-dekat dengan JabbalNur. Hilang prasangka ngatakan orang arab ni kasar. Bini dia okay je layan tetamu. Tapi dia kata memang tak banyak keluar rumah. Duduk dalam rumah je. Tak boring ke..
.
Ketam tu tangkap sendiri? Seronoknya.

mama_sal said...

memang duduk dalam rumah je kat sini..naik teksi bahaya pompuan sorg2, jalan2 kaki kat luar pon x secured, suma kena tunggu hsbend..terukk! kena pandai adjust teksi man org indon ke, baru leh caya nak kuar sana sini, tpi transportation payah.sya tumpang2 pakai drebar opis husbend hehe bole la rewang2.
ketam tu mmg husbend tankgap..manis tol bila masak!

eita_tks said...

waaa...geram nyer tgk ketam2 tu...besar2 plak tu...masak rebus serai mmg best tu..terasa manis isi ketam yg fresh....