Friday, February 13, 2009

cinta madinah~masyaallah


inilah lokasi penggambaran drama "cinta madinah" beberapa tahun yang lalu..kebun ini milik keluarga arab badwi madinah yang menjadi 'kafil' atau sponsor kepada PakLong Isa( panggilan masyhurnya ) yang diamanahkan kepada paklong untuk menguruskannya.masyaallah luas kebunnya dan penuh subur dengan pelbagai jenis pokok tamar termasuk 'ajwa (tamar nabi), helwah, anbar dll. kami sangat bertuah kerana datang tepat pada masanya iaitu 'waktu talqeeh' ( masa persenyawaan ) poko2 tamar. rupa-rupanya pokok tamar bukan seperti pokok bunga yang menjadikan angin atau serangga sebagai agen pendebungaan. pokok tamar memerlukan tenaga manusia untuk memanjat(pokok tinggi) pokok tamar jantan, mengambil bunga-bunga kering jantan dan diikat ditengah-tengah bunga-bunga hijau muda di pokok tamar betina.Masya allah~ SANGAT UNIK...





cukup lima bulan dari sekarang iaitu sekitar bulan julai, tibalah masanya untuk buah-buah tamar yang meNJAdi tadi untuk masak.sebab itu musim panas di madinah TERsangatlah panasnya berbanding Jeddah(kalau tidak kurma tak masak) dan seterusnya jika mahu dijual dalam bentuk " rutob" iaitu kurma basah terus dipetik dan disimpan di dalam freezer, manakala jika ingin dijual dalam bentuk "tamar" iaitu kurma kering dipetik dan dibiarkan kering di suhu luar yang memang memangkin agar tamar itu cepat kering.

buah tamar 'ajwa dari kebun paklong sangat saya sukai walaupun harganya mahal sr100 sekg tapi buahnya lembut dan moist.tidak seperti 'ajwa di pasar kurma yang kengkadang kering dan keras.


pokok tamar 'ajwa( tamar nabi ) ni..cute rendang jek, tak percaya kan!


selain dari itu kami juga berkesempatan melawat air matair yang dikorek oleh seorang sahabt yang bernama "jaafar at tayyar" semasa zaman sahabt2 rasulullah saw. telaga ini berada di dalam kebun paklong dan MasyaAllah walaupun dan 1430 tahun, masih mengalirkan air yang banyak dan menjadi sumber air lori-lori tangki di madinah ini.menjaadi sumber rezki paklong yang tidak putus2 walaupun hanya dijual sr10 sahaja selori.masyaAllah ramai orang yang sakit dengan kuasa Allah sembuh penyakitnya dengan meminum atau berendam di air ini.ada juga dr yang membuat kajian mengatakan air dari telaga ini 75% menyamai air zamzam pada mineralnya.sebab itu rasanya pun dah dekat macam rasa air zamzam.tak rasa macam air perigi kat malaysia..lain sangat, boleh diminum terus..BEST!



pada kawan-kawan yang mahu ikut, paklong mengajak kami ke kebun ini lagi sekali untuk berkelah, kerana di situ terdapat sebatang anak sungai, satu-satunya sungai yang merentas saudi, jika hujan di Taif maka air sungai ini akan banyak...so saper yang nak ikut cepat-cepat daftar nama..next trip bulan mac insyaallah.suzen,soweyy ye..melepas ler..

4 comments:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

nak itot!!

mama_sal said...

haha..bole bole..masuk dh dlm list!

ibundo said...

salam. melihat pokok tamar itu menambahkan rindu kpah untuk ke mekah lagi. sudah lama di sini?

mama_sal said...

dah lama jugak k pah, nak masuk 6 thn nih..x sedar masa berlalu..salam kenal k pah.thnx singgah di sini!

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...