Wednesday, February 8, 2017

Bangkok Part 3

Day 4:

Selepas check out dari hotel kami terus menuju ke Big Bee Farm untuk melihat bagaimana lebah di Thailand menghasilkan madu dan bee pollen termasuk royal jelly..Wow..pekerja yang menerangkan tu berbahasa Melayu..impressive!
 


 Adanan yang boleh berbahasa melayu


 Masya allah..lebah adalah binatang yang sangat unik, ada surah Lebah dalam Al-Quran...queen memilih lebah jantan yang power untuk menghasilkan telur..kemudian lebah jantan mati dan queen bertelur dan lebah betina pekerja akan memberi susu kepada anak lebah. Susu yang diambil dipanggil royal jelly..rasanya masam sedikit.
 

Lebah ada sistem ricky sebelum mengutip madu..kemudian barulah ramai-ramai lebah betina pekerja akan pegi mengutip madu, menghisap ke dalam perut dan mengeluarkan kembali di sarang...ada madu yang muda dan ada yang mature..
 
Adapun bee pollen dikutip daripada debunga yang melekat di badan dan kaki lebah menggunakan penapis macam alas kaki untuk manusia..jatuh bee pollen kat situ, dikutip dan dijual. Ia sangat mujarab untuk kecantikan kulit, buang jeragat dan macam-macam lagi..rasanya kelat sedikit..

 penerangan panjang lebar tentang lebah dan madu serta cara menentukan madu asli atau gula..



650 bhat= seratus lebih


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Pattaya Sheep Farm. Set up farm ni memang macam Europe country..very English gitu..wow nice view kat sini..













Selepas itu kami terus ke chatucak market..dah tak sabar-sabar ahli rombongan mak kiah nak shopping kat Bangkok..Perjalanan selama dua jam, kita rehat dulu, dapatkan balik tenaga untuk meronda pasar chatucak yang maha luas lagi panas ekekekeke...
 
 
Habis dah petang, berbondong-bondiong masing-masing setelah merembat apa yang dihajati. Kami balik check in semula di citin  pratunam hotel dan makan malam di restoran halal..sedap banget makan sebab lapar..
 
 


Lepas makan sambung lagi shopping keliling hotel..wow..memang sangat menggembirakan hati beli belah kat situ sebab maha murah..makan mangga dan pulut mangga. Pergi spa urut satu badan 250bhat (RM35 sahaja) lagi sekali untuk last service...Sangat segar bila bangun pagi esok..Alhamdulillah..

Esok pagi-pagi lepas suboh dah balik. Sekian trip kali ini, terima kasih ANas Travel n Tour sebab sampaikan hajat kami..TQ my sistaa!

Tuesday, February 7, 2017

Bangkok Part 2

Day 3:
Hari ini kami akan menaiki boat ke Pattaya Island. So, Lepas sarapan yang sangat sedap, kami pun mula bergerak ke tepi pantai yang hanya 5 minit sahaja. Ada kawan yang buat parasailing dan wow..am so excited tengok tapi tak berapa berani sebab husband tak ada..kalau dia ada mesti saya buat jugak parasailing ni..nanti kita datang lagi dan buat ye..










berenang dan exercise dalam air ekekeke
Makan jagung bakar dan beli bag kulit dan tali pinggang kulit..tergoda jugak akhirnya..asalnya mode insaf tak nak membeli sebab rumah dah kecik, tak nak barang banyak..tapi kantoi bila tengok beg cantik.

Balik semula ke hotel dalam jam 11 pagi, mandi dan bersiap-siap untuk keluar semula meneruskan tour hari ini...

Kami mulakan dengan ke Khao Cheechan Valley untuk melihat imej Buddha yang duduk dalam kedudukan meditasi termasuk elephant ride selepas itu..best elephant ride dia..teruja dan menjerit2 sebab takut tergolek2 bila gajah tu berjalan ekekek. Masa melihat imej Buddha tu kami hanya ambil gambar sahaja untuk menjaga hati tour guide si Jason, lepas tu kita doakan moga Allah memberi mereka hidayah agama Islam..itu ajela kan..bukan lebih2 pun.

imej dibatu bukit itu dilukis dengan laser dan diletakkan outline emas..





Selepas tu kami dibawa lunch di restoran halal berdekatan masjid Toaatillah..Masa tu solat jumaat, tapi Alhamdulillah bahagian perempuan tidak digunakan oleh lelaki so boleh solat. Lunch sangat sedap sebab ikan dan sotong dia fresh!
 

 
Selepas itu kami ke Pattaya Floating market..wah tempat ni sangat best. Ia adalah pasar terapung yang dibina atas tasik, gerai-gerai boat menjual makanan dan gerai-gerai atas air yang menjual souvenirs.. Kami ambil boat untuk explore dari awal sehingga ke hujung, kemudian barulah kami berjalan kaki balik semula ke pintu masuk sambil membeli makanan dan souvenirs..pengalaman yang menarik ialah bila melintas bawah jambatan kenalah tundukkan kepala..nice experience n view guys!
boat besar kat entrance
 
 
 



 

duck your head!
 



 

beli durian dan pulut mangga..yummylicious!
 
Selesai di floating market, kami bergerak ke Thai Thani Arts & Cultural Village untuk melihat cultural show, ukiran dan kraftangan serta makan malam di situ..menarik!
 


 Di songkran area ada festival main simbah air tengah berlangsung..kelakar la pulak diaorang main simbah2 air sambil menari-nari ekekek..sebenarnya festival ini ialah sambutan tahun baru Thai yang biasanya diadakan pertengahan april..tetapi kali ini hanyalah main air biasa sahaja.. Kalau mengikut tradisi, mereka akan menyimbah air bercampur pewangi thai untuk mencuci dosa..kemudian sami Buddha akan memberi keberkatan dalam hidup mereka sepanjang tahun. ada video saya rakamkan, nanti kalau boleh saya uploadkan ye..




 sambil makan tengok macam-macam jenis tarian selama sejam setengah
 
Selesai di  Thani restoran kami bergerak ke bear museum..Masya allah, penat giler sebab luas sungguh bear museum ni..tapi seronok macam tak ingat pakat mengambil gambar situ dan sini...

 



 


 




 



 




 
 
 
 


Akhirnya kami balik semula ke hotel untuk berehat dan packing untuk check out esok..



 
 



The Wedding of Ammar~Eka

16 November 2017 Solat Hajat di Surau Dwiputra diadakan selepas solat maghrib diimamkan oleh suami. Alhamdulillah kehadiran seperti jemput...