saya sangat teruja dan terkejut melihat kawasan bernama badar ini. kawasannya dipenuhi dengan bukit-bukit pasir yang tinggi dan besar..masyaallah, puas memikirkan bagaimana agaknya baginda saw dan para sahabat seramai 301 orang itu mengharungi perjalanan mereka dan menyusun strategi peperangan.diriwayatkan juga peperangan berlaku di dalam bulan ramadhan...aduhh tengah berpuasa tue.

cantik tak bukit pasir ini?





kawasan perkuburan syuhada' badar dan kini menjadi kubur awam


di lembah belakang sana yang ada pokok tamar kering medan peperangan badar

senarai nama sahabat nabi saw yang gugur syahid
apakah hasil peperangan badar? adakah rasulullah kalah atau menang?
peperangan yang menyaksikan tentera islam seramai 301 orang berdepan dengan kafir quraisy seramai 1000 orang memihak kepada rasulullah dan para sahabat.bayangkan dengan bilangan yang amat sedikit mereka boleh menang.sudah tentulah mereka memiliki semangat juang dan kekuatan mental dan fizikal yang tiada tolok bandingnya, kerana mereka sedar inilah peperangan penentu.jika mereka gagal islam akan lenyap.
sebab itulah kita amat terhutang budi dengan rasulullah saw dan syuhadaa' badar ini.tanpa mereka kita tidak dapat merasa nikmat islam dan iman hari ni.bagaimana kita hendak tunjukkan terima kasih kita kepada baginda saw dan para sahabat? selawat lah ke atas baginda saw dan al-fatihah untuk syuhada' badar!
No comments:
Post a Comment