Friday, August 21, 2009

new responsibility


pulang ke malaya...penuh tanggungjawab baru terpikul di atas bahu...

rumah kuarters yang baru dapat diduduki 2 minggu lalu..adehh masih banyak yang perlu dikemaskini



pusat kejiranan persint 11, ada kolam renang, tennis court, taman dll...meriah waktu petang




prasarana putrajaya yang indah..rasa tenang dan seolah macam duduk di europe(ditimpa perasaan) he3..

Sunday, August 16, 2009

pergimu tak kembali

entry kali ini saya dedikasikan khas buat ust asri vokalis Rabbani..
berita pemergian beliau sangat mengejutkan saya, sangat2 menyedihkan kami sekeluarga
kerana pertama, suami saya memang kenal dengan beliau, selalu berhubung dengan beliau untuk pelbagai jemputan masa di sekolah dulu..dan terakhir masa di mekah tahun lalu.
kami berjumpa di zamzam tower foodcourt dan terus menjemput kumpulan rabbani untuk mengadakan persembahan di konsulat malaysia jeddah sempena sambutan harijadi agong...
jemputan disambut dengan baik kerana mereka pun boleh mempromosikan album kompilasi baru mereka...anak saya sangat teruja dapat CD free dari ust asri..dan dipasang setiap hari di dalam kereta.dari situlah anak saya mula menguasai lagu intifadhah dan menguasai sebutan bahasa melayu melalui nasyid rabbani..sayunya rasa bila mendengar ust asri telah kembali bertemu dengan ALlah dalam usia 40 thn...
katanya beliau menyebut "ALLAH" dan terus rebah..beliau sempat meminta al-quran sebelum terus tidak sedarkan diri!! masyaallah!!
Ust asri telah bertemu tuhannya dalam pengakhiran yang sangat molek..kita?? kita belum tentu lagi bagaimana..mudah2an roh beliau dikumpulkan bersama orang2 yang soleh dan beliau terlepas dari azab kubur.. ameen ya rabb!!
~ AL FATIHAH UNTUK UST ASRI ~~


semasa persembahan rabbani di jeddah sempena harijadi agong jun, 08



anak-anak yang teruja berjumpa kumpulan rabbani..

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...