Tuesday, January 26, 2010

Raudhah Sa'ad bin Abi Waqqas






Perjalanku ke guangzhou, china disember yang lalu memang sangat bermakna.Kembara ke china untuk melihat apakah rahsia dan budaya masyarakat ini sehingga nabi menggalakkan kita menuntut ilmu hingga ke china. Sungguhlah mereka ini benar2 masyarakat yang tekun dan tinggi semangat dan kesungguhan.walaupun banyak perkara yang mereka copy dari orang lain tetapi dengan kesungguhan dan ketekunan mengubah suai dan membina yang baru dari yang asal menjadikan mereka berjaya mendapat perniagaaan..
yang paling bermakna adalah bila dapat menziarahi maqam persemadian sahabat nabi yang dijanjikan syurga ~ Sa'ad bin Abi Waqqas Radhiallah 'anhu..Al Fatihah untuk roh beliau~~

Sunday, December 13, 2009

al faatihah buatmu

entry kali ini saya dedikasikan buat sahabat seperjuangan kami di Jordan dahulu..sahabat suami.. arwah us arman bin md rusoff yang telah kembali bertemu Allah di malam jumaat yang lepas..alfaatihah..

Cerita lanjut tentang arwah beliau sila klik

petang ini ( isnin ) saya dan suami beramai- ramai dengan teman pejabat dan sahabat2 yang mengenali beliau akan menyambut jenazah di klia sementara menunggu connecting flight ke kota bharu..

buat ukhti suriani ( isteri arwah )..tabahkan hatimu dik..syurga allah menanti dia di sana, kuatkan semangat menghadapi hidup demi anak2 tercinta, amanah Allah...doa kami mengiringi langkah kalian.

"allahummagh fir lahu, war hamhu, wa 'aafihi wa'fu 'anhuu ya RABB!"

Monday, November 30, 2009

Petua 8P

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Thursday, November 19, 2009

sharing is caring~ yang tersirat di sabalik wudu'

Untuk renungan bersama.

1.. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3.. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5.. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

6.. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7.. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8.. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya :

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?.
Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?.
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Thursday, October 8, 2009

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :

"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :

"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafankan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :

"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

~bersambung~

Wednesday, October 7, 2009

BerHATIkah kita?

renungan bersama....sedutan dari us.naim.

Kata Imam al-Ghazali:-

" Carilah hatimu ketika membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru"


Kualiti amalan ditentukan oleh kualiti hati. Jika hati kita baik maka amalan atau perbuatan yang dikerjakan itu akan menjadi baik..

Hati yang bertitik hitam itu cucilah dengan zikrullah
Hati yang koyak itu jahitlah dengan benang bacaan Al-Quran
Hati yang keras itu lembutkanlah dengan madah dan tazkirah

Diungkapkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a.: Empat hal yg menyebabkan hati menjadi gelap iaitu;
~Perut yg selalu kenyang
~bergaul dengan orang yg zalim
~melupakan dosa yg telah lalu
~angan angan yg melambung.

Sedangkan empat hal yg menyebabkan hati menjadi bercahaya:
~perut yg lapar agar selalu waspada
~bergaul dengan orang orang soleh
~mengingat perbuatan dosa yg telah lalu
~tidak berangan angan yg melambung

Monday, October 5, 2009

~s.h.a.r.i.n.g is c.a.r.i.n.g~

Score A Programme™ menyediakan peluang untuk anak saya dan anda menjadi cemerlang di dalam pelajaran (di samping enjoy belajar), dan kita ibubapa menjadi gemilang di dalam bisnes (di samping enjoy duit).

Bagus untuk budak-budak ni… daripada main computer & tv game je… dan bagus untuk ibubapa juga… sebab busy macam mana pun kerja, masih boleh pantau prestasi pelajaran anak-anak.
Score A Programme™ juga diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-


Sikap Para Pelajar:-

~Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
~Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
~Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
~Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
~Hanya lemah dalam beberapa topik sahaja-tak perlu la ke tuition

Masalah Ibu bapa:-

~Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
~Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
~Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
~Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
~Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
~Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan;
justeru itu..
Score A Programme™ ialah program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia.Saya orang Kem. Pelajaran kena kempen lah program2 sebegini- SANGAT BAGUS UNTUK ANAK2 kita!

Cuba check Score A Programme™ kat sini: www.scorea.com

Untuk online demo Score A Programme™,

Masukkan Demo ID: 82828

Score A Programme™ – 24 jam sehari, 365 hari setahun, bila-bila masa, di mana-mana jua !

Hanya dengan 7 minit sehari, anda boleh mengubah prestasi anak anda menjadi jauh lebih cemerlang, gemilang dan berkeyakinan tinggi !



e report card: kita bole check soalan apa yang anak salah dan lemah




Maklumat lanjut kena cal saya..x larat nak taip panjang2 dan orang yang luarbiasa sahaja nakkan kelainan dalam hidup mereka.

Pengalaman saya~ ammar dah makin seronok belajar tru online kerana dia memang suka mengadap game n laptop! so kenalah dengan taste dia!Cal me:~~0388844418(p) atau 03 888902842(r)