Monday, December 13, 2010

mengenang kembali usul 20~as syeikh hassan al banna

USUL 20
Al-Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna

1. Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi
semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan negara ataupun kerajaan
dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun kasih sayang
dan keadilan. Ia adalah peradaban dan undang-undang ataupun
keilmuan dan hukum-hukum. Ia juga adalah material dan harta benda
ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun
ketenteraan dan fikrah. Begitu juga ia adalah akidah yang benar
dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di
sisi kita.

2. Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan
kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-
Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa arab dengan tidak
mengikut sikap memberatkan dan menyempitkan. Kefahaman kepada
sunnah yang suci adalah dengan mengembalikannya kepada rijal-rijal
hadis yang thiqah.

3. Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah
mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada
hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham, lintasan hati,
tilikan dan tenungan adalah bukan dari dalil hukum syariah yang
tidak diberikan iktibar kecuali jika tidak bertembung dengan hukum
dan nas agama

4. Dan setiap tangkal, pelindung, azimat, tilikan, jampi
serapah dan pengakuan mengetahui perkara ghaib adalah termasuk
dalam perkara mungkar yang wajib diperangi kecualilah jika ianya
adalah daripada ayat al-Quran dan tangkal yang sandarannya.

5. Pandangan Imam dan naibnya pada masalah yang tidak ada
nas putus padanya dan pada perkara yang mempunyai arah pandangan
yang berbagai hendaklah dipakai selagimana ia tidak bertentangan
dengan kaedah syarak. Pandangan ini kadangkalanya berubah
dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat
adalah mengabdikan diri tanpa berpaling kepada makna-maknanya
sedangkan asal dalam perkara adat, dilihat kepada rahsia-rahsia,
hikmat dan tujuannya.

6. Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-
katanya melainkan kata-kata yang keluar dari orang yang dilindungi
dari dosa, Rasulullah SAW. Setiap perkara yang datang dari
para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan
sunah, kita hendaklah menerimanya. Kalau tidak bertepatan dengan
nas, maka nas al-Quran dan sunah Rasulullah SAW adalah yang lebih
utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk
dan memburukkan seseorang dari mereka walaupun apa yang
telah diselisihkan mengenainya. Kita serahkan semuanya kepada
niat masing-masing kerana mereka telah bergantung kepada apa yang
telah mereka kerjakan.

7. Setiap muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad
dalam mencari dalil hukum Islam yang furuk hendaklah mengikut
kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi
elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah
dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya.
Dia hendaklah menerima segala petunjuk yang diserta dengan
dalil, ketika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang
memberikan petunjuk itu kepadanya. Dia juga hendaklah
menyempurnakan kekurangan ilrnu yang ada pada dirinya sekiranya dia
di kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai kepada
peringkat Al-Nazar (ijtihad hukum).

8. Perselisihan faham dalam perkara furuk fekah tidak
boleh menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di dalam agama,
juga janganlah ia membawa kepada perbalahan, kemarahan antara satu
sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan
jika dilakukan pengkajian ilmiah yang adil dalam masalah
yang diperselisihkan ini yang dilakukan dalam naungan perasaan
kasih mengasihi kerana Allah, bantu membantu untuk sampai kepada
hakikat yang sebenarnya, dengan tidak membawa kepada perbahasan
yang dikeji dan perasaan taasub.

9. Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada
amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak.
Di antara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya cabang dalam
hukum-hukum yang tidak mungkin berlaku, larut dalam membahaskan
makna ayat al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal
pengetahuan dan perbincangan untuk melebihkan antara
sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku antara mereka.
Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW
dan kesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan
perkara mi boleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.

10. Makrifat Allah Taala, tauhid kepadaNya, membersihkanNya
adalah akidah Islam yang paling mulia. Kita beriman dengan ayat dan
hadis sahih yang menceritakan sifat Allah dan apa perumpamaan yang
layak denganNya, kita beriman dengannya sepertimana datangnya ayat
itu tanpa takwil dan mencuaikan. Kita juga tidak mencampurkan
diri kita kepada perkara yang diperselisihkan oleh ulamak
mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh
Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Firman Allah yang
bermaksud: "Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam
pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama berkata: "Kami beriman
kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan Kami" (Al-Imran).

11. Setiap perkara bid'aah dalam din Allah yang tidak ada
asalnya walaupun diperelokkan oleh manusia dengan nafsu mereka
dengan menambahkan ataupun mengurangkannya, adalah perkara kesesatan
yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang
tidak membawa kepada merebaknya perkara yang lebih buruk dari itu.

12. Perkara bid'aah tambahan dan kurangan serta iltizam
dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah fekah yang
masih diperselisihkan. Setiap ulamak mempunyai pandangan
yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika kita mencari
kebenaran dengan dalil dan bukti.

13. Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang
soleh kerana amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan diri
kepada Allah Taala. Wali-wali Allah inilah yang dimaksudkan oleh
Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya.
Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie
dengan menganggap bahawa mereka telah diredhai oleh Allah dan
mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat
diri mereka sendiri di kala hidup atau mati mereka tambahan
pula memberikan perkara seperti itu kepada orang lain.

14. Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang
disyariatkan tetapi dengan caranya yang muktabar. Namun
begitu, meminta pertolongan, memanggil orang mati (walaupun siapa
dia), meminta tunaikan hajatnya dengannya secara dekat ataupun
jauh, bernazar kepada mereka, menghiaskan dan menerangkan
kubur mereka, menyapunya, bersumpah dengannya selain dari Allah
dan sebagainya dari perkara yang bid'aah, kesemuanya itu adalah
perkara yang bid'aah yang merupakan dosa besar yang wajib
diperangi. Janganlah kita mentakwilkan perkara-perkara ini
kerana kita hendaklah menyekat daripada berlakunya perkara-
perkara tersebut (Saddu al-Zaraik).

15. Doa kepada Allah yang disertai dengan tawasul dengan
orang lain adalah masalah khilaf furuk dalam masalah cara berdoa dan
ia bukannya dari masalah akidah.

16. Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz
syariat bahkan kita wajib memastikannya dari hudud makna
yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu juga wajib
kita bebaskan diri kita dari tertipu dengan kata-kata dalam
setiap aspek kehidupan dan juga agama. Pengajaran diambil daripada
apa yang dinamakan dan bukannya dan nama itu sendiri.

17. Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah
lebih utama dari amalan anggota lain. Mencari kesempumaan dalam
amalan keduanya adalah dianjurkan oleh syarak walaupun terdapat
perbezaan darjah anjuran ini.

18. Islam telah membebaskan akal dan memberi galakkan
supaya memerhatikan bumi ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu
dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam
setiap perkara. `Hikmat itu adalah perkara yang hilang dari mukminin
dan sekiranya dia menjumpainya, dialah yang paling berhak dengannya.

19. Kadang-kala setiap pandangan syarak dan pandangan akal
menyelusup ke dalam perkara yang tidak ada pada pandangan yang
kedua tetapi keduanya ini tidak akan berselisih dalam perkara yang
pasti (qat'ie). Hakikat ilmiah yang sahih tidak akan bertembung
dengan kaedah syarak yang tetap. Perkara yang dzan (diragui)
darinya akan ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang
qat'ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan', maka pandangan
syarak adalah lebih utama untuk dipakai dan pandangan akal ketika
itu hanyalah untuk memastikannya sahaja ataupun dihapuskan terus.

20. Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang
mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan
mengerjakan fardhu-fardhunya, semata kerana pandangan ataupun
maksiat yang dilakukan kecualilah jika dia mengakui dengan
perkataan kufur, mengingkar perkara yang maklum dari asas yang
darurat dalam agama, ataupun mendustakan al-Quran yang jelas,
atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang ditafsirkan sebagai kufur
oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak
boleh ditakwil lagi selain dari kufur.

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

Wednesday, December 8, 2010

'aamer dh bercakap!

Bila 'aamer dah mula bercakap, rasanya nak tergelak..so entertaining nengok dia bila cakap "no" berulang2 kali dengan jari telunjuk digoyang2kan tanda tak nak...atau dia cakap "lampu antik" lampu cantik, "nak tenok" nak tengok "nak angkat" nak dukungla...
dan macam2 lagik ayat2 biasa yang selalu dia dengar yang kengkadang kita faham, kengkadang ntah apa2 benda yang dicakapnya hehehe...

kalau pergi alamanda kat toycity ni la yang selalu kita nak elakk, tapi kalau dia nampak abislah..semua mainan nak dicuba tanpa takut2..ish2..punya susah nak ajak keluar..




apa2 pun 'aamer dh masuk 2 tahun 20 disember ni...kejap jek dh nak besar...abangnye dah nak masuk tingkatan 1 buka tahun depan..maknanya makin tua le mama ngan baba hehhee....sedar2lah diri..

sampai jugak ke mount kinabalu!



seronoknya dapat menjejakkan kaki setelah berumur lebih suku abad ke bumi ranau, sabah...
pengalaman yang tak dapat dijumpai di tempat lain...duduk di hotel heritage and spa berlatarbelakangkan gunung kinabalu sangat2 menyejukkan mata memandang...masyaallah...indah bumi ciptaanMu ya Rabb!



Selain daripada dapat melaksanakan tugasan memberi taklimat dan berbengkel dengan guru2 pedalaman di sabah, selesai mesyuarat, cuti satu hari lagi untuk round2 sekitar ranau...

Ini dia pengalaman yang paling menarik..FISH SPA!!Ikan kelah dan sebarau sedang menggigit2 kaki...eeeeeeee sakitt!!




Di Ranau ada DEsa Cattle atau tempat penternakan susu lembu macam di new zealand!! cuaca yang sejuk, dengan berlatarbelakangkan mount kinabalu..saling tak tumpah macam kat new zealand..



My fren, Murni..

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...