Sunday, February 22, 2009

perlukah khalwat?

ye khalwat bererti mengasingkan diri dari sesuatu keadaan.. keadaan yang penuh dengan fitnah dan dosa untuk mendekatkan diri dengan allah swt, beribadat dan bertafakkur memikirkan dosa-dosa yang telah kita lakukan atau memikirkan kebesaran dan keagungan allah taala..bukan khalwat norman-memey nih.

di zaman jahiliyyah di kota mekah dahulu, kaabah dikelilingi oleh pelbagai jenis patung yang di sembah oleh kaum quraisy ~ nama latta~ uzza dan macam2 lagi.. nabi muhammad saw yang pada masa itu belum menjadi nabi..hanyalah seorang pemuda biasa yang di gelar ~ al amin ~ sebab telah berjaya menyelesaikan perbalahan antara puak2 aus dan khazraj semasa mereka berebut saperkah yang layak meletakkan batu hitam~hajaral aswad ~ di sudut sebelah pintu kaabah.tahu tak bagaimana nabi menyelesaikan perbalahan mereka? nabi ambil sehelai kain yang ada empat penjuru, disuruhnya setiap penjuru dipegang oleh seorang wakil dari aus dan khazraj (jadi 2 wakil setiap puak ) dan membawa batu hajaral aswad di tengah2 kain, sampai di tempatnya, nabi yang angkat dan letak di situ..hah, bijak kan? itulah sebabnya baginda saw di gelar al-amin.

jadi pemuda al amin ini berasa sangat susah hati melihat masyarakat jahiliyyah menyembah patung dengan cara masing2 di sekitar kaabah, lalu dia ingin menjauhkan diri dari situasi tersebut maka naiklah baginda saw mendaki gunung nur ~ jabal nur (bahasa arabnya) sehingga kepuncak.


kalau orang yang tidak cukup stamina akan mengambil masa satu setengah jam jugak mendaki bukit ni..bukit ni terdiri dari batu batu besar dan perlukan kasut yang grip untuk mendakinya.kalau pakai selipar, sendiri tanggung ye..


dari puncak jabal nur nmpk seluruh kota mekah dan masjidil haram..ada orang nampak burung2 tengah tawaf berpusing2 keliling kaabah..masya allah.


inilah tempat nabi saw berkhalwat selama beberapa hari...kena kuat semangat nak duduk sini beberapa hari..gelap waktu malam nih..


di rekahan inilah nabi saw duduk berkhalwat dengan allah~ gua hiraa'~

apakah yang berlaku selama nabi saw berkhalwat di celah batu ini??

tiba-tiba datang seorang lelaki berjanggut dan berjubah putih memeluk nabi saw dengan kuaTT dan menyuruh nabi membaca ~ iqra' !! nabi kata ~ aku takleh membaca! dia kata ~ iqra'!! nabi kata~ aku takleh baca(mu ni x paham ke aku kan butahuruf?) pastu dia kata ~ iqra' bismi rabbikal lazi kholaq...hingga ke akhir surah al-alaq.nabi pun mengikut bacaannya dengan lancarnya...

pastu orang tua tadi hilang, nabi pon menggeletaar seluruh badan ketakutan (kalau kita pon takut kan) lari turun balik rumah, suruh isterinya siti khadijah~ selimutkan aku! selimutkan aku!...lepas lega tu barulah baginda saw menceritakan apa yang terjadi kepda isterinya..setelah ditanyakan kepada seorang rahib~ rahib tu mengesahkan bahawa itu tandanya nabi telah diangkat menjadi RAsul ~ dan telah menerima wahyu PerTAmanya..

1 comment:

ibundo said...

Orang yang kuat semangat je yang boleh panjat bukit tu. Kpah cuma tengok dari bawah.
.
.
enti kena tag.

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...