Friday, December 28, 2012

thailand trip part 1

Day 1

Pagi

Kami mengambil pakej island tour di Trang melalui Jaravee Guides &Tour (halal food), maka pagi itu van pun datang ambil kami di hotel. Masya  Allah..deco vannya wow..
 jeng jeng jeng..

Kami di bawa ke Marakot Cave..sepanjang perjalanan pemandangan yang sangat indah permai damai dan sangat menyejukkan mata dan merehatkan minda..bukit2 pulau berbatu dikelilingi air yang hijau jernih dan pasir2 yang putih adalah kombinasi warna yang cukup sempurna di mata saya..


Tiba di marakot cave, semua kena pakai life jacket, terjun ke dalam air dan berenang secara berurutan untuk masuk ke gua..wah..pengalaman menarik kerana biasanya kami buat cave exploring dengan berjalan kaki..tapi kali ini dengan berenang..fuhh!



Sampai di tengah-tengah gua subhanallah kelihatan ada cahaya..wahh! ada beach yang dikelilingi batu2 dan langit terang kelihatan di tengah2nya..subhanallah..indah ciptaanMU




back again tru the same cave to our boat..we made it!!

happy face..
Lepas naik boat kami diberi makan bubur kacang..oh enaknya..

Selepas itu, kami terus di bawa ke pulau lain untuk snorkelling..ini saat yang dinanti2kan oleh kami..
masya allah banyaknya ikan yang besar2 dan cantik..




naik dari snorkelling dihidangkan dengan lunch secara buffet..hebat orang thailand..boleh hidang lebih dari 7 lauk.atas boat..apalagi, kami pun makan dengan sepuas2nya sambil terapung2 dibuai ombak..adik amer bukan main lapar lagi..1st experience lah kiranya dia berenang dalam laut dalam dan bila dia campak roti ikan banyak kerumun kat permukaan air..menjerit2 suruh saya tangkap ikan2 tu hehehe
Kemudian kami di bawa ke  satu pulau lain dinamakan bay tu Bats Bay..punyalah banyak kelawar dok bergantungan di tepi2 batu2 tepi pulau tu...snorkelling lagi..masa kat sini, saya dapat tangkap seekor ikan kaler biru belang kuning utk amer..punyalah suka dia tak henti2 bercakap.. over exited la pulak..
Selesai sudah island tour, kami diberi minum kopi panas bersama kek span yang sungguh enak..memang orang thai tak kedekut..kalau pakej di langkawi.. island hopping tak ada makanan pun..sendiri bawa hehe

Malam

Ronda keliling pekan Trang ada deretan kedai2 beraneka macam, restoran, kedai souvenir jangan cakaplah melambak2..macam pasar malamlah kat tempat kita..Ada restoran halal dan kami beli burger ramli buat bekal.ada roti canai pelbagai rasa dijual oleh makcik2 dari narathiwat..rasa pisang, coklat dll..orang putih panggil pancake..sedap dan garing..tapi gambar tak sempat snap..laju je budak2 makan..habis!



Saturday, December 22, 2012

thailand trip via land

 Perjalanan sejauh 1000km dr putrajaya ke Krabi (destinasi utama) memakan masa seperti berikut:
-9 am dr putrajaya-1.30tghri di bukit kayu hitam, kedah termasuk lunch n solat zohor.

alhamdulillah jalan clear.minyak kereta hybrid kami hanya m120 (rm60 tankfull), dan masih berbaki setengah tangki lagi utk perjalanan balik.tol sehala rm65, boleh tahan mahal!

-lepasi sempadan dalam kul 2.30pm terus drive sampai 6pm di Trang, Thailand (destinasi pertama walaupun bukan yang utama)kat thailand jalanrayanya elok, smooth tak berlubang2 atau berdenyut..sekali ngan cari hotel, pakej tour esok hari dll selesai dalam jam 8.00 mlm.
 ikut je gps yang membawa kami menghala ke patalong sampai nampak simpang ke trang dan krabi

selamat sampai di trang...ini antara mercu tanda trang..clockwatch tower.
kami tidur di hotel ni

Wednesday, December 19, 2012

Percutian Ke-2..

Malam ini kami akan mula bertolak selepas ambil anak sulong di Maahad Tahfiz Kuala Selangor..
Jeng...Jeng... Tahu tak kami nak ke mana??

KONVOI kereta ke ...

Krabi Island, Thailand..


ihsan dr internet

Nantikan cerita selanjutnya lepas kami balik pada 25 Disember Insyaallah

Wednesday, November 28, 2012

Perth part 6

Day 5
Sampailah ke hari yang ditunggu-tunggu..memang dari malaysia lagi saya dah plan nak ke tempat ini..


 
Berjumpa dengan si cutie pie ini..
Comelkan..kaler biru tua..digelar juga little blue penguins..melihat si cutie ni di laut dan dalam discovery centre..dalam centre ni, ada la show penguins feeding..lahai cutenya penguin ni menyelam kejar ikan2 yang dibaling oleh caretaker di situ..ralit dengar cerita tentang penguin2 ni..

.
Saya dan amer menaiki boat untuk ke Penguin Island
Cara satu lagi ialah dengan berjalan kaki sahaja..sebab ada beting pasir,  air pun setakat pinggang je time air pasang..so ramailah bujang2 adventurers and explorers yang memilih jalan kaki untuk ke situ. Dalam 20 minit kot..dekat je..Kami relax2 kat jetty sementara tunggu ammar dan baba..macam2 spesis burung ada kat situ, yang tengah relax mengeram pun banyak..termasuk sea lions, dolphin datang sekali sekala dan gua2 yang cantik, masya Allah
 
 
mengelilingi penguin island tengok sealions, ducks n birds
 
ada field trips budak2 sekolah aussie
 
yess..Alhamdulillah we did it!
 

 
Acara wajib, mandi manda dan main pasir..

Petang:
Ronda2 bandar Rockingham, lunch kat restoran kebab..mahal sangat 24AUD(RM75) sepinggan..kalau di Wellington St. hanya 10 AUD(rm30)..tiga pinggan wajib hehe..tapi sedap banget..Buah apricot pun mama rembat..tak kiralah berapa rm pun..yang penting its on the season, fresh and sweet.

Malam:
Ronda Harbour Town dan ke Wilson Street untuk beli souvenirs sebab esok kul 4 pagi dah kena ke airport..bubbye Perth!!


                                                             apartment we stayed in


Perth part 5

Day 4

Pagi:
Bergerak ke Fremantle sejauh 45 km dari Perth mengimbau kenangan semasa duduk di Jeddah, Arab Saudi..Fremantle adalah bandar di tepi laut yang sangat cantik, tempat kapal besar dan boat nelayan berlabuh dan ikan, ketam, sotong dan semua seafood menjadi menu utama samada di bbq, deep fried atau disteam bersama chips atau nasi..Kalau di Jeddah dulu saya sangat suka ke pasar, ikan pelbagai warna dan banyak yang besar2..subhanallah. Di Fremantle kami makan di Kailis Restoran dan memilih untuk makan Fish n Chips  dan Kupang..Ketamnya besar sangat, ketam batu!
 
 

 cicerello's antara yang famous juga



Kaili's Fish n Chips
 
 
 
 


sail and lunch
 
 
Sebelum makan dan ronda2 Fremantle, kami masuk penjara dulu!! Ini penjaranya.....
 
Macam dalam cerita omputih
 
 
 



let's break this prison!

 

 
Uncle John. 22 tahun menjadi warden penjara Fremantle


Mula2 nak ambil adventure package utk  tour penjara ni, sebab nampak menarik, boleh naik kayak tapi mereka tak izinkan sebab amer kecil, kena crawling trough tunnel!! tu la pasal tak lepas..ala-ala prison break la hehe

Petang:
 
Balik ke Wellington Street dan meronda sekitar Swan River..masya Allah cantiknya..

Ini adalah Bell Tower ala2 Big Ben di London..Berdentang denting setiap jam..Kuat sangat...

 
 
 

sunset di swan river
 
 
malam kami mencari souvenirs di area Wilson street dan ronda area striling garden
dinner malam ini makan kebab di restoran arab berdekatan stirling garden