Thursday, February 26, 2009

mengapa laut itu merah?

Mengapa laut itu dinamakan merah?



kerana ikannya kah yang merah?


atau airnya yang merah? (mustahil....)

nabi musa alaihissalam (a.s) diutuskan oleh ALlah swt di bumi mesir, untuk berdepan dengan bapa angkatnya Firaun yang mengaku tuhan dan sekutunya qarun yang kayaraya. setelah menghadapi tentangan firaun, nabi musa a.s membuktikan kenabiannya dengan mukjizat~ tangannya yang berwarna putih bercahaya apabila dikeluarkan dari ketiaknya dan tongkatnya yang bertukar menjadi ular apabila dibaling ke tanah. maka dikumpullah oleh firuan sekalian ahli sihirnya untuk berdepan dengan nabi musa a.s..

siapakah yang menang?

nabi musa a.s menyuruh tukang sihir firaun menunjukkan dahulu kelebihan mereka, setelah mereka mengeluarkan ular, nabi musa a.s pon melontar tongkatnya...ular dari tongkat nabi musa a.s memakan habis semua ular-ular tukang sihir...lalu semua tukang sihir terkejut dan sujud menyembah Allah..marah dan murkalah firaun..mengejar nabi musa dan pengikutnya untuk dibunuh..

nabi musa a.s dan pengikutnya telah merentasi LAut MERah dengan memukul tongkatnya dan menjadilah dengan izin ALlah satu laluan untuk melintas..sebaliknya semasa firaun dan kuncu2nya melintas..laluan itu hilang dan tenggelamlah firaun ditelan laut..dengan pertolongan allah menanglah nabi musa a.s serta pengikut baginda dari bani israil dan matilah firaun yang sangat angkuh itu..hebat sejarahnya laut merah ni..

sebenarnya laut merah dinamakan merah kerana karangnya yang bernama "MARJAN" ~ iaitu sejenis karang yang disebut di dalam al-quran surah ar Rahman :
" يخرج منهما الؤلؤ والمرجان"
ertinya : yang keluar daripadanya (lautan) mutiara dan karang ( merah )


inilah karang di dalam laut merah


masya allah cantik tak?


ikan kerapu laut merah..subhanallah

2 comments:

ibundo said...

batu karang di ats kelihatan seperti kepala seekor singa betina yang sedang tidur.(telinganya mengadah ke atas, dagu dan mulut menghala ke sebelah kiri). MasyaAllah..
Kehebatan ciptaan Allah ada di mana-mana.

mama_sal said...

yelah k pah..ini yg jd syurga org2 snorkelling @ redsea kat jeddah ni

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...