Friday, February 27, 2009

mengapa masam..

Senyum yang mekar dibibir seorang muslim kepada saudaranya adalah sedekah...senangnya hendak mendapat pahala sedekah hanya dengan memberikan satu senyuman kepada saudara seislam yang lain.kalau begitu kenapa kita berat untuk senyum sedangkan ianya tidak memerlukan keluar walau setitik peluh pun?

di sini, amat susah untuk medapat senyuman dari seorang saudi di mana-mana kaunter kita pergi, baik di kaunter guard di pintu masuk rumah sendiri, di kaunter letak barang di shopping2 centre inikan pula di kaunter2 urusan rasmi pejabat mereka..bahkan bagi ladies di surau2 atau function ladies only pun payah hendak menerima satu senyuman....mukanya masam semua.nampak sombong dan garang rupa2nya bila kita berwajah "masam" tau..orang akan takut hendak berinteraksi dengan kita. Bagaimana mesej yang baik hendak bERkembang??

kelihatan sekarang di papan tanda di tepi2 jalan sekitar jeddah kempen untuk senyum..hah baru mereka sedar pentingnya senyum setelah ramai rakyat mereka ke Malaysia..melihat bagaimana ramah dan mekar senyuman di bibir orang kita di kebanyakan tempat urusan awam dan shopping2 mall.seronok kalau orang senyum kat kita sebenarnya(bukan berniat mengorat nih..).rasa damai dan mesranya kita sesama manusia..ingat~ SeNYUman ITu sATu SEDEkaH!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

makbulkah doa kita?

kebanyakan kita bila hendakkan sesuatu kita akan berusaha dan berdoa.tetapi kalau doa kita tidak dimakbulkan sering kita kecewa dan marah.ada yang putus asa untuk berdoa dan ada yang mempersoalkan mengapa doanya belum diterima sedangkan usahanya telah beriya-iya dan bersungguh-sungguh. sebenarnya ada banyak sebab mengapa doa kita tidak dimakbulkan oleh allah. pemakanan yang syubhah ~ tidak tentu halalnya, contentnya mempunyai bahan ekstrak khinzir atau lemak binatang adalah antara yang membentuk darah dan daging dalam tubuh badan kita.justeru apabila diri yang dibentuk dari perkara yang syubhah akan menghalang doanya sampai dan dimakbulkan oleh Allah.

tetapi hikmah dan positifnya doa tidak dimakbulkan juga ada ~

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sedangkan nabi nuh alaihissalam juga doamya tidak dimakbulkan.nabi nuh yang dianggap gila oleh masyarakat pada masa tersebut kerana selain mengajak mereka meyembah ALLah yang satu, baginda a.s mengajak pula mereka membina kapal di tengah-tengah padang pasir..isteri dan anaknya sendiri pon menolak seruan baginda a.s dan doa nabi nuh supaya isteri dan anaknya beriman tidak dimakbulkan. Jadi, apabila Allah menurunkan bala dengan tsunami banjir dan ombak menggulung mati isteri dan anaknya bersama golongan yang engkar akan seruan nabi nuh..

agaknya ada tak doa anda yang belum allah makbulkan?
tentu ada hikmahnya tue...

Thursday, February 26, 2009

award

entry kali ini saya nak bagi award kepada blogger yang sangat rajin dan kreatif berblog..saya suka baca blog anda dan memang boleh memberikan semangat untuk berblog lah bagi orang-orang baru macam saya ni..
silakan ambil award ini:
1. k pah
2. ieta
3. lutfi
4. lemongrass
5. mat gebu

moga sudi menerima award yang tak seberapa ni ye..

award
Make your own Glitter Graphics



mengapa laut itu merah?

Mengapa laut itu dinamakan merah?



kerana ikannya kah yang merah?


atau airnya yang merah? (mustahil....)

nabi musa alaihissalam (a.s) diutuskan oleh ALlah swt di bumi mesir, untuk berdepan dengan bapa angkatnya Firaun yang mengaku tuhan dan sekutunya qarun yang kayaraya. setelah menghadapi tentangan firaun, nabi musa a.s membuktikan kenabiannya dengan mukjizat~ tangannya yang berwarna putih bercahaya apabila dikeluarkan dari ketiaknya dan tongkatnya yang bertukar menjadi ular apabila dibaling ke tanah. maka dikumpullah oleh firuan sekalian ahli sihirnya untuk berdepan dengan nabi musa a.s..

siapakah yang menang?

nabi musa a.s menyuruh tukang sihir firaun menunjukkan dahulu kelebihan mereka, setelah mereka mengeluarkan ular, nabi musa a.s pon melontar tongkatnya...ular dari tongkat nabi musa a.s memakan habis semua ular-ular tukang sihir...lalu semua tukang sihir terkejut dan sujud menyembah Allah..marah dan murkalah firaun..mengejar nabi musa dan pengikutnya untuk dibunuh..

nabi musa a.s dan pengikutnya telah merentasi LAut MERah dengan memukul tongkatnya dan menjadilah dengan izin ALlah satu laluan untuk melintas..sebaliknya semasa firaun dan kuncu2nya melintas..laluan itu hilang dan tenggelamlah firaun ditelan laut..dengan pertolongan allah menanglah nabi musa a.s serta pengikut baginda dari bani israil dan matilah firaun yang sangat angkuh itu..hebat sejarahnya laut merah ni..

sebenarnya laut merah dinamakan merah kerana karangnya yang bernama "MARJAN" ~ iaitu sejenis karang yang disebut di dalam al-quran surah ar Rahman :
" يخرج منهما الؤلؤ والمرجان"
ertinya : yang keluar daripadanya (lautan) mutiara dan karang ( merah )


inilah karang di dalam laut merah


masya allah cantik tak?


ikan kerapu laut merah..subhanallah

Wednesday, February 25, 2009

resepsi

k pah dari tadika aulad telah menTAG saya nampaknya..

instructions:
Go to your photos folder in your computer
Go to the 6th folder of your photo
Go to the 6th picture in that folder
Put the picture on your blog and write a description of it
Invite 6 friends to join thee challenge
link them in your blog and let them know they have been
challenged



keterangan gambar:

gambar ini di ambil sewaktu resepsi national day philippine di jeddah tahun 08. inilah antara bidang tugas kerja mengikut suami di jeddah, tgas sebagai diplomat ( education consul ) haruslah mengeratkan hubungan dua hala dengan pelbagai negara dan konsulat yang ada di jeddah.selain dari resepsi hari kebangsaan, ada juga diadakan perlawanan bowling, tennis, takraw, ping-pong dan golf. untuk wanita pun tidak kurang aktivitnya seperti morning coffee dan demonstrasi memasak dan menggubah..walaupun di saudi wajib memakai abaya tetapi apabila ada event di hotel atau konsulat bolehlah dibuka abaya setelah memasuki premis tersebut.

selain dari itu tugas utama ialah menjaga pelajar di madinah, mekah, riyadh, sudan dan yaman..rumah saya selalu meriah dengan pelajar datang ziarah dan kami tak pernah sunyi dengan kawan-kawan selain dari orang conslate yang terdiri dari lebih 100 keluarga profesional termmasuk yang attach dengan nokia, ericson, hypermarket, medical dan lain-lain.

baiklah sekarang saya ingin meng TAG 6 orang ini :

1. ieta
2. adik-kamyl
3. kakak-mmj
4. bibah
5. lutfi
6. lemongrass

Tuesday, February 24, 2009

alangkah indahnya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


firstly thnx to adik~ aunti dapat kata-kata hikmah ini tru ur blog..its nice..

alangkah indahnya jika kita dapat menyuluh diri sendiri setiap malam sebelum melelapkan mata untuk tidur. menyuluh diri menerusi cermin mata sendiri.melihat ke dalam diri, menyoal diri kita kembali:
* siapa orang yang kita marah hari ini tadi?
* siapa yang telah kita sakiti hari ini tadi?
* ada tak kita dah bercakap kasar ngan husband atau anak2
* adakah kita akan hidup lagi esok?
* bila nak mintak maaf kat semua yang kita kasari?

aduh..memang menginsafkan jika kita dapat fikirkan perkara tesebut sebelum tidor, justeru kita berazam esok jika kita hidup lagi..kita tidak akan mengulangi kesilapan sama, akan lebih menghargai suami dan anak-anak serta kawan2 dan keluarga..berusaha menjadi lebih baik dari semalam..

Sunday, February 22, 2009

perlukah khalwat?

ye khalwat bererti mengasingkan diri dari sesuatu keadaan.. keadaan yang penuh dengan fitnah dan dosa untuk mendekatkan diri dengan allah swt, beribadat dan bertafakkur memikirkan dosa-dosa yang telah kita lakukan atau memikirkan kebesaran dan keagungan allah taala..bukan khalwat norman-memey nih.

di zaman jahiliyyah di kota mekah dahulu, kaabah dikelilingi oleh pelbagai jenis patung yang di sembah oleh kaum quraisy ~ nama latta~ uzza dan macam2 lagi.. nabi muhammad saw yang pada masa itu belum menjadi nabi..hanyalah seorang pemuda biasa yang di gelar ~ al amin ~ sebab telah berjaya menyelesaikan perbalahan antara puak2 aus dan khazraj semasa mereka berebut saperkah yang layak meletakkan batu hitam~hajaral aswad ~ di sudut sebelah pintu kaabah.tahu tak bagaimana nabi menyelesaikan perbalahan mereka? nabi ambil sehelai kain yang ada empat penjuru, disuruhnya setiap penjuru dipegang oleh seorang wakil dari aus dan khazraj (jadi 2 wakil setiap puak ) dan membawa batu hajaral aswad di tengah2 kain, sampai di tempatnya, nabi yang angkat dan letak di situ..hah, bijak kan? itulah sebabnya baginda saw di gelar al-amin.

jadi pemuda al amin ini berasa sangat susah hati melihat masyarakat jahiliyyah menyembah patung dengan cara masing2 di sekitar kaabah, lalu dia ingin menjauhkan diri dari situasi tersebut maka naiklah baginda saw mendaki gunung nur ~ jabal nur (bahasa arabnya) sehingga kepuncak.


kalau orang yang tidak cukup stamina akan mengambil masa satu setengah jam jugak mendaki bukit ni..bukit ni terdiri dari batu batu besar dan perlukan kasut yang grip untuk mendakinya.kalau pakai selipar, sendiri tanggung ye..


dari puncak jabal nur nmpk seluruh kota mekah dan masjidil haram..ada orang nampak burung2 tengah tawaf berpusing2 keliling kaabah..masya allah.


inilah tempat nabi saw berkhalwat selama beberapa hari...kena kuat semangat nak duduk sini beberapa hari..gelap waktu malam nih..


di rekahan inilah nabi saw duduk berkhalwat dengan allah~ gua hiraa'~

apakah yang berlaku selama nabi saw berkhalwat di celah batu ini??

tiba-tiba datang seorang lelaki berjanggut dan berjubah putih memeluk nabi saw dengan kuaTT dan menyuruh nabi membaca ~ iqra' !! nabi kata ~ aku takleh membaca! dia kata ~ iqra'!! nabi kata~ aku takleh baca(mu ni x paham ke aku kan butahuruf?) pastu dia kata ~ iqra' bismi rabbikal lazi kholaq...hingga ke akhir surah al-alaq.nabi pun mengikut bacaannya dengan lancarnya...

pastu orang tua tadi hilang, nabi pon menggeletaar seluruh badan ketakutan (kalau kita pon takut kan) lari turun balik rumah, suruh isterinya siti khadijah~ selimutkan aku! selimutkan aku!...lepas lega tu barulah baginda saw menceritakan apa yang terjadi kepda isterinya..setelah ditanyakan kepada seorang rahib~ rahib tu mengesahkan bahawa itu tandanya nabi telah diangkat menjadi RAsul ~ dan telah menerima wahyu PerTAmanya..

touch with the nature

ada empat unsur yang disebut dalam kitab taajul muluk ~air ~api ~tanah ~angin...unsur2 penting yang membentuk manusia dan kehidupannya.rupa-rupanya feng shui juga menekankan 4 unsur yang sama.dan salah satu cara untuk hidup sihat dan bersemangat ialah dengan menyentuh salah satu unsur atau mana-mana dua atau kesemuanya sekali dalam sehari.

patutlah nenek dan mak-mak kita di kampung dulu sangat sihat dan jarang sakit.bangun pagi-pagi gelap dah mandi air telaga sejuk..bila dah sarapan pagi turun ke sawah menyentuh tanah..dah penat duduk sebentar di anjung rumah mengeringkan peluh sambil mengibas2 kain "cukin" ~ kain lilit tengkuk dan dibuat basahan mandi.tiba masa untuk memasak pula, mulalah menghembus-hembus kayu api untuk dihidupkan jadi api..basah jugak pipi untuk menghidupkan api tue...huh!! itu rahsia mereka hidup sihat!

kami di jeddah ni..aduh! dahlah kaum wanita tak kerja kat sini, tak boleh drive pulak..abislah patah kaki, duduk ajelah di dalam rumah me"monggok" bak kata orang nogori.kerja rumah memang lah banyak tapi...biasalah..tak dapat touch the nature dalam sehari tu. pokok tanam mati~ panass! rumah aircond dan tingkap tak boleh dibuka~habukk. baju tak boleh sidai~habuk, masuk dryer aje, keluar2 dah boleh lipat.kalau sesetengah rumah tu tak nampak cahaya matahari kalau tak keluar rumah..tapi saya ada gak cermin-cermin..so nampaklah matahari~ siang ke malam nih hehe..so, kalau husband ada free barulah dapat menghirup udara luar, kalau tak duduklah dalam aircond 24 jam. sakit abis badan dan otak duduk kat rumah memanjang..

tapi alhamdulillah kat jeddah ni adalah jugak aktiviti bila bulan penuh~ menangkap ketam~ ini memang saat-saat yang dinantikan.bila bulan nak penuh ekk??asyik tengok haribulan islam je tunggu akhir bulan then tengok langit hehe..kena time weekends dan tidak ada guest visit..jeng jeng jeng..


subhanallah..bila sesekali dapat keluar tengok sunset..memang best!


kena bertolak lepas asar dan sampai ke tepi laut dekat2 nak maghrib


kalau kena caranya..masyaAllah banyak gak dapat


hah besar tak hasil tangkapan..memang hilang stress lah dapat tangkap yang nih


long live my husband! hehe..


memang takkan miss minum susu unta on the way back...(biasanyer dah pukul 11 malam),nanti saya buat entry lain khasiat susu unta ok!

Saturday, February 21, 2009

bukit magnet~betul ke ni?

macam tak percaya pulak apa yang kami rasakan apabila berkesempatan pergi berkelah ke kawasan bukit magnet..

ianya terletak lebih kurang setengah jam dari kota madinah, arab saudi. ketika memasuki kawasan bukit-bukit batu meter kereta mula menunjukkan perubahan seolah-olah ada tarikah ke kawasan tersebut!!wah..ni memang berMAGNet nih hehe.

semasa melalui kawasan yang sediki menaik, husband membuat free gear, eh eh kereta berjalan dengan lajunya walaupun jalan tersebut makin meninggi..masyaALlah!!


inilah bukit magnet di madinah


ada tak rasa pape tak dok kat atas tue?




jangan lupa bbq kat situ kalau pergi..BEST



masa balik kami semua tak payah masuk gear pon, setelah kereta berada di atas jalanraya automatik kereta bergerak sendiri, kalau kena bahagian menurun tu sampai 90km kelajuannya..eh eh kena brek pulak takut terlanggar kereta kawan di depan! rasanya kereta bergerak ssendiri sehingga 15minit keluar dari kawasan berbukit..masyaALLah inilah pengalaman yang tak mungkin dapat dijumpai di tempat lain..kengkawan yang duduk di jeddah kena datang ke sini, rugi kalau tak pergi!

Friday, February 20, 2009

badar~ terhutang budi padamu ya Rasulullah

dalam perjalan balik dari yanbu' (arab saudi) kami singgah di satu tempat bernama Badar.Di lokasi inilah berlakunya peperangan Badar iaitu peperangan Pertama Rasulullah saw berdepan dengan kafir quraisy setelah baginda dan para sahabat memeluk Islam.perang badar menjadi penanda aras dan titik penentu kepada tertegaknya atau terkuburnya Islam yang baru mula bertapak di kota mekah ketika itu.sekiranya rasululllah saw menang beerti islam akan terus berkembang tetapi jika sekiranya kalah, islam berkubur selamanya..

saya sangat teruja dan terkejut melihat kawasan bernama badar ini. kawasannya dipenuhi dengan bukit-bukit pasir yang tinggi dan besar..masyaallah, puas memikirkan bagaimana agaknya baginda saw dan para sahabat seramai 301 orang itu mengharungi perjalanan mereka dan menyusun strategi peperangan.diriwayatkan juga peperangan berlaku di dalam bulan ramadhan...aduhh tengah berpuasa tue.


cantik tak bukit pasir ini?





kawasan perkuburan syuhada' badar dan kini menjadi kubur awam


di lembah belakang sana yang ada pokok tamar kering medan peperangan badar


senarai nama sahabat nabi saw yang gugur syahid

apakah hasil peperangan badar? adakah rasulullah kalah atau menang?

peperangan yang menyaksikan tentera islam seramai 301 orang berdepan dengan kafir quraisy seramai 1000 orang memihak kepada rasulullah dan para sahabat.bayangkan dengan bilangan yang amat sedikit mereka boleh menang.sudah tentulah mereka memiliki semangat juang dan kekuatan mental dan fizikal yang tiada tolok bandingnya, kerana mereka sedar inilah peperangan penentu.jika mereka gagal islam akan lenyap.

sebab itulah kita amat terhutang budi dengan rasulullah saw dan syuhadaa' badar ini.tanpa mereka kita tidak dapat merasa nikmat islam dan iman hari ni.bagaimana kita hendak tunjukkan terima kasih kita kepada baginda saw dan para sahabat? selawat lah ke atas baginda saw dan al-fatihah untuk syuhada' badar!

Wednesday, February 18, 2009

baitullah~rumah Allah

entry kali ini saya ingin menceritakan tentan baitullah iaitu rumah allah = kaaabah musyarrafah iaitu kaabah yang dimuliakan..

susah nak ambik gambar dalam masjidil haram, kena sorok2 mcm ni..


kaabah mula didirikan batu asasnya oleh nabi allah ibrahim dan ismail alaihimas salam(a.s) dan nabi ismail a.s yang menjaga kaabah sepanjang hayat baginda.kemudian di zaman sebelum Islam kaum quraisy yang bertanggungjawab menjaga ka'abah dan berjaya mematahkan beberapa serangan terhadap ka'abah termasuk serangan tentera bergajah dari yaman yang dipatahkan oleh burung-burung Ababil yang dihantar oleh Allah swt.

Oleh kerana kehebatan kaabah tidak dapat ditandingi oleh mana-mana rumah suci agama di dunia, berebut-rebutlah raja dan sultan dari sejak zaman dahulu lagi untuk membuat kiswah iaitu kain kelambu untuk menutupinya.

Dikatakan orang yang pertama membuat kiswah ialah raja Abu Karab As'ad di zaman jahiliyah dulu, apabila datangnya Islam maka Nabi saw meneruskan dan diambil alih oleh khalifah-khalifah sehinggalah ke hari ini.

kilang menjahit kelambu kaabah(di mekah)


semua kain asas kelambu kaabah adalah dari tenunan benang sutera yang bertuliskan ayat-ayat alquran pilihan.mesinnya memang old style tapi sangat accurate(lurus dan elok tulisannya) sebab pakcik yang menjaga tu cekap menenun.Ini tenunan sutera berwarna hijau khas untuk kain sebelah dalam kaabah. sebelah luar tenunan benang sutera hitam


yang ini pula dipanggil TAli Pinggang ~ dijahit dengan benang EMAS tue..



ini adalah kelambu di bahagian pintu kaabah..masyaallah berbilion harganya nih..
emas sesaja..

kami di saudi ni kena pakai abaya~jubah hitam( tapi macam2 pesen dan corak menarik), so ok gak lah..


kelambu kaabah diganti setahun sekali pada 9 zulhijjah
( semasa semua umat islam sibuk di padang arafah dan mina mengerjakan haji )


ini adalah kelambu di sebelah dalam kaabah sekarang iaitu berwarna hijau.
sebelum ini berwarna merah dan pernah juga berwarna hitam.




kaabah dari pandangan di dalam hotel Safwah(milik orchid royal~malaysia)

Tuesday, February 17, 2009

kaya bisa engkar


duit memang penting untuk hidup..tetapi duit yang banyak boleh menjadikan manusia kufur kepada Allah..ada orang makin kaya makin kedekut dan makin lupa diri itu hanyalah hamba...hamba yang hina datang dari Allah.

itulah yang terjadi kepada kaum thaamud iaitu kaun nabi soleh di suatu tempat bernama al-ula, arab saudi, nun jauh 4 jam lagi dari madinah..apakah kisah yang berlaku kepada mereka yang menghuni rumah-rumah dalam bukit batu ini..

ini kawasan rumah orang kaya, bukitnya besar


ini kawasan orang miskin bukitnya kecil2

pada zaman berjuta tahun yang lalu iaitu pada zaman nabi allah soleh, mereka yang menjadi peladang kurma adalah kelompok kaya, ditambah dengan kelebihan akal fikiran yang allah kurniakan kepada mereka.buktinya kebijaksanaan art and design mereka hebat.ada sudah teknologi mengorek bukit batu menjadi rumah, membuat frame pintu yang lurus siap dengan arca kambing ke, helang ke untuk menghalau sial pada kepercayaan mereka.kalau dijenguk ke dalam rumah2 mereka masyaallah..ada rak2, kabinet, katil dan sistem longkang untuk pengaliran air..inilah yang menjdkan mereka angkuh bila seorang pemuda bernama soleh tiba-tiba mengaku menjadi utusan membawa agama yang lain dari apa yang mereka percayai,mereka yg selama ini menyembah matahari dengang angkuhnya meminta bukti kenabian soleh..







apa yang berlaku seterusnya? dengan doa dari nabi soleh dan izin allah keluar seekor unta dari salah satu bukit batu di situ! mereka dilarang menyentuh unta itu..tetapi masyarakat thamud masih tidak berpuashati, mereka takut ada dikalangan orang kampung yang akan berpaling dari menyembah matahari kepada menyembah allah. lalu dengan senyap-senyap mereka telah berjaya membunh unta tadi..bersoraklah dan berbanggalah mereka mengatakan yang kata-kata nabi soleh itu bohong, unta telah hilang. amaran allah adalah benar, selama 3 hari muka mereka berubah warna kepada kuning,merah dan hitam.setrusnya allah menghantar angin kencang yang sekaligus memusnahkan semua yang hidup disitu.tinggallah bekas2 rumah yang kosong tidak brpenghuni sehingga ke hari ini...

The Wedding of Ammar~Eka

16 November 2017 Solat Hajat di Surau Dwiputra diadakan selepas solat maghrib diimamkan oleh suami. Alhamdulillah kehadiran seperti jemput...