entry kali ini saya ingin menceritakan tentan baitullah iaitu rumah allah = kaaabah musyarrafah iaitu kaabah yang dimuliakan..

susah nak ambik gambar dalam masjidil haram, kena sorok2 mcm ni..
kaabah mula didirikan batu asasnya oleh nabi allah ibrahim dan ismail alaihimas salam(a.s) dan nabi ismail a.s yang menjaga kaabah sepanjang hayat baginda.kemudian di zaman sebelum Islam kaum quraisy yang bertanggungjawab menjaga ka'abah dan berjaya mematahkan beberapa serangan terhadap ka'abah termasuk serangan tentera bergajah dari yaman yang dipatahkan oleh burung-burung Ababil yang dihantar oleh Allah swt.
Oleh kerana kehebatan kaabah tidak dapat ditandingi oleh mana-mana rumah suci agama di dunia, berebut-rebutlah raja dan sultan dari sejak zaman dahulu lagi untuk membuat kiswah iaitu kain kelambu untuk menutupinya.
Dikatakan orang yang pertama membuat kiswah ialah raja Abu Karab As'ad di zaman jahiliyah dulu, apabila datangnya Islam maka Nabi saw meneruskan dan diambil alih oleh khalifah-khalifah sehinggalah ke hari ini.

kilang menjahit kelambu kaabah(di mekah)

semua kain asas kelambu kaabah adalah dari tenunan benang sutera yang bertuliskan ayat-ayat alquran pilihan.mesinnya memang old style tapi sangat accurate(lurus dan elok tulisannya) sebab pakcik yang menjaga tu cekap menenun.Ini tenunan sutera berwarna hijau khas untuk kain sebelah dalam kaabah. sebelah luar tenunan benang sutera hitam

yang ini pula dipanggil TAli Pinggang ~ dijahit dengan benang EMAS tue..

ini adalah kelambu di bahagian pintu kaabah..masyaallah berbilion harganya nih..
emas sesaja..

kami di saudi ni kena pakai abaya~jubah hitam( tapi macam2 pesen dan corak menarik), so ok gak lah..

kelambu kaabah diganti setahun sekali pada 9 zulhijjah
( semasa semua umat islam sibuk di padang arafah dan mina mengerjakan haji )

ini adalah kelambu di sebelah dalam kaabah sekarang iaitu berwarna hijau.
sebelum ini berwarna merah dan pernah juga berwarna hitam.



kaabah dari pandangan di dalam hotel Safwah(milik orchid royal~malaysia)