Tuesday, December 6, 2016

Turkey Part Two: Bursa-Pamukkale

Day Two:
Selepas selesai di Green Moseleum kami singgah di kedai sutera..Wah..bersinar2 mata tengok silk my favourite..tapi tak beli pon sebab semeter USD50..mahal sangat tu..sayangnya duit.. baru day two tak berani lagi nak spend sebanyak itu, so cuci mata ajelah..ekekeke..tak menyesal kan?
 tajuk kedai tulis melayu..


English flowers..cantik

 deco kedai sutera



 garden belakang kedai..so nice ada pokok pisang kaki
 
Bursa sebenarnya ialah tempat lahirnya ramai jaguh2 kerajaan othmaniah, selain daripada sultan Bayazid (bapa Mehmet) dan sultan Mehmet 1 (Al-Fateh), wira yang sangat berani yang memimpin turus ketenteraan Othmaniah menyerang rome di Istanbul juga datang dari daerah Ulul Abat, Bursa. Hassan adalah wira yang menyelinap naik di wall city yang dibina oleh rome di Istanbul seterusnya berjaya memacakkan bendera Islam di atas dinding rome. Kibaran bendera othmaniah ini memacu semangat tentera islam untuk berjuang bermati-matian melawan tentera rome sehingga berjaya mengalahkan mereka.
 
Kampung Ulul Abat juga sangat subur, terkenal dengan ladang zaitun, buah melon dan pumpkin yang besar2..wow..memang besar..Daerah Akhisar di Bursa asalnya ialah Thyatira; ancient city of Lydia; pula mempunyai kesan peninggalan gereja  keempat yang menerima anugerah St. John. Namanya ialah The Canli Kilise (Bell Church) atas bukit dekat Aksaray, pernah menjadi legenda dalam  sajak2 yang ditulis oleh orang-orang Christian zaman dulu.
  
Di kiri kanan jalan kelihatan padang pasir yang mempunyai bukit2 dalam jarak 200 meter itu rupa-rupanya ialah kubur orang-orang kaya Akisar dari zaman terdahulu. Mereka membeli sebidang tanah dan membuat bukit atas kubur mereka,,Terdapat 930 man made hill chamber  termasuk Nemrute Hill untuk Raja Nemrute.


 
 
man made hill as a grave for rich people
 

 singgah kedai Turkish delights..
 produk sabun


hasil pancingan
 
Duit syiling di zaman besi terdahulu  dijumpai dan dibangunkan yang pertamanya di Akisar dalam daerah Anatolia. Tembakau juga banyak ditanam di Akisar.



Anatolian coin
 
 Lunch dan solat
syish kabab
 

 hygine toilet ekekek..
tekan jari tempat duduk tu berpusing keluar plastic baru..bersih
 
Selesai solat, kami bergegas ke Pamukkale untuk medapatkan sunset time di pamukkale..Bandar Hirapolis ni mempunyai bentuk bukit batu kapur yang bertingkat-tingkat membentuk terraces..Setiap hari dua kali air hot spring dari bukit atas sana  disalirkan ke kolam2 batu kapur tu menjadikan viewnya subhanallah..sangat cantik..putih batu kapur dan biru air suam2 kuku..sangat mendamaikan jiwa dan menyejukkan mata..subhanallah
 
 Entrance

habibti aka my travel buddy
 



Tiket
 Bersedia untuk berjalan jauh ye
 
 
Roman ruins section


 


 
 






 
 Terraces section
 

 

 



 


 




 batu kapur yang kasap tapi sejukk
 

 
 
 
 


 Melihat kebesaran Allah..Subhanallah indahnya
 

 


Beli sedikit souvenirs dan check in di hotel Tripolis, makan malam terus rehat
 

ais krim yang tricky cara persembahannya
 our hotel for today
 
 
 
 

 

 
 
 


No comments:

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...