Cuaca di Cappadocia sangat sejuk..super sejuk dan berangin..so cita-cita nak naik hot air balloon memang terpaksa dipadamkan..on the bright side yeayy ada duit extra but sadly tak dapat naik belon uwaaaa datang jauh2..hampa..takpelah, ada hikmahnya hanya Allah yang tahu kan..
Pertamanya kami melawat kilang karpet, minum teh apple, mendengar penerangan tentang bagaimana industri karpet dah menurun kerana ramai perempuan muda turki tidak berminat lagi bekerja menenun karpet, jadi kerajaan membiyai kilang ini untuk melatih pemuda pemudi menenun karpet.Wow, cantik-cantik karpet handmade..ada yang ditenun cotton dengan cotton, cotton dengan bulu kambing, sutera dengan cotton, sutera dengan bulu kambing..pelbagai jenis dan harga yang berbeza-beza..runner dia cantik2..tergugat den!
Kemudian kami melawat underground city in cappadocia, rupa-rupanya cappadocia mempunyai 40 underground cities..giler banyak..mau roboh bandar dia kalau tak betul2 buat pembangunan..tapi memang tak pelik ada 40 sebab yang on the ground pun berekar2 saujana mata memandang, batu2 berlubang2 yang dipanggil Gerome Valley yang akan saya ceritakan sekejap lagi.
beautiful
Kemudian kami melawat underground city in cappadocia, rupa-rupanya cappadocia mempunyai 40 underground cities..giler banyak..mau roboh bandar dia kalau tak betul2 buat pembangunan..tapi memang tak pelik ada 40 sebab yang on the ground pun berekar2 saujana mata memandang, batu2 berlubang2 yang dipanggil Gerome Valley yang akan saya ceritakan sekejap lagi.
Dahsyat orang-orang di zaman Seljuk dulu-dulu yang mempunyai habit membina underground city untuk keselamatan mereka..Agaknya zaman dulu memang best kot duk dalam tanah..macam cacing ekekekeek..Mereka menjadikan musim luruh sebagai hibernation season..musim berkurung..so, bestlah dok diam-diam dalam tanah tanpa gangguan ggitu hehehe..
Lubang bukan sebarang lubang ok...ada engineer yang hebat dan teknik lubang angin, rak-rak letak barang, kaedah kunci pintu yang hebat dan ada bilik barang dan mayat..eee seram..kena membongkok2 jugak nak explore underground city ni, so a few of us terpaksa menarik diri sekerat jalan..Kami yang dah masuk ni terpaksa jugaklaa redah dengan semangat kental walaupun rasa stuffy kat dalam tanah tu..
terowong ventilation aka tingkap
lubang ventilation
yes we did it!!
Pada 7000 tahun sebelum masehi berlaku letupan 4 gunung berapi di Avanos, lapisan larva dan tanah mendak beribu2 tahun..Kemudian selepas itu berlaku pergerakan dalam tanah yang menyebabkan ada permukaan tanah yang tenggelam dan ada yang timbul..mana-mana batu yang keras tertinggal menjadi tunggul atas setiap batang tanah yang mengeras dan tak runtuh maka membentuklah landscape Cappadocia yang cantik dan unik macam ni..
rumah orang dan kedai atau restoran
Yang pertama dilawati ialah Gerome National Park gitu..Subhanallah..memang cantik, indah dan speechless bila tengok bukit2 batu yang terbina hasil dari letupan gunung berapi neh..,tanah2 tu ialah larva yang dah mengeras dan batu-batu di atasnya tegak tak jatuh, macam topi keledar pun ada, muncung roket pun ada ekekekeke..orang byzantine menjadikannya rumah2, gereja dan kubur2 di zaman mereka.
gerome valley
subhanallah..maha suci allah yang mencipta alam ini
souvenirs
Uchisar village
Uchisar castle and camel ride
bilik-bilik dalam lubang-lubang istana bersambung satu sama lain
dengan lorong, tangga dan laluan sempit
pigeon valley
hebat rumah2 merpati
Pashava valley: dulu..4 gunung berapi meletus dan membentuk bukit2 batu hari ini
macam roket
Di Devrent Valley.. bentuk apa?
group picture!
Kami minum sahlab di gerome park, beli souvenirs sambung ke pigeon valley, bagi makan merpati, beli souvenirs, devrent valley, pashava valley dan lunchtime!! Di restoran underground..
Lunch dihidang dengan cara traditional orang Uchisar, masak lauk kari daging dalam tembikar..
kedai minum sahlab
sahlab: rasa kopi berkanji, ada taburan kacang
sila rasa sahlab..
Bismillah..bon apetite
Lepas solat zohor, beli buah peach, buah teen kering tapi fresh termasuk kacang hazel dan almond yang bersalut madu dan bijan tepi masjid kampung uchisar, best! tak sempat snap pictue dah ngapp ok!
Kedai kacang kat masjid
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke rumah seorang pencinta seni, di Italy terkenal dengan Picasso, di Turkey dialah Picasso Turkey..namanya Chez Galip..pembuat tembikar yang hebat dan cantik2..masya allah, hebat uncle ni..
No comments:
Post a Comment