Tuesday, December 6, 2016

Turkey Part One: istanbul-bursa

Day one;
Bismillah..Memulakan perjalanan jam 1.05 pagi menaiki emirates airline menuju ke Dubai, transit 6 jam di Dubai duty free airport..perghh luas yang amat airportnya..wing untuk gate A pun seluas KLIA kita, belum lagi wing gate B, C, D..Flight seterusnya dari Dubai ke Istanbul di gate C so, kami kena naik train pulak untuk ke wing gate C..tu diaa..punya jauh kena jalan kaki..nasiblaa pandangan di kiri kanan boleh cuci mata..ahahaha..menarik2 shopping kat Dubai jika ada wang yang banyak..bagi yang bajet2 macam kami ni..window shopping ajelaa ekekeke..nak makan pun terpaksa redahlaa jugak bayar satu sandwich dengan USD10..belum campur air..hambik ko! kat Dubai je dah melayang 20-30 USD sebab nak makan..Harap-harap balik nanti transit kejap tak sempat lapar ler heheheh.
 
nota untuk survival..
 atas wheelchair is my mom, tudung hijau my sista anastravel's agent
 
 
 boeing 777-300ER
kapalnya besar..landing tak terasa..tidur selesa, makan pun yummy!1st class punya airline

 my fren tak tido, marathon cerita Hindustan ekeke

 
sudah sampai
 
 minum kopi n sandwich
 
 entrance duty free shop kereta sport merah..fuyyo
 ruang tidur yang menyediakan kerusi selesa untuk rehat

 
sampai di Istanbul jam 1.30tghri bersamaan jam 6.00 petang kl..
 
 my 2nd visit


Dari airport, bas kecil menunggu kami..terperanjat tengok..Mercedez Benz rupanya, pergh..di sebelah dinding seat ada soket untuk charging, ada wifi dalam bas dan tourist guidenya Berk dan dia  fasih berbahasa inggeris, very informative..degree holder ok!
 
gila2 tapi baik..
menerang menggunakan gadget
Kami terus ke jetty marmara untuk naik feri ke bursa, naik dengan bas..sejuk yang amat bila dah mula masuk maghrib..turun dari bas dan naik ke 1st deck atas feri minum kopi n roti sandwich lagi..owh lega dapat minuman panas.




sejuk..
Check in hotel tiara dan dinner terus rehat..

 

Day two:
Bursa dalam bahasa turki ialah pursa, menjadi bursa kerana orang turki terkesan dengan bahasa arab yang menyebut P dengan Ba menjadilah Bursa..Pursa ialah nama raja greek Pursa. Bursa menjadi Bandar Kerajaan Otmaniah yang pertama diambil dari rom, utmaniah menukar matawang kepada lirah dan bandar bursa menyaksikan pembangunan budaya dan architecture islam..Bandar kedua terbesar ialah Andylna dan Istanbul ialah yang ketiga terbesar.
 
Memulakan hari baru di bursa seawal 7.30 pagi..sarapan day two memang menyelerakan ahahaa sebab dah lama tak merasa makanan ala-ala arab..















 semua food nya fresh dan sedap..buah apple dan cili besar2 gitu..segala macam cheese dan buah zaitun yang sedap dan terbaik..
Matahari baru terbit msuk waktu syuruk, kami dah sampai  Masjid Ulu Jamek. Jemaah berpusu-pusu baru selesai keluar dari solat..
 




 jumpa imam masjid ulu jamek
Architechture  dalaman masjid memang superb menunjukkan arkitek zaman dulu sangat terkedepan dan bijak..memang terpesona melihatnya..




kelambu kaabah zaman dulu zaman kerajaan othmaniah

tempat imam bersila mengajar
 
Lepas tu bergerak ke Masjid Hijau (Green Mosque) dan Green Moseleum. Di green mosque imamnya sangat soleh, selain menerangkan segala kelebihan masjid dr sudut architecturenya yang simetri, dia juga melaungkan pelbagai cara azan yang dilaungkan mengikut perbezaan waktu solat. Kemudiannya imam mengajak kami masuk ke bilik mesyuarat sulit raja othmaniah yang sekarang dijadikan bilik pejabat pentadbiran masjid, terus imam tu membaca surah ar rahman dan membaca doa untuk sekeliannya..masya allah..hebat imam ni hafiz rupanya.
entrance green mosque
 
 water fountain

 











 konsep simetri

tempat solat sultan othmaniah

 green marble and tiles all around
 
Water fountain dalam masjid ni ada ceritanya. tapak yang dipilih oleh sultan Mehmet untuk dibina masjid dipunyai oleh seorang Christian, water fountain ni ialah taman tempat dia berehat , jadi bila sultan ingin membina masjid dia meminta agar water fountain tersebut dikekalkan, maka sultan setuju dan menjadilah water fountain tu tempat mengambil wuduk dan minum air oleh para jemaah yang datang solat di masjid hijau.
 
imam mengaji dan berdoa selepas mengaji
 
Selepas green mosque terus ke bangunan berdepannya iaitu maqam sultan Mehmet Pertama dan anak-anaknya. Perkuburan hijau sempena hijaunya segala marble dan marmar yang digunakan untuk membina kubur sultan Othmaniah yang pertama ini.
 










serba kehijauan
 


No comments:

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...