Monday, December 26, 2016

Turkey Part Five: Cappadocia-Ankara

Hari ini dimulakan dengan melawat kilang batu permata. Selain dari kawasan underground, upperground gerome valley Cappadocia juga kaya dengan batu semi precious iaitu batu sultanate. Wow, batu yang sangat unik hanya ada beberapa jenis aje di dunia ini iaitu sultanate, Alexandria, fluorite, granite, batunya boleh bertukar warna kepada tujuh warna bergantung kepada kadar dan jenis cahaya. Di kedai Ozel ni, mereka demo tutup lampu dan buka lampu hallogen. So, masa buka lampu hijau, masa tutup lampu kaler merah delima. Masya allah, ada yang membeli dengan harga USD200..memang berbaloi sebab mas putih dan batu sultanate. Nama sultanate di beri untuk penghargaan kepada 36 sultan kerajaan uthmaniah, nama lain ialah zultanite atau diaspora.
 
 
 
 
 
 tutup lampu hallogen
buka lampu halogen hahahaa..jadi kerja!
hasil pancingan.. 
Perjalanan ke Ankara bermula dengan melalui pergunungan Hassan. Ada banyak windmill di sepanjang perjalanan, dan kami singgah di Karavansarai Lodge iaitu antara tempat-tempat persinggahan untuk pedagang-pedagang dari China ke Eropah zaman dahulu 400 sebelum masehi. Silk Road atau Jalan Sutera ialah perjalanan yang dilakukan oleh pedagang dari Timur ke Barat bermula dari China, Melaka, India, Mekah ke Turkistan, Turki dan Romania. Ada lebih 40 karavansarai  sepanjang silk road dalam Turkey, satu setiap 40km. Wow..banyak tu..kira pedagang boleh rehat tanpa bayaran..deko dalaman telah diubahsuai, dahulu hanya bilik-bilik sahaja.
 
silk road



 Hassan mountain sayup di belakang

 ada bilik2 di bahagian dalam pada masa dulu
interior telah diubah suai 
Perjalanan diteruskan dan kami singgah di Salt lake.Keluasan 1500 Square km. Tasik Garam terbesar di Turki yang membekalkan 100 ribu tan garam setahun untuk seluruh negara.
hujan renyai2..
beting boleh jalan sampai ke tengah tasek garam
hujan tak sanggup nak jalan ke tengah
 
 produk garam
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 manisan pishmaniya..
macam semah kelantan tapi bersalut coklat.. 
  
our lunch
 
perhentian untuk lunch
Selepas meneruskan perjalanan, sampailah ke Ankara..Masuk je Ankara hujan renyai2, tiba di kawasan tinggi salji pertama turun..wah..bersorak2lah kawan-kawan melihat salji..saya dah pernah beberapa kali jumpa dan main salji semasa belajar dan masa g switzerland dulu..so seronoknya biasa aje..tapi demi memeriahkan lagi suasana saya minta Berk bawa kami berhenti di tempat yang tebal saljinya untuk main snowball..Berk kata ok!! yess!
 
Destinasi dituju ialah Antikabir iaitu Moseleum Kamal Atartuk di Ankara. Tapi sebelum tu kita solat zohor di masjid terkenal iaitu Haji Bayram Veli Mosque..Masya Allah, sejuk ketar gile nak amik wudhuk..masjidnya cantik subhanallah, bacaan imamnya .bagus dan ramai Jemaah solat waktu..ada restoran yang menjual syawarma..yummy!!
 
 
 
masjid HjVeram


 entrance Antikabir


 
 moseleum Kamal Atartuk

 

Kamal Atartuk dilahirkan pada tahun kerajaan uthmaniah ditegakkan. Dia membesar di zaman uthmaniah. Di akhir pemerintahan sultan uthmaniah yang menuju keruntuhan, kebanyakan negeri di bawah kerajaan islam hendak keluar dari kerajaan Islam dan masuk ke bawah pentadbiran eropah. Kamal Atartuk telah bangkit menjadi wira negara menyelamatkan negeri-negeri uthmaniah dari jatuh ke tangan asing, maka dia diangkat menjadi perdana menteri. Kamal Atartuk telah membuat reformasi yang drastik, di mana dia menukar banyak peraturan islam kepada liberalisasi. Bermulalah kejatuhan undang-undang Islam dan berlaku larangan memakai kopiah, jubah dan lain-lain lagi. Ada yang positif dan ada yang negatif.. Apa pun pada orang turki Kamal Atartuk adalah wira negara.

 
 
 
 
 





 

 
 main snowballs
Check in di hotel di Bolu dan istirehat..
 dinner time
Selepas rehat, keluar semula menuju ke Restoran yang mengadakan Culture Show..Wow..Ada  7 jenis tarian daripada tarian sufi, tarian turkey mengikut etnik yang berbeza-beza sehinggalah..jeng..jeng..belly dance..OMG!
 



No comments:

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...