Monday, December 14, 2015

Koh Mook Thailand Part 1

Day 1

Bertolak dari rumah dalam pukul 9 pagi memandu kereta membawa anak-anak holiday sekali lagi ke Thailand. Tapi kali ini kami tidak akan drive ke Krabi, hanya setakat Trang, Thailand sahaja. Ini adalah kerana di Trang paling dekat untuk ke Koh Mook, tidak payah sampai Krabi.
Singgah di rumah kawan lama di kampong Derma Perlis sebab abang Heng hendak suruh makan paprik belut yang dimasaknya,..wah , best sangat, memang menyelerakan makan tengahari kami ditambah dengan lauk yang bermacam-macam termasuk udang galah! jazakallah abang heng! Suami keluar sekejap ditemani abang heng untuk membeli insurans setiap orang RM10 dan insurans kereta RM20.
 
abang heng berbaju kotak2
 


Selepas solat asar kami bertolak ke boarder. Alhamdulillah kenderaan tidak banyak, semuanya selesai dalam pukul 6 petang.

sempadan siam
 
Memasuki Thailand dan memandu menuju ke Trang memerlukan internet, so mula-mula kami berhenti di kedai komunikasi tepi jalan dan membeli talian telefon Thailand beserta internet. Pejalanan mengambil masa selama 2 jam. Kami berhenti di perhentian RnR untuk solat maghrib kerana terdapat surau di situ
 


 Lebih kurang jam 8.30 malam kami selamat tiba ke pekan Trang..Alhamdulillah, terima kasih kepada Mr. waze!

 
Land mark Trang
 
 Menginap di sini
 
Day 2.
Kami ke pekan Trang mencari sarapan pagi dari kedai muslim (orang patani)  dan membeli tiket boat untuk ke Koh Mook. Sebuah longtail boat return beharga 800 bhat menyamai RM98. Lebih murah daripada mengambil boat awam yang mengenakan caj lebih tinggi per pax. Masa berlepas ialah 12 tengahari dari jeti  Kuan Tungku Pier. Maknanya masih banyak masa untuk anak-anak swimming di  hotel dan berjalan-jalan ke Robinson Shopping Mall.
 
 Mall in Trang
 
 coffee time
 

Ice cream time!
 
 
Singgah di masjid untuk solat zohor asar
 
 
jeti kampong aje..
 

 
*my dearie big boss*
 Perjalanan menaiki boat selama sejam sahaja..Wah..dah Nampak Koh Mook dan kami turun betul-betul di Charlie Beach Resort..

 


 

 
Selamat tiba dan apalagi..anak-anak ke pantai terus setelah settle letak barang-barang di bilik..Saya order nasi goreng seafood (pulau ni 70% muslim dan chef pon muslim) dan makan di pantai sambil membaca buku cerita dan anak-anak main bola..Alhamdulillah indahnya pantai koh mook ini..sangat indah!
 

 
 
 
 
swimming pool yang lebih cantik dari dalam gambar kat agoda!!
 
sunset day 1 in koh mook
 

 
 

 
dinner yang sangat best ditiup angin sepoi-sepoi bahasa...absolute thai! tomyam udang n tomyam ikan dan omlet udang..cukup menyelerakan dengan hanya berharga 400bhat iaitu RM48!
 

No comments:

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...