Monday, December 14, 2015

Koh Mook Thailand Part 2

Day 3

Hari ini kami mengambil pakej ke Marakot Cave dan Snorkelling. Harga pakej 1200 bhat iaitu RM240, private longtail boat untuk kami sahaja. Selepas sarapan pagi di hotel semua teruja hendak ke marakot cave..berenang masuk gua!! sangat adventure tu!!
Masa tahun 2012 pernah dah ke sini tapi kami ambil pakej ramai2 macam tak takut sangatlah..tapi kali ni mmm kami anak beranak sahaja! suspen pulak rasanya.. tapi Alhamdulillah adik amer sangat berani dan tak takut. dulu dia nangis masa kat dalam gua sebab gelap, tapi kali ni dia sangat ok! Lampu hanya bergantung kepada torch light pakcik tekong yang berenang paling depan, laju aje dia berenang..beberapa kali dia akan suluh ke belakang bagi cahaya kat kami...tapi saya suruh dia slow down sikit dan relax jangan laju hehehehe..


 
 

 
 
emerald cave..kaler ijau emeraldnya subhanallah!
 
the beach!!

 

 Alhamdulillah..we didi it!!
 
 
 
Yes! we did it Alhamdulillah..selamat sampai ke hujung gua dan jumpa beach yang comel ini..


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Koh Kradan untuk snorkelling..




 
masya allah ikan besar-besar dan banyak!
 
pengalaman pertama isyqi(anak buah) snorkelling!


puashati dapat buat caving n snorkeling!
balik kepenatan dan terus makan tengahari order ke bilik sahaja. menu absolute thai lagi! Petang setelah redup anak-anak mandi kat swimming pool dan ke pantai sementara saya menikmati thai massage di bilik dengan harga 350 bhat iaitu RM40 sahaja..sedapnya rasa badan diurut macam di Thai Odessey yang selalu saya kunjungi di The Mines tapi lebih lembut dan berseni dan tidak sakit badan lepas diurut. skala 5 markah untuk massage!
 
Lepas urut saya turun ambil gambar sunset di pantai. Masya allah memang menakjubkan viewnya..
  



 





 


 


SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTAKAN


 Petang ini husband berjumpa dengan orang kampung di jeti tempat memancing dan baru dapat sewa motor RM20 sehari..kalau tanya di hotel katanya tiada sewa motor..hanya bayar tambang ke jeti pergi balik 100bhat seorang iaitu $12..kalau dengan anak2 lagi..jadinya lebih baik sewa motor je kan..

1 comment:

Unknown said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

Hương Lâm chuyên dịch vụ cho thuê máy photocopy màu hoặc bán máy photocopy màu uy tín, giá rẻ tại TP.HCM và giải đáp máy photocopy nào tốt nhất cũng như link download driver toshiba 456 chính xác.

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...