Allahu Akbar allahu akbar allahu akbar....mendayudan bersemangat imam besar masjidil haram mengalunkan takbir menandakan berakhirnya ramdhan dan bermulanya kemenangan seluruh umat islam menghadapi cabaran mengekang hawa dan nafsu. Bergenang airmata, bergetar sebak di dada mengenagkan pemergian ramadhan dan kemingkinan berjumpa lagi di tahun hadapan.
Syukur kepadaMu ya ilahi di atas kemenangan kami mentarbiyyah diri sepanjang proses tazkiyatunnafsi dalam bulan mulia ini. Kejayaan jua buat puteraku yang telah bersungguh-sungguh buat pertama kalinya berpuasa dalam kepanasan bumi saudi ini. Keheningan qiyam di malam 27 di masjidil haram amat dalam berbekas di jiwa kami..betapa 5 juta umat islam berhimpun menadah tangan memohon segala hajat dan keinginan mengambil barakah malam 27 yang disenaraikan di dalam 'asyaratul awakhir min ramadhan.Lelehan airmata dan seduan yang sahut menyahut disusuli pula oleh esakan imam yang mengetuainya aduh....amat menyentuh qalbu dan dhamir bagi setiap insan yang benar2 kudus dan hina mengadapNya. Ya allah....berikan kami pelepasan dari api neraka dengan kejayaan kami melalui segala kekangan hawa dan nafsu sepanjang bulan mulia mu ini.
Hari raya bukan sekadar menghalalkan makan dan minum bahkan memberi peluang menggugurkan dosa-dosa sesama insan. Tangan yang dihulur meminta maaf sekaligus merapatkan hati-hati yang jauh sangat dikasihi Allah malah dijanjikan teduhan di padang mahsyar kelak. Antara tujuh golongan yang mendapat teduhan di padang mahsyar ialah mereka yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya jua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My mom passed away
2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...
-
2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...
-
untuk tatapan ahli keluarga dan kawan2 di malaysia especially bib n suzenn.. 'amer dah pandai makan segala yang disuap ke mulutnya esp k...
-
rasa nak stop ber blogging... 1- nak balik malaysia for 1 month 2- x sempatlah..masa terlalu cepat berlalu.lagipon bukannya ada peminat pon,...
No comments:
Post a Comment