Monday, June 22, 2009

forwarded tazkirah

moga menjadi iktibar kita bersama:

1)Four things that make your body sick:-

a)Excessive talking
b)Excessive sleeping
c)Excessive eating and
d)Excessive meeting/outing with people

2) Four things that destroys the body:-

a)Worrying
b)Sorrow (Sadness/Grief)
c)Hunger
d)Sleeping late at night


3) Four things that make the face looking dull and haggard:-

a)Lying
b)Being disrespectful/impudent (knowingly)
c) Baseless arguements
d)Excessive immorality (committing sins without fear)

4) Four things that make the face glow and shine:-

a) Piety
b) Loyalty
c) Generosity and kindness
d)Helpful to others without being asked

5) Four things make the Rizqi (Sustenance) stop:-

a) Sleeping till late in the morning (from Fajr to sunrise)
b) Not Performing Fardhu or Irregular in Prayers
c) Laziness/Idleness
d) Treachery/Dishonesty

6) Four things that bring/increase the Rizqi:-

a) Staying up in the night in prayers
b) Excessive Repentance
c) Regular Charity
d) Zikr (Remembrance of Allah)

~ saya masih bz packing dan insyaallah 29 june akan terbang pulang ke malaysia.jumpa di sana...

bersama beberapa student madinah yang datang menolong packing brg

Wednesday, June 17, 2009

indahnya ukhuwwah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


soalan biasa:

kenapa kita yang tidak ada kena mengena, bukan ada hubungan darah, bukan adik beradik, bahkan datang dari suku sakat mana pun tak tahu..bajau, banjar, bangla dan lain2..kenapa kita mesti kenal satu sama lain dan perlukan kita saling tolong menolong...

apa kes kita harus ambik tahu dan kenal orang lain sedangkan tak ada keperluan dan tak rugi pun jika kita tidak mengenali mereka??

persoalan sebegini sering bermain di fikiran kita apabila kita ke satu tempat yang ramai orang baru yang kita tidak kenali..kita akan cari dan rasa selesa duduk di keliling kawan2 yang kita dah kenal dan mesra selalu.mengapa harus memulakan perkenalan baru..leceh.

hakikatnya sahabat sekelian, allah ta'ala mencipta manusia, dijadikan berpuak-puak dan bersuku kaum dengan tujuan supaya kita saling berkenalan, kasih mengasihi dan tolong menolong...inilah yang dinamakan ukhuwwah islamiyyah ~ iaitu ikatan persaudaraan berasaskan agama islam yang suci..selagi mana orang yang kita jumpa itu beragama islam dia adalah saudara sseislam kita..dan wajiblah kita berkenalan dan menghulurkan tangan memulakan bicara dan mengenalinya dengan lebih jauh lagi.

bukan itu sahaja, bila bersua dengan bukan islam juga kita harus memulakan perkenalan dan mengenalinya di atas sebab hubungan sesama manusia mesti berbaik2 sesama kita.mungkin dengan cara tersebut terbuka pintu hatinya untuk mengenali islam dek kerana keindahan akhlak kita.

sesungguhnya Allah akan menyayangi orang-orang yang menyayangi saudara muslim yang lain dan sekiranya kita kumpulkan segala kemewahan yang ada pada kita untuk melembut dan mengeratkan hati-hati kita belum tentu kita berjaya kerana hanya Allah yang menautkan di antara hati-hati kita. sebab itu bila bersahabat kita kenalah ikhlas dan tidak bersahabat kerana ada kepentingan seperti ingin pinjam duit, ingin tumpang kereta dan lain2 lagi. di akhirat juga sebenarnya allah menjanjikan naungan dan payunganNya di padang mahsyar kelak kepada orang-orang yang mengasihi saudara seislamnya dengan ikhlas kerana Allah dan mereka bertemu dan berpisah kerana ALlah.

inilah sahabat2 yang menceriakan hidup saya di jeddah~ kita bertemu dan berpisah keranaNya jua...

sahabat2 sejati sukar dicari ganti~ moga kita bertemu lagi di Malaysia

Saturday, June 13, 2009

ingatan buat diri yang alpa

9 Mimpi Rasulullah s.a.w

"Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:"Sesungguh nya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru k epada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"



allahumma solli ala sayyidina muhammad wa 'ala aali sayyidina muhammad!

Friday, June 5, 2009

'aamer- the latest

untuk tatapan ahli keluarga dan kawan2 di malaysia especially bib n suzenn..
'amer dah pandai makan segala yang disuap ke mulutnya esp kentang, carrot n sayur2 rebus n blended..gigi bawah dua batang bakal muncul dah terasa nak keluar dah leni.
terkini nenek 'aamer dah balik ke malaysia tapi di ganti oleh cik dah iaitu auntie seblah baba, so oklah tak terasa sangat ketiadaan nenek minggu ni.



minggu ni juga adalah minggu sibuk bagi saya, majlis besday agong dan banyak tetamu dr ptrajya dn family hendak dientertain..memasak la apalagi hehe..so hopefully cerita ttg muzium di mekah yng dh lama saya nak paparkan tapi belom smpt lagi akan dapat saya taipkan next week insyaallah.

fikiran pon masih bercelaru lagi, kerana barang2 yang nak dibawa balik belom settle packing lagi,nak kerja pon belum dapat fit back lagi..adehh fening jugk nak balik abis rupa2nya.

doakan saya dapat settlekan segla perkara sebelum bulan puasa menjelma..nak puasa dan raya di malaysia..

Sunday, May 31, 2009

taif lagi

sebelum saya sekeluarga pulang habis ke malaysia bulan ogos ini kami berusaha menziarahi tempat2 menarik di saudi ini, bila dah balik nanti tak tahu bila pulak nak datang lagi..masjidil haram dan gambar2 sahajalah yang bakal menggamit lagi untuk ke mari..tetapi jika kita datang ke tanah suci melalui pakej haji atau umrah selepas ini amatlah sukar hendak pergi ke situ, memandangkan visa umrah yang terhad masa dan tempat yang boleh di kunjunginya.
di sini saya paparkan tempat2 menarik di taif yang boleh dikunjungi bagi kawan2 dan students yang masih tinggal di saudi dan mempunyai banyak masa dan peluang ber rehlah bersama keluarga dan member2.
ramai di kalangan kita yang pergi ke taif tidak tahu ke mana hendak dituju, sekadar ingin menghirup udara segar dan nyaman, membawa makanan dan makan di taman2 yang cantik menghijau di situ ataupun menghiburkan anak2 ke taman tema yang banyak di sekitar pekan taif..sedangkan lebih dari itu, taif mempunyai kebun buah2an dan bunga ros terbesar di saudi.masa melawat yang paling baik ialah sekitar bulan 3 atau 5, bulan 3 ialah sewaktu musim bunga bermula, bunga2 ros sedang mekar berbunga, buah2an mula berputik manakala bulan 5 ialah masa memetik buah2an seperti epal, strawberi dan limau.bagi peminat pokok kaktus, terdapat banyak kaktus di tanam di taif.


daun2 hijau berubah menjadi pink di musim bunga...very sweet

kilang memproses air ros


ammar dan tokey kilang

selain dari itu taif mempunyai "monkey point", koordinat lokasinya ada dalam gps suami saya dan disitu terdapat banyak monyet2 ber++++ pink... besar, kecik, anak dan ibu berkeliaran menunggu kereta2 yang lalu memberi makanan kepada mereka.anak2 akan merasa teruja melihat banyak monyet di situ, spesisnya agak pelik sedikit dari monyet yang biasa kita lihat di malaysia.sedekahlah makanan kat monyet2 tue hehe..

dan yang terakhir untuk entry ini ialah "frog mountain" iaitu bukit katak. tarikannya ialah kedudukan tanah tinggi berbatu2 ini kelihatan dari jauh seperti katak2 sedang bertenggek...puncak tertinggi di taif ini memberikan satu panorama hijau bumi taif yang sangat mendamaikan hati dan jiwa, menjadi kegilaan kepada orang yang minat mengambil gambar.tak boleh miss tempat nih.

frogs on the mountain

subhanallah..menghijau bumi taif..kebanyakan penduduk adalah petani.kangkung dan bayam yang dijual di jeddah datangnya dari taif.

Saturday, May 30, 2009

dakwah @ taif

bulan 3 yang lalu saya berkesempatan melawat taif. Taif merupakan satu tempat di arab saudi yang menjadi tumpuan pelancong kerana taif mempunyai sejarah tersendiri dalam siri dakwah rasulullah saw pada suatu ketika dahulu.Terletak di kawasan tinggi, taif amatlah sesuai dikunjungi pada musim panas kerana suhunya yang rendah dan udaranya yang nyaman ala-ala cameron highland la kot ( tak lah terlalu sejuk ).

di zaman islam mula-mula bertapak di bumi mekah, rasulullah saw menerima tekanan dan kecaman semasa menyampaikan islam oleh kaum quraisy yang terdiri dari kaum keluarga baginda sendiri. dakwah baginda yang terpaksa dilakukan secara sembunyi2 akhirnya dapat mengumpul kelompok2 kecil dan bilangan itu makin bertambah dari sehari ke sehari.pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi baginda dan orang-orang yang masuk islam bersama baginda seperti bilal bin rabah yang dihempap batu ditengah2 padang pasir, keluarga yaaser terdiri dari isterinya sumayyah, anaknya ammar yang mati dibunuh.. hinggalah baginda saw sendiri yang menerima ancaman untuk dibunuh.

sewaktu berdakwah di taif, rasulullah saw menerima tamparan yang amat hebat..baginda di lempar dengan batu hingga berdarah kaki, dilempar dengan najis, dicaci n dihina.dakwah baginda ditolak oleh mereka bahkan di suatu tempat di taif, beberapa orang quraisy berpakat hendak menolak batu2 besar agar menghempap baginda saw..tetapi kuasa allah maha mengatasi makhluknya, allah memelihara batu besar itu dari bergolek dan menimpa nabi saw, maka selamatlah baginda saw. balingan batu dan najis tidak melemahkan semangat baginda untuk berdakwah, baginda tidak membalas dengan kata-kata geram atu=au marah sebaliknya baginda mengangkat tangan terus berdoa agar allah membuka pintu hati orang2 taif agar menerima islam...indahnya akhlak baginda dalam berdakwah..

inilah tapak tempat rasulullah saw berdoa untuk rakyat taif agar menerima islam


batu2 yg mahu ditolak agar menghempap nabi saw di taif


masjid abdullah bin abbas di taif..bapa saudara nabi yg memeluk islam

Friday, May 29, 2009

ibu oh ibu..

malam ni sampai seru nak updet blog...dah bersawang rumah ku ni tak berpenghuni..

mulakan dengan kegembiraan hati saya dengan kehadiran ibu ke sini...setelah 5 thn lebih permukiman di jeddah..nilah baru ibu saya sampai ke mari..hasrat yang telah lama terbantut setelah kematian bapa tercinta..terima kasih mak kerana datang ke sini!
mak saya ni ada slip disk..so tak kuat hendak berdiri lama, tetapi disebabkan anak buahnya nak datang interview universiti madinah bolehlah mak saya menumpang datang ke sini..tapi rupa2nya anak buahnya yang menumpang dier. apa ke tidaknya..semua urusan mak jadi senang sebab amik wheelchair dari klia sampai keluar dari airport jeddah..masa nak turun tangga kapalterbang di jeddah pakai hidrolic ...x yah turun tangga..huh merasalah si haikal turun ikut hidrolic machine tue hehee..
di airport jeddah tak payah melalui skrin influenza h1n1 ttu, straight je amik barang dan keluar tak sampai sejam..alhamdulillah allah permudahkan urusan mak..


bawak aamer n mak round2 keliling compound rumah petang2

bawak mak g ke mekah buat umrah

di luar masjidil haram

inilah haikal, anak sedara mak, pelajar darul quran

kehadiran mak menjadikan hidup saya dan anak2 ceria...riuh sikit rumah kami seminggu dua ni..masak pon apalagi..yum yum air tangan mak yang dah lama kurindui..tapi saya masak jugak untuk mak hehe..lalu nampaknya dier makan berubah2 angin.
buat ibu..kehadiranmu ke sini merupakan hadiah yang amat berharga untukku..kasihmu tak terbalas wahai ibu..

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...