Wednesday, June 17, 2009
indahnya ukhuwwah
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
soalan biasa:
kenapa kita yang tidak ada kena mengena, bukan ada hubungan darah, bukan adik beradik, bahkan datang dari suku sakat mana pun tak tahu..bajau, banjar, bangla dan lain2..kenapa kita mesti kenal satu sama lain dan perlukan kita saling tolong menolong...
apa kes kita harus ambik tahu dan kenal orang lain sedangkan tak ada keperluan dan tak rugi pun jika kita tidak mengenali mereka??
persoalan sebegini sering bermain di fikiran kita apabila kita ke satu tempat yang ramai orang baru yang kita tidak kenali..kita akan cari dan rasa selesa duduk di keliling kawan2 yang kita dah kenal dan mesra selalu.mengapa harus memulakan perkenalan baru..leceh.
hakikatnya sahabat sekelian, allah ta'ala mencipta manusia, dijadikan berpuak-puak dan bersuku kaum dengan tujuan supaya kita saling berkenalan, kasih mengasihi dan tolong menolong...inilah yang dinamakan ukhuwwah islamiyyah ~ iaitu ikatan persaudaraan berasaskan agama islam yang suci..selagi mana orang yang kita jumpa itu beragama islam dia adalah saudara sseislam kita..dan wajiblah kita berkenalan dan menghulurkan tangan memulakan bicara dan mengenalinya dengan lebih jauh lagi.
bukan itu sahaja, bila bersua dengan bukan islam juga kita harus memulakan perkenalan dan mengenalinya di atas sebab hubungan sesama manusia mesti berbaik2 sesama kita.mungkin dengan cara tersebut terbuka pintu hatinya untuk mengenali islam dek kerana keindahan akhlak kita.
sesungguhnya Allah akan menyayangi orang-orang yang menyayangi saudara muslim yang lain dan sekiranya kita kumpulkan segala kemewahan yang ada pada kita untuk melembut dan mengeratkan hati-hati kita belum tentu kita berjaya kerana hanya Allah yang menautkan di antara hati-hati kita. sebab itu bila bersahabat kita kenalah ikhlas dan tidak bersahabat kerana ada kepentingan seperti ingin pinjam duit, ingin tumpang kereta dan lain2 lagi. di akhirat juga sebenarnya allah menjanjikan naungan dan payunganNya di padang mahsyar kelak kepada orang-orang yang mengasihi saudara seislamnya dengan ikhlas kerana Allah dan mereka bertemu dan berpisah kerana ALlah.
inilah sahabat2 yang menceriakan hidup saya di jeddah~ kita bertemu dan berpisah keranaNya jua...
sahabat2 sejati sukar dicari ganti~ moga kita bertemu lagi di Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My mom passed away
2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...
-
2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...
-
untuk tatapan ahli keluarga dan kawan2 di malaysia especially bib n suzenn.. 'amer dah pandai makan segala yang disuap ke mulutnya esp k...
-
rasa nak stop ber blogging... 1- nak balik malaysia for 1 month 2- x sempatlah..masa terlalu cepat berlalu.lagipon bukannya ada peminat pon,...
No comments:
Post a Comment