di zaman islam mula-mula bertapak di bumi mekah, rasulullah saw menerima tekanan dan kecaman semasa menyampaikan islam oleh kaum quraisy yang terdiri dari kaum keluarga baginda sendiri. dakwah baginda yang terpaksa dilakukan secara sembunyi2 akhirnya dapat mengumpul kelompok2 kecil dan bilangan itu makin bertambah dari sehari ke sehari.pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi baginda dan orang-orang yang masuk islam bersama baginda seperti bilal bin rabah yang dihempap batu ditengah2 padang pasir, keluarga yaaser terdiri dari isterinya sumayyah, anaknya ammar yang mati dibunuh.. hinggalah baginda saw sendiri yang menerima ancaman untuk dibunuh.
sewaktu berdakwah di taif, rasulullah saw menerima tamparan yang amat hebat..baginda di lempar dengan batu hingga berdarah kaki, dilempar dengan najis, dicaci n dihina.dakwah baginda ditolak oleh mereka bahkan di suatu tempat di taif, beberapa orang quraisy berpakat hendak menolak batu2 besar agar menghempap baginda saw..tetapi kuasa allah maha mengatasi makhluknya, allah memelihara batu besar itu dari bergolek dan menimpa nabi saw, maka selamatlah baginda saw. balingan batu dan najis tidak melemahkan semangat baginda untuk berdakwah, baginda tidak membalas dengan kata-kata geram atu=au marah sebaliknya baginda mengangkat tangan terus berdoa agar allah membuka pintu hati orang2 taif agar menerima islam...indahnya akhlak baginda dalam berdakwah..
inilah tapak tempat rasulullah saw berdoa untuk rakyat taif agar menerima islam
batu2 yg mahu ditolak agar menghempap nabi saw di taif
masjid abdullah bin abbas di taif..bapa saudara nabi yg memeluk islam
3 comments:
subhanallah..
ada org pernah pergi taif & rasa tak suka dgn tempat tu. sebab tu tempat yg rasulullah s.a.w pernah diseksa
tapi baiknya akhlaq nabi kerana dia memaafkan penduduk taif tu
kita ni siapa saja..hmm
teringin sangat nak ke sana tetapi setiap kali ke mekah taif tidak termasuk dalam program ziarah.
Katanya di situ tanaman subur ye..
adik~ mmg mulia hati baginda..sbb tulah dakwah dpt terus berkembng sampai ke benua eropah
k pah~ kbykan sayur dan buah2an dtg dr taif..sgt menghijau n subur
Post a Comment