di sini saya paparkan tempat2 menarik di taif yang boleh dikunjungi bagi kawan2 dan students yang masih tinggal di saudi dan mempunyai banyak masa dan peluang ber rehlah bersama keluarga dan member2.
ramai di kalangan kita yang pergi ke taif tidak tahu ke mana hendak dituju, sekadar ingin menghirup udara segar dan nyaman, membawa makanan dan makan di taman2 yang cantik menghijau di situ ataupun menghiburkan anak2 ke taman tema yang banyak di sekitar pekan taif..sedangkan lebih dari itu, taif mempunyai kebun buah2an dan bunga ros terbesar di saudi.masa melawat yang paling baik ialah sekitar bulan 3 atau 5, bulan 3 ialah sewaktu musim bunga bermula, bunga2 ros sedang mekar berbunga, buah2an mula berputik manakala bulan 5 ialah masa memetik buah2an seperti epal, strawberi dan limau.bagi peminat pokok kaktus, terdapat banyak kaktus di tanam di taif.
daun2 hijau berubah menjadi pink di musim bunga...very sweet
kilang memproses air ros
ammar dan tokey kilang
selain dari itu taif mempunyai "monkey point", koordinat lokasinya ada dalam gps suami saya dan disitu terdapat banyak monyet2 ber++++ pink... besar, kecik, anak dan ibu berkeliaran menunggu kereta2 yang lalu memberi makanan kepada mereka.anak2 akan merasa teruja melihat banyak monyet di situ, spesisnya agak pelik sedikit dari monyet yang biasa kita lihat di malaysia.sedekahlah makanan kat monyet2 tue hehe..
dan yang terakhir untuk entry ini ialah "frog mountain" iaitu bukit katak. tarikannya ialah kedudukan tanah tinggi berbatu2 ini kelihatan dari jauh seperti katak2 sedang bertenggek...puncak tertinggi di taif ini memberikan satu panorama hijau bumi taif yang sangat mendamaikan hati dan jiwa, menjadi kegilaan kepada orang yang minat mengambil gambar.tak boleh miss tempat nih.
frogs on the mountain
subhanallah..menghijau bumi taif..kebanyakan penduduk adalah petani.kangkung dan bayam yang dijual di jeddah datangnya dari taif.
No comments:
Post a Comment