Tuesday, December 27, 2016

Turkey Part Six: Istanbul Day 1,2 & 3

Dari Cappadocia kami bergerak ke Istanbul, singgah di Turkey Asia untuk melihat Rumeli Hisari dari seberang sebelah Asia. Berk membawa kami ke rumah kelab guru sebab ibunya guru, dia biasa masuk ke kawasan kelab tersebut. Pemandangannya sangatlah cantik..subhanallah, kebiruan Selat Bosphorus dengan berlatar belakangkan Kota Rumeli Hisari ditiup angin yang nyaman..sangat mengasyikkan sampai tak nak balik rasanya.

Rumeli Hisari ialah kubu berbentuk Muhammad (jawi) yang dibina oleh sultan Muhammad al-Fateh di sudut paling sempit di selat bosphorus, bertujuan memantau pergerakan keluar masuk selat dan memerhati jika ada serangan hendap dari musuh. Kedudukan strategik yang dipilih oleh sultan menunjukkan kebijaksanaannya dalam memastikan kerajaan uthmaniah stabil dan berkembang baik melalui aktiviti ekonomi yang keluar masuk di selat tersebut.
 
 


Kemudian dengan segeranya kami terus ke kedai BOSS; Leather Shop..wow, ada show, kelass gitu. Lepas tu acara memilih dan membeli la..mahal ada, murah pun ada, terpulang kepada poket masing-masing, tapi kulitnya sangat lembut, kulit baby sheep dan silk lapisan dalamnya..sejuk masa panas, memanaskan masa sejuk katanya eheheh




model turkey
model malaya
lawaa..
dgn tokey kedai
 
Selesai lunch, kami masuk ke topkapi palace pula..wah, topkapi palace ni memang luas, menarik dan merupakan istana tempat tinggal sultan-sultan kerajaan uthmaniah dahulu. Istana ada balairong seri tempat sultan dan jemaah menteri mesyuarat, bilik pameran segala alat2 perang sultan dan hadiah-hadiah dari orang untuk sultan seperti jam bertatahkan batu mutiara , pedang berbatu2 gemstones, segala alatan yang berkaitan dengan sultan, bilik  tidur raja, anak raja dan lain-lain lagi..Banyak yang tidak boleh diambil gambarnya..rahsia besar syhh..
 


 
 entrance

 gold


corak signature utk mozaic zaman uthmaniah





 

 
 






gereja aya sofia zaman rom (masjid zaman uthmaniah) dari belakang
 

 panorama selat bosphorus di salah satu sudut topkapi palace
 
Kemudian kami ke Blue Mosque untuk solat dan mendengar cerita keunikan masjid biru yang super duper famous ini. Masya Allah, engineer masjid biru bernama Sinan sangat hebat dalam membina struktur masjid biru, lampu dari telur burung kasawari, susun atur tiang dan sudut-sudut mengambil kira serakan bunyi agar sama rata dan tidak sumbang. Satu malam raja menegur Sinan kerana menghisap shisa di tengah-tengah masjid. Sebenarnya Sinan bukan menghisap shisha tetapi menghembus bubble agar berbunyi untuk mengesan kecacatan pada bunyi dalam masjid. Sinan juga ada meninggalkan nota dalam batu blok di satu sudut belah atas tiang, katanya akan berlaku kerosakan di tiang ini dan dia memberi cara penyelesaian terhadap masalah itu. Wow, masya allah hebatnya dia boleh predict problem hundreds years ahead.. moga Allah memberi kedudukan yang tinggi kepada Sinan dan membalas ganjaran pahala besar buatnya..amen!
 
Di depan Blue Mosque ada banyak kerusi tersusun. Masa saya datang honeymoon tahun 1995 dahulu, ada show light and sound setiap hari di blue mosque, selepas maghrib akan bermula, hari selasa ialah untuk bahasa Inggeris. Tapi Berk kata dah tiada lagi semenjak dia buat tour..sayanglah..kawan-kawan tak dapat saksikan light and sound tu. Menarik sebab dia gunakan suara orang bercerita, dengan bunyi2 guruh dan sound efek untuk menceritakan pemerintahan sultan uthmaniah.
 
 Jalan kaki dari topkapi palace Nampak pemandangan ini..
belakang museum, depan kedai askrim
 aya Sophia dari belakang

 laluan ke blue mosque dari aya Sophia
 
 
 



interior blue mosque

 

                       thnx to shikin yang snap picture ni walaupun gloomy sebab dah nak maghrib
 Lepas solat kami terus ke Hippodrome di Sultanahmet Square untuk melihat tempat orang-orang byzantine berlawan kuda pada zaman dahulu..Wow, ceritanya menarik.Raja Theodosius yang bawa balik dua tiang tulisan mesir.Tapak tiang tu ada ceritanya, satu menghadap utara menunjukkan ukiran gambar raja byzantine Arcadius dan isterinya Eudocsia duduk atas takhta. Satu lagi menghadap Barat menunjukkan gambar raja Theodosius, isteri dan anaknya Arcadius dan Honorius naik takhta. Yang menghadap ke timur dan selatan menunjukkan gambar raja dan anak-anak melihat pertandingan.


 Serpentine Column
6.5 meter tiang berupa 3 ekor ular berlilit dan tiga kepala ular (dah patah). Ini ialah hadiah dari 31 negeri greek kepada gereja Apollo di Delphi atas kejayaan mengalahkan Persian dalam perang zaman dahulu.
tulisan Egyptian hieroglyphics
gambar raja dan anak2nya
 
i
ii
dua gambar i dan ii dari google untuk melihat keluasan hippodrome
 
 Dinner di restoran Melayu.Yeayy! Dapat makan kari ayam, sayur goreng serta karipap..What a bless dapat makanan Malaysia..(orang melayu..ekekeke) Alhamdulillah..
 
Day 2: Round Istanbul lagi dengan beralan kaki ke Sulaimaniyah Mosque..Sejuk wei jalan pagi2..Exercise sikit..
 Kemudian minum Boza..minuman traditional rasa macam madu yang puteh tu..Royal Jelly..


Masa ronda keliling Berk menerangkan tentang sistem saliran zaman uthmaniah. Ditunjukkan juga citywall, dinding2 yang dibina oleh kerajaan rome yang telah berjaya ditakluk oleh panglima perang Hassan dari Ulul Abat..Very impressive..
 
Kemudian kami ke maqam sahabat Nabi bernama Abu  Ayub Al-Ansari..Rupanya Abu Ayyub meninggal di Istanbul setelah berdakwah sampai ke situ dan menjadi gabenor. Moga Allah memberi syahid kepada sahabat ini. 
 



katanya janggut nabi..wallahu a'lam

 
Kemudian kami naik cable car melihat muara selat bosphorus yang terkenal dengan bentuk Flower Horn..Muara ni sangat sibuk dengan keluar masuk kapal dagang di zaman Uthmaniah sehingga ke hari ini. Tiket naik cable car kami bayar sendiri sebab optional pilihan sendiri. RM10 lirah return. Cantik masya allah pemandangan dari atas bukit tu..
 





Dari Cable Car kami dibawa ke Grand Bazaar. Masa yang ditunggu-tunggu.. Rembat jugaklaa t.shirts dan key chain serta beg2 comel untuk souvenirs..
 
 
Dinner di restoran Thailand.Yeayy! Dapat makan tomyam, sayur goreng dan daging lada hitam dan roti jala..What a bless again dapat makanan yang kena selera kita..Alhamdulillah..


Day 3: Round Istanbul lagi menuju ke  Grand Bazaar. Masa lama sikit sampai kul 1..Wow! Puas hatilah dapat merembat segala bagai barang yang diidamkan selama ni.
 
 

 syhhh..


Kemudia kami berjalan semula ke Blue Mosque untuk mengambil gambar sekali lagi sambil solat zohor sebab semalam gloomy, hari ni sunny day..Alhamdulillah. Puas hati dapat makan aiskrim lagii.. 
 















 
Kemudian naik tren intercity (optional jugaa) untuk ke restoran di Galata Bridge di Selat Bosphorus..Bestt dapat rasa naik tren turkey dengan tiket 4 lirah sehala, ok sangat!
 

 

macam kenal..
 




 belakang tu fish market
 


 ramai kaki pancing kat galata bridge
 
 
 
 
 dah pancing boleh makan..yummy

 rasanya fresh
Kemudian kami berjalan kaki ke Taksim Road macam Bukit Bintang..banyak butik branded items..tapi dah tak larat nak membeli sebab bas dah sarat dengan beg yang padat ekekek..





Terus aje menuju ke airport sebab jam dah menunjukkan pukul 4.30. Jam 7.30 kena boarding untuk Dubai..So, don't say goodbye..but say..we will see you again Istanbul!
 

Demikianlah berakhirnya trip to turkey bagi tahun 2016..Moga allah ampunkan dosa kita semua dan jumpa lagi di tahun hadapan insya allah!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...