Tahun 2016 dimulakan dengan trip bersama kawan sepejabat ke Padang. Sempena cuti Hari Wilayah dan memandangkan selepas bulan dua kami akan memulakan program penerbitan buku teks dengan tarikh-tarikh bengkel yang saling beruturan menyebabkan cuti hari pekerja tak mungkin dapat ke mana-mana.
Mengambil pakej bersama Anas Travel RM720 ground package tidak termasuk tiket air asia, kami
bertolak pada pagi Jumaat 29/1 yang lalu..
dari tingkap kecik..
Sampai di airport agent telah menunggu kami..wahhh! surprise..Pak Benny jugak..hahaha..Pak Benny yang bawak kami tour Medan dua tahun lepas..best giler Pak Benny ni sebab dia boleh bercerita tanpa henti, siap menyanyi, buat kita tak boring dan tak kering gusi..Kelakar!
Dari Airport kami di bawa ke Bukit Tinggi..kita makan dulu..Kita lihat pemandangan sepanjang perjalanan..
di sini orangnya minangkabau..masakan padang masa lunch..terbaikk!!
beli manggis..pergh manis!
Lepas tu kami di bawa ke Air Terjun Lembah Anai..
Lepas tu terus singgah di kedai pertama: Putri Minang..Jeng..jeng..jeng..
syurga sulaman dan border rupanya..arghh meroyan tengok...cantik2...
teaser aje dulu ok...
Kemudian kami ke Kedai Lindungan Bulan, Cahaya Bordir dan dinner kat sini
Alhamdulillah..dah kenyang dan dah penat...so kita check in di hotel dulu yaa..
Day 2:
Keluar aje hotel lepas sarapan..dah terbeliak biji mata tengok kat pagar hotel, makcik jual baju dan segala jubbah beg dan telekong bersulam2..pergh..tak sempat2 lagi ada yang dah rembat..adoi!
wow..
tinjau aje ke...hihi
meriah!!
Hari kedua dimulakan dengan ke Bika Talago..melihat secara dekat IKS kampung membuat bingka..sedap gak!
Gunung Merapi berdepan dengan Gunung Singgalang ..sangat indah..Subhanallah
Gunung Merapi
Gunung Singgalang
Pemandangan berdekatan Bika Talago
dua perisa, pisang dan kelapa
arang kayu..pergh
bika letak kat dalam..hebat!
Gunung Singgalang sayup2..
Selepas itu kami ke Pandai Sikek..Terdapat beberapa kedai menjual tenunan songket dan sulaman..Shopping lagi di situ..Sepanjang perjalanan kelihatan pemandangan Gunung Singgalang sangat cantik bersulamkan sawah padi yang menghijau..indahnya ciptaan Allah..subhanallah
songket yang halus buatannya
Jangan tak beli tudung bawal di pandai sikek- cantik n murah..85000 rupiah dua helai(rm13 sehelai..murah kan)
banyak ikan-ikan tilapia di bela...air terjun disalir ke kolam-kolam ikan
telaga biru
bunga matahari liar..ubat darah tinggi
pemandangan pejabat berbumbung minangkabau
Gunung Singgalang
Dah puas membeli segala barang, kami bergerak ke Istana Pagar Ruyong..dalam perjalanan kami singgah di Danau Sigarak makan durian dan menikmati panorama danau..Danau ni serupa dengan Danau Toba tapi di sebelah sini. Danau Toba di sebelah Medan. Air yang sama, cuma rasanya Danau Toba lebih cantik sebab ada Pulau Samosir yang dihuni oleh orang Batak,.meriah jauhlah Danau Toba
gambar makan durian tak sempat snap sebab sedap sangat sampai menjilat jari..kikiki..
lunch padang..yumm!
Istana Pagar Ruyong ni memang cantik, berbumbung Minagkabau mempunyai 3 tingkat. Di aras bawah ada 11 buah bilik, dua bilik untuk raja dan permaisuri, 9 bilik untuk sembilan orang puteri, manakala putera raja tidur di masjid sebab perlu belajar agama..Wah kuat juga pegangan agama raja Minangkabau..Mereka sangat menitik beratkan pelajaran agama untuk anak lelaki supaya dapat memimpin keluarga.
tempat simpan padi
adik beradik raja
nice decorations
5 lapis langsir ke katil raja
bilik raja
bilik puteri raja
Bukit Tinggi-pusat tenunan dan sulaman
bordir aka sulaman/tenunan
deretan bilik puteri raja
panorama aras bawah
tangga ke atas
panorama luar dari atas
pemandangan aras dua
pemandangan dari tingkap menghala ke belakang istana
pintu bawah..dayang2 menunggu
free jump
Di luar kami beli buah ciku besar-besar, basuh terus makan..yummy maniss sangaaat!
Balik ke pekan bukit tinggi langsung di bawa ke Pasar Atas.. Hanya mempunyai masa selama sejam lebih sebelum maghrib, makanya malam ni hanyalah window shopping dan marked barang-barang yang nak dibeli dan boleh buat perbandingan harga..
mendung nak hujan...
semangat menuju ke pasar atas..
bila dah hujan rescue datang ambik kawan2...payung besar ekekekeke
Malam selepas dinner, di hotel kawan-kawan berkaraoke bersama Pak Benny..kalakar pulak dengar dia menyanyi..
1 comment:
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:0852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya KLIK-> BOCORAN TOTO 2D 3D 4D 5D 6D
Post a Comment