Hari kedua dimulakan dengan melawat Gyeongbokgung Palace..Sebelum melawat istana yang luas ni, kami lihat dulu persembahan pengawal-pengawal istana memulakan tugasnya setiap hari..Istana ini dibangunkan oleh Dinasti Joseon, memang sangat luas, ada pavilion, bilik-bilik raja, dayang2 , meeting room dan lain-lain lagi. Pemandangan kat sini memang sangat cantik dan so korea..
Kemudian kami masuk ke National Folk Museum untuk mendalami sejarah Korea dan budayanya
lunch kami di restoran korea
Lepas lunch kami ke kelas belajar buat kimchi.. Cikgu kimchi pandai cakap
omputih..barulah tahu begitu caranya orang korea buat kimchi yang sedapp
tu..orang korea makan apa je pon mesti ada kimchi, buat penyedap
rasa..mee noodle yang sup tu pon makan ngan kimchi..
pekena jus pisang susu yang famous tu..mashta!
taraa..my radish kimchi
Selepas belajar buat kimchi, kami memakai pakaian tradisional korea iaitu hanbok, kemudian terus ke trick eye museum, ice museum dan love museum.
ice museum..sejuk yang amatt!
Kemudian kami pergi menonton teater musical mengenai perkahwinan di korea
seronok jugaklaa..entertaining sebab kelakar
Dinner kami noodle homemade (kaler putih dan hijau dan besar2 sikit hihi) dan isinya kupang..sedap sungguh makan panas2 dengan kimchi
lempeng sayuran panas2 dan garing..yumm!
No comments:
Post a Comment