Thursday, May 2, 2013

Ho Chi Minh Day 2

Pada hari ini (ahad), breakfast di hotel dengan sederet makanan Halal Food...kenyang sudahh alhamdulillah..kelihatan ramai jugak warga Malaysia di hotel ni..seronok dapat berbual dengan depa yang datang dari Parit Buntar...semangat nak berjalan!


Kami di bawa ke Sungai Mekong untuk menaiki sampan dan menikmati keindahan destinasi di situ..menarik tempat tu tapi agak jauh juga dalam sejam lebih perjalanannya..sepanjang perjalanan kelihatan ramai orang vietnam naik motor bertiga berbondong2 bawa barang..rupa2nya mereka cuti nak balik kampung. yang menariknya wanita vietnam menutup muka, lengan panjang siap sarung tangan bagai dan stokin lagi...rupanya itu cara mereka nak elakkan sunburn sebab nak kekal putih hehehe...jika sampai di kedai , buka suma baju2 dan sarung lengan tinggal seluar pendek dan blouse tak berlengan..gitu ke...laa..hehehe


Dah nak sampai sungai mekong..



 Jeti nak naik boat







Semua orang diberi minum air kelapa sebiji seorang..ohh nyaman..

 sungai mekong ni rupanya bersambung sehingga ke china..di China di panggil Pearl River..hilang dah perkataan mekong tu..tapi jambatan ini sama je lebih kurang ngan di guangZhou..tahun 2009 saya pergi.

Destinasi berikutnya ialah salah satu pulau di sungai mekong. pulau2 di delta mekong ini kebanyakannya subur dengan buah2an seperti longan, manggis dll..sehingga madu pon dipanggil madu longan sebab lebahnya keliling pokok longan je

Melihat tempat Industri Kecil vietnam menghasilkan candy daripada buah kelapa dengan perisa yang pelbagai..sedap jugak!


Lepas tu kami ke Bee Farm..honey tasting ohh sedap! pastu diberi royal jelly pulak..masam sikit..siapa yang hendak beli madu harganya RM15 sahaja sebotol..murah




Kemudian, kami dibawa ke tempat makan buah2an..melaui  bazaar ini..fuhh..
 sesi kawan merembat beg2 kulit yang murah2..kulit lembu rm 10 ke 15 satu..sangat mengancamm!

 Kami dihidangkan dengan 6 jenis buah2an termasuk dragon fruit, mangga, nenas dll yang semuanya manis2..bestt!
 Di sajikan dengan nyanyian traditional cik mek molek yang merdu tapi tak faham..kami beri tips rm1 setiap orang sebab katanya penduduk pulau ini sangat miskin dan dhaif..kesian pulak

Seterusnya ialah yang paling thrilled! menaiki sampan kecil menerusi sungai mekong yang sempit! ohh takut!




laju giler memasing bawak sampan sebab nak kejar trip..hebat kerana kebanyakannya orang pompuan..kuatlah depa ni!

 Lunch kat restoran shamsudin orang Malaysia..siap ada motor delivery lagi!

Dan melawat kilang lacquer..kulit siput dan cengkerang telur..cantik..tapi tak boleh ambik gambar
Selepas ini, kami di bawa shopping di saigon centre..alamak! mabuk tengok baju2 kurung yang cantik2 bermanik2 penuh disusun daripada lantai sampai ke bumbung!..mabuk nak pilih warna dan corak dengan harga hanya rm50 sahaja!! ohh..bocorlah poketku..

Malam dinner kat restoran ini..Sedap tomyam cendawan..dan kopi dia fuhh!


3 comments:

Teena Tna said...

Lawa nyer beg2 tuu...murah je ea

Unknown said...

Thank you for another great article. Where else could anyone get that kind of information in such a perfect way of writing? I have a presentation next week, and I am on a look out for such information. Bridal lehenga

Anonymous said...

assalam ! blogwalk kejap , nice blog ! btw, this my blog http://gadisinsta.blogspot.com/ .. don't forget to vist ye ! hiks3 :D

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...