Wednesday, January 2, 2013

thailand trip part 4

Day 4

Pagi
Pakej island hopping telah siap dibayar oleh hubby. Maka kami menunggu sahaja dijemput dengan van tuk tuk dan di bawa ke office Barracuda Tour di tepi Aonang Beach. Sampai di situ kami diberi sticker bulat bewarna hijau..semua dah naik boat panjang yang muatannya menjangkau seramai 30 orang...wow...ramai betul, tapi oklah sebab dapat duduk atas kerusi plastik dan ada life jacket yang mencukupi termasuk snorkelling set. Tapi kami bawa sendiri punya..

MasyaAllah cantiknya Pranang beach...katanya yang tercantik di Krabi..mandi manda selama sejam disitu dan puas mengambil gambar dalam gua, antara pulau, terjunan dari boat fuhh..hebat anakku si Ammar!

Dari Pranang beach melalui Railay dan Tonsai Beach..kedua2 beach ni memang tiada jalan darat..kena naik boat baru sampai.so sesiapa yang ambil hotel di kedua2 beach ni kena naik teksi boat di aonang beach untuk ke situ.
uniknya...ada orang menjual pelbagai makanan atas boat..
 




Tibalah ke destinasi kedua...chicken Island..wei..bentuk pulaunya memang macam ayam Subhanallah
Di situ kita turun snorkelling..mm..bestt!! tapi arus air rasa sangat kuat menarik2 dari dalam..memang suspen sikit nak pergi sorang2 berenang jauh dari orang..adik amer over exited dah turun bagi makan ikan, naik boat dan nak turun lagi..wah! tak kasi can langsung kat baba swimming solo. Ammar punyalah berani tak mahu pakai life jacket...ciwahh

macam ayam tak?
 

gua2 yang mengelilingi untuk diexplore!
 
keliling chicken island..masya allah cantik!
 
 
Dari situ kami bergerak pula ke Poda Island..Lunchtime!! Di Poda Island tebing pasirnya bersambung dengan Chicken Island dan boleh hanya berjalan kaki sahaja jika air surut..seronoknya adik amer main pasir, main bola dan berenang dengan abang dan baba exploring the island..saya hanya relax duduk di tepi redup sebab jam tepat pukul 12 tengahari..oh panas terik!



 
Dari Poda Islan bergerak lagi ke Tup Island...Sampai kat Tup Island entah macamana adik amer mengejar bola terlanggar tali boat..alamak ciannye dia berkesan tergores sikit kulit pipi dan leher..dahlah kejap je mama dapat swimming..the rest relax makan buah dalam boat menunggu semua orang dalam sejam juga.adik tertidur sambil minum susu..


Gambar snorkelling masya Allah...

 ikan nemo




 ammar
 

ikan besar2 masya allah
 

Malam
 
Malam ini saya memanjakan diri di spa..wow..thai massage hanya rm20! sedap rasanya macam di Thai Odessey di The Mines atau di Sunway Pyramid, Subang yang mengenakan bayaran rm90!.Lepas tu buat Foot Scrub rm20 lagi..nyenyaknya tido malam tu alhamdulillah..TQ abang belanja semua ni!

7 comments:

Anak Timur said...

maaf ya, saya tompang promot kat sini.. tq
Collagen Powder
ESP – Soy Protein Isolate Powder
GLA Complex
Omega Guard
Vita-E Complex
B-Complex

Arleen @ Alin said...

masya Allah... speechless..

CassieInTheRain said...

Gorgeous photos!

McDuffie Shanice said...

I definitely believe a lot of whats stated here. I will share this to my friends. Thank you very much.

Software problems? Check this out:
Medisoft software
Preferred software by most medical professionals

muhammad holil said...

Wonderfull agent704.blogspot.com

Papa Cun said...

pemandangan yang sungguh cantik

Jaxon Pryke said...

Very shortly this web site will be famous amid all blogging users, due to it's pleasant content.

Please visit:
physician medical billing services