Pagi: Perjalanan sejauh 90 km ke utara Perth, Caversham Wild Life untuk memberi pengalaman kepada adik amer melihat, memegang dan memberi makan kanggaroo dan koala serta beberapa spesies binatang yang tiada di Malaysia.
Mula2 amer takut, pastu bila dah mula bagi makan kanggaroo seronok pula hingga tak mahu balik!! masyallah jinak2 kanggaro di situ, makanan berbentuk palette dan yang penting free of charge hehe..ambil aje dr tong yang disediakan. Masya allah kanggaro berwarna kelabu, coklat tua,coklat muda dan putih pun ada..ramai yang lepak2 je baring tapi bila kita mula beri makanan pakat2 datang kerumun amer heheh
anak kanggaroo dipanggil wallaby
koala di sini tidur je sebab masih pagi, koala pun sebenarnya binatang yang sensitif, tak dibenarkan membuat bising dan memegangnya, hanya boleh menyentuh bulunya sahaja dengan lembut.
ini di tempat kambing biri2, ada pelbagai show ditunjukkan tentang bagaimana anjing terlatih mengembala kambing biri2, bagaimana bulu di "shear" dan cara menggunakan cemeti untuk menghalau kambing biri2 dan memerah susu lembu..ammar masuk contest menyusukan anak2 kambing dan menang..well done ammar!
bergambar dengan wombat..its huge!
Petang:
Ronda kawasan berbukit dekat bandar Perth tepi Swan River, kawasan orang kaya..rumah Pak Lah ada satu kat situ..rumahnya semua besar2 ala-ala kawasan orang kaya di Shah Alam..memang cantik melihat sunset di situ..Subhanallah..Terus makan Fish n Chips di Kailis..a must do when u r in Perth. Tapi memang mahal la..
No comments:
Post a Comment