Wednesday, January 21, 2009

talent~~



Bakat atau talent dalam bahasa inggeris atau mauhibah dalam bahasa arab adalah anugerah allah jua kepada manusia.ada orang berbakat dalam berkata-kata, mampu memberi ucapan berapi dan berkesan, ada orang berbakat dalam penulisan, tulisannya mampu menaikkan semangat juang dan jatidiri orang lain, ada orang berbakat dalam berlakon dan perlu diarah ke haluan untuk menaikkan jiwa juang dan jihad kepada penonton..ammar pon ada bakat berlakon walaupun ini adalah kali pertama ammar berlakon, nampaknya tidak nervous dan mampu bercakap dengan kuat. Nanti bila balik malaysia bolehlah ammar menyertai pertandingan pentomin antara sekolah-sekolah agama yang mengetengahkan lakonan berunsurkan agama ok...kat sekolah continental ni biasa la sekolah orang putih, pakaian pon tak menutup aurat, balik malaysia nanti ammar akan masuk sekolah rendah islam al-amin, sekolah yang mampu membimbing anak muridnya kepada pengabdian diri kepada Allah..insyaallah.bila nak balik malaysia tue, tak tahulah lagi..paling lambat hujung bulan 8 kot

No comments: