


dua hari weekends dipenuhi dengan pelbagai aktiviti di abhur, redsea, jeddah.menginap di chalet bersama2 kawan2 rapat di jeddah, ber bbq di sebelah malam dan aktiviti melukis untuk kanak2 sememangnya memberikan kenangan paling manis buat kami sekeluarga.snorkelling di redsea memang menjadi kegemaran kami sekeluarga sejak datang ke sini, dari tiga family menjadi empat dan akhirnya menjadi semakin meriah dengan pertambahan kawan2 lain yang teruja ingin melihat keaJAIBAN makhluk underwater yang berwarna warni.subhanallah.
ukhuwwah yang terjalin antara kami sangat indah, disulami dengan gelak ketawa ibu2 dan anak2, cukup menyeronokkan, hilang kerinduan kepada keluarga di malaysia.moga ukhuwwah ini diberkati allah dan akan berpanjangan insyaallah.
No comments:
Post a Comment