Wednesday, December 7, 2011

rindu..

semasa ber blogwalking terjumpa lagu ini..ohh saya rindukan iramanya yang sayu..akan saya cuba cari di youtube kalau ada..ada sesiapa yang masih ada simpanan lagu ini sila link ye..
kata2 ini sangat menyentuh jiwa saya..kata-kata sayyid qutb..salah seorang penulis buku ma'alim fit torieeq maksudnya petunjuk sepanjang jalan dan pejuang hebat ikhwanul muslimin di era pemerintahan jamal naserr, mesir..

telitilah bait2nya...

Seandainya kau tangisi kematianku, Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu, Maka di atas tulang-tulangku Yang hancur luluh ,Nyalakanlah obor buat umat ini, Dan …… Teruskan perjalanan ke gerbang jaya. Saudara! Kematianku adalah satu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merindu Taman-taman di syurga. Tuhanku bangga menerimaku Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku Bahagialah hidupku di alam abadi Saudara! Puaka kegelapan pasti akan hancur. Dan alam ini akan disinari fajar lagi. Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya. Janganlah gentar berkelana di alam abadi. Nun di sana fajar sedang memancar


-----Ditulis oleh Syed Qutb beberapa jam sebelum digantung
pada pagi Isnin 29 Ogos 1966------------

2 comments:

Mizz Aiza said...

bait-bait yang menyentuh perasaan..

mama_sal said...

ye la mizz..
akak sangat suka bait2nya yg puitis