Lahirmu di sini sebagai seorang pemimpin
Lahirmu jua untuk melindungi yang lain
Jangan engkau pesongkan amanah yang telah diberikan
Jangan engkau abaikan tanggungjawab yang telah diserahkan
Jangan engkau khianati kepercayaan yang telah diucapkan
Dan jangan engkau abaikan janji yang telah kau lafazkan
Jadilah seorang lelaki yang beriman
Jadilah seorang pemimpin yang adil
dan jadilah pelindung kepada yang perlukan perlindunganmu
Berbanggalah kerana dirimu dilahir untuk menjadi pemimpin
Beruntunglah kerana dirimu dipilih untuk melindungi wanita
Ayuh… kita martabatkan peranan masing-masing. Bantulah mereka yang bergelar wanita untuk merasai diri mereka dilindungi. Perlukan perlindungan bukannya bererti mereka lemah. Tetapi ianya satu penganugerahan yang membantu memartabatkan maruah mereka.
Marilah para pembaca sekelian, kita sokong usaha yang telah dilakukan. Semoga setiap usaha kita akan dimudahkan dan diberkati Allah. InsyaAllah.


Tambahan info tentang apa itu Raudatus sakinah
No comments:
Post a Comment