Wednesday, October 7, 2009

BerHATIkah kita?

renungan bersama....sedutan dari us.naim.

Kata Imam al-Ghazali:-

" Carilah hatimu ketika membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru"


Kualiti amalan ditentukan oleh kualiti hati. Jika hati kita baik maka amalan atau perbuatan yang dikerjakan itu akan menjadi baik..

Hati yang bertitik hitam itu cucilah dengan zikrullah
Hati yang koyak itu jahitlah dengan benang bacaan Al-Quran
Hati yang keras itu lembutkanlah dengan madah dan tazkirah

Diungkapkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a.: Empat hal yg menyebabkan hati menjadi gelap iaitu;
~Perut yg selalu kenyang
~bergaul dengan orang yg zalim
~melupakan dosa yg telah lalu
~angan angan yg melambung.

Sedangkan empat hal yg menyebabkan hati menjadi bercahaya:
~perut yg lapar agar selalu waspada
~bergaul dengan orang orang soleh
~mengingat perbuatan dosa yg telah lalu
~tidak berangan angan yg melambung

No comments:

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...