Monday, October 22, 2007

Ukhuwwah Sejati Dipayungi Rahmat Ilahi

Di antara tujuh golongan yang akan mendapat payungan dan teduhan Allah di padang mahsyar kelak ialah dua orang yang bersahabat...mereka bertemu dan berpisah kerana ALlah. Bukan mudah untuk mendapat seorang sahabat yang sejati di dalam dunia yang penuh dengan hipokrasi dan materialistik sekarang ini. Pepatah Melayu ada mengatakan kawan ketawa ada beribu kawan menangis hanya satu cukup membawa erti yang mendalam.Ada orang bersahabat dengan kita untuk mendapatkan sesuatu. Jika mereka telah mendapatkan apa yang dihajati kita tidak dihubungi lagi, lebih-lebih lagi apabila sudah bertemu dengan orang yang lebih memberi keuntungan peribadi kita tidak perlu disisinya lagi.

Ada orang bersahabat dengan kita memang ikhlas untuk mendapat teman dan kawan di dalam semua aspek kehidupan.Susah dan senang sama-sama diharungi walaupun pelbagai tohmah dan fitnah ditaburi, kita tetap dihubungi kerana hanya kita dan dia mengetahui yang mana kaca dan yang mana permata.

Alangkah indahnya ukhuwwah yang terjalin jika kita sama-sama memahami betapa Allah dan RasulNya adalah kayu pengukur untuk setiap tindakan dan keputusanyang disepakati. Seandainya sahabat kita terlalai atau terleka kita saling ingat mengingati supaya hukum ALlah sama-sama dapat kita patuhi. Sekiranya sahabat ditimpa musibah atau kesusahan kita datang menghulurkan bantuan, sekurang-kurangnya bertanyakan khabar mengurangkan keresahan sahabat yang sedang dirundung malang.

I'tibar Surah Attakathur

Firman Allah yang bermaksud " Telah melalaikanmu memperbanyakkan urusan dunia ( harta, pangkat dan anak), sehinggalah kamu masuk ke dalam kubur, sekali-kali tidak, kamu akan mengetahuinya, kemudian sekali-kali tidak, kamu akan mengetahuinya,sekali-kali tidak, jika kamu mengetahuinya dengan keyakinan, sesungguhnya kamu akan melihat neraka jahiim, kemudian kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang sebenar-benarnya, kemudian kamu akan disoal kembali pada hari kiamat tentang segala nikmat yang telah kamu miliki"

Sememangnya fitrah manusia tidak akan pernah puas dengan apa yang dia miliki. Yang sudah punya pangkat dan kerja yang bagus mahu lagi meningkatkan diri dan memegang jawatan dan pangkat yang lebih ke atas lagi dengan ertikata "mahu majukan diri". Bagi yang sudah cukup mempunyai rumah dan kenderaan yang baik tetap tidak berpuashati terus mengubahsuai rumah mengikut gaya kontemporari dan menukar kenderaan kepada yang berjenama dan lebih besar supaya lebih dihormati dan dipandang tinggi oelh oranglain. Yang sudah berkahwin sering merasa tertekan jika tidak dikurniakan anak dan bertungkus lumus mendapatkan zuriat kerana terasa belum cukup lengkap lagi hidup jika tidak mempunyai anak-anak yang ramai. Yang mempunyai anak tetapi perempuan sahaja juga terus menerus risau dan ingin mempunyai anak lelaki pula dan sebaliknya. Yang sudah mempunyai anggota dan rupa paras yang lengkap tetap tidak berpuashati dan mahu memakai rambut palsu, mewarnakan rambut, membetulkan hidung dan gigi untuk lebih menarik dan kelihatan lebih baik.Apakah sebenarnya yang kita cari di dalam hidup ini?

Tidakkah kita takut dengan maksud firman Allah di atas tadi yang mengingatkan kita bahawa perkara-perkara yang "ingin lebih" dan "ingin banyak" atau "ingin cantik" itu telah melalaikan kita dari mengingati ALlah. Ia telah melekakan kita daripada memiliki perkara asas yang sepatutnya telah kita syukuri dan memenafaatkannya untuk mendekatkan diri kepada ALlah dan mengabdikan diri menyembahnyan...

Kelalaian ini berlaku hasil daripada sikap kita sendiri yang suka membandingkan diri dengan orang yang lebih atas dari kita. Seandaninya kita membandingkan diri kita dengan orang yang lebih bawah dari kita sudah pasti kita akan terasa kita sudah cukup segalanya..ada lagi orang lain yang tidak memiliki apa yang kita ada.Pintu kebahagiaan sangat banyak dan sentiasa terbuka untuk kita. Janganlah sekiranya satu daripadnya tidak kita miliki justeru kita terasa sangat sedih dan hampa kerana di sana banyak lagi pintu-pintu kebahagiaan lain yang ALlah bukakan untuk kita menikmatinya. Dan yang lebih penting apa yang kita nikmati itu akan dipersoalkan di hadpan ALlah kelak.Samada kita memanafaatkannya untuk menolong orang lain atau sekadar kepuasan diri kita sahaja..?

Sunday, October 21, 2007

Eid Mubarak..Terleraikah dosa

Allahu Akbar allahu akbar allahu akbar....mendayudan bersemangat imam besar masjidil haram mengalunkan takbir menandakan berakhirnya ramdhan dan bermulanya kemenangan seluruh umat islam menghadapi cabaran mengekang hawa dan nafsu. Bergenang airmata, bergetar sebak di dada mengenagkan pemergian ramadhan dan kemingkinan berjumpa lagi di tahun hadapan.

Syukur kepadaMu ya ilahi di atas kemenangan kami mentarbiyyah diri sepanjang proses tazkiyatunnafsi dalam bulan mulia ini. Kejayaan jua buat puteraku yang telah bersungguh-sungguh buat pertama kalinya berpuasa dalam kepanasan bumi saudi ini. Keheningan qiyam di malam 27 di masjidil haram amat dalam berbekas di jiwa kami..betapa 5 juta umat islam berhimpun menadah tangan memohon segala hajat dan keinginan mengambil barakah malam 27 yang disenaraikan di dalam 'asyaratul awakhir min ramadhan.Lelehan airmata dan seduan yang sahut menyahut disusuli pula oleh esakan imam yang mengetuainya aduh....amat menyentuh qalbu dan dhamir bagi setiap insan yang benar2 kudus dan hina mengadapNya. Ya allah....berikan kami pelepasan dari api neraka dengan kejayaan kami melalui segala kekangan hawa dan nafsu sepanjang bulan mulia mu ini.

Hari raya bukan sekadar menghalalkan makan dan minum bahkan memberi peluang menggugurkan dosa-dosa sesama insan. Tangan yang dihulur meminta maaf sekaligus merapatkan hati-hati yang jauh sangat dikasihi Allah malah dijanjikan teduhan di padang mahsyar kelak. Antara tujuh golongan yang mendapat teduhan di padang mahsyar ialah mereka yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya jua.

Ramadhan Kareem


Berlalu sudah bulan tarbiyyah, bulan yang permulaannya maghfirah, pertengahannya rahmahdan penghujungnya 'itqu minan naar. Dapatkah kita bertemu kembali denganmu wahai ramadhan? berapa ramai umat yang kecundang di perengahan syaaban dan tidak sempat betemu dengan ramadhan...

Teringat saya kepada arwah ayahanda yang baru pergi menyahut panggilan ilahi dipenghujung jamadil akhir...dua bulan sebelum tiba ramadhan. Betapa persiapan arwah ayah sangat rapi di setiap kali menjelangnya bulan mulia ini. Persiapan dari segi fizikalnya yang sentiasa memakan makanan yang sihat supaya kuat berpuasa, persiapan dari segi materialnya seperti jam dan flask air panas untuk mengejutkan sahur dan menjimatkan masa menjerang air panas, persiapan makan sahur dengan sambal daging atau serunding.Segalanya hanya tinggal kenangan kerana arwah ayah tidak sempat mengecapi keindahan bulan ramadhan...namun pemergiannya ayahanda di pagi jumaat yang barakah telah cukup membahagiakan dirinya di alam kubur...

Betapa mudah arwah ayah kembali ke pangkuan penciptanya..hanya dalam beberapa minit sahaja arwah ayah sudah tenang dari sakaratul maut yang datang secara tiba-tiba sehabis menghadapi sarapan pagi bersama-sama saya dan ibu tercinta. Rebah di dalam pangkuanku...Moga rohnya dicucuri rahmat dan terlepas dari azab siksaan kubur amiin..

Alangkah indah ciptaanMu Ya Allah

Mengenang kembali saat-saat indah percutian kami ke Switzerland penghujung mac yang lalu terasa betapa kerdil nilai insan apabila berdepan dengan Maha Agongnya tuhan pendipta sekelian alam. Alangkah hebatnya Dia yang bisa menebarkan langit membiru seluas-luasnya tidak jatuh walaupun tanpa tiang, tidak berselerakkan dan tanpa sedikit retak pun kelihatan. Bumi menghijau bak hamparan dan gunung ganang yang memutih dilitupi salji sejuk sekali mata memandang.

Di sinilah letaknya keajaiban kekuasaan allah yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana kuasa yang mengaku dia tuhan.Manakan hendak mencipta alam sekelian indah, hendak mencipta nyamuk yang halus dan kecil tidak bisa melakukannya.

Seandainya diri kerdil manusia masih tidak mahu tunduk menyembahNya...Mengaku dialah hebat dan kaya, berkuasa menentukan jatuh bangun manusia lain, tunggulah azab Allah adalah jawapan terbaik yang menanti di akhirat sana.

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...