18 November 2017..hari sabtu ini..buat pertama kalinya saya handle kenduri kahwin anak..Debarannya sangat terasa sejak seminggu dua kebelakangan ini. Dalam doa, solat hajat sentiasa saya mohon agar segalanya lancar, orang datang, cukup tempat duduk, cukup makanan dan semua berpuashati. Sebolehnya kita mahukan yang terbaik bila mengurus sesuatu, bila sampai majlis kenduri anak sendiri sudah tentulah super duper terbaik yang kita harapkan kan...adui..saya tak tahu nak mulakan dari mana, tapi wedding planner adam daniyal present 17 menjadi pilihan saya untuk mengurus kenduri Ammar. Dari kad jemputan,pakaian, makanan, hiasan, doorgift, p.a system dan pengacara majlis semua aisya si wedding planner yang urus. Mula-mula nak buat kat dewan condo sahaja, tapi awal ogos haritu tukar ke dewan sri siantan sebab management condo buat restriction tak boleh masuk parking dalam compound. Memang tak sesuailah kalau tak de parking untuk tetamu.
Kad jemputan telah diedar seawal pertengahan Oktober, reminder last week. Saya siapkan doorgift untuk kanak-kanak je...kamis malam jumaat solat hajat di surau dwiputra dan adik beradik..jumaat malam persiapan dewan dan rehearsal kupulan nasyid ammar..Doakan segalanya lancar ye..dup dap dup dap neh dalam hati...
Sedikit gambar persiapan...
pelamin pilihan
misi mencari baju ibu pengantin hehe
doorgift kanak2
misi mencari baju pengapit
baju pengapit
No comments:
Post a Comment