Sunday, February 14, 2016

Padang Trip Part 3

Day 4:
 
 

Hari keempat kami check out kerana tour hari ini di luar Bukit Tinggi dan terus ke Padang...Destinasi pertama ialah  perjalanan ke Ngarai Sianok..Di tengah Bandar Bukit Tinggi, kami berhenti ke klinik kerana salah seorang ahli rombongan kami ditimpa demam...3 jam jugak bersantai dalam bas..sian ke keril, tidur aje dia lepas makan ubat..


 
travel buddies
 
Berbalik kepada Ngarai sianok..ianya ialah lembah curam sedalam 100m seluas 15 km di Bukit Tinggi yang menjadi tumpuan pada Zaman Jepun. Lembah ni di jadikan kubu strategik oleh tentera Jepun sebagai perisai menentang musuh..ala-ala A Famosa di Melaka laa.. Di bawah bukit ni di korek kubu pertahanan tentera jepun sebagaimana di Vietnam. Sangat luas...berbilik2 untuk berek tenteras, dapur tentera, bilik senjata, bilik mesyuarat dan yang paling takut, penjara dan tempat siksaan eeeerrkk..seram gak..
Mula-mula takut nak masuk lubang jepun tu, ingatkan kena menunduk macam cuchi tunnel di Vietnam, tapi rupa-rupanya luas dan boleh berjalan macam biasa..


 
 
entrance..

 




 turun 40 anak tangga
ruang armor

 ibu keril
 
 bilik seksaan


yess we did it! orang demam pun gagah!
Lepas selesai di ngarai sianok kami ke Sungai Landia..untuk merasa minum teh halia dan melihat produk2 kulit..cantik jugak pemandangannya..Dalam perjalanan singgah ke Anis Bordir..hihi sempat lagi merembat tudung bawal dan kain pasang... 







 sutera tu
 

 lunch di sini..menu padang
 

 








 



 




  
 merenung kebesaran ALLAH
 



 
 
 Lepas tu kami ke Puncak Lawang...melihat Danau Maninjau dari atas puncak lawang..

 
 Danau Maninjau..



 
  
Dalam perjalanan ke Padang, singgah di kedai Labu, haritu Jagung..kali ni labu..kreatif orang Indonesia neh.. Segala macam produk daripada labu ada baik krepek,,labu salai dll, kami merasa aiskrim labu..mmm.. yummy jugak
 
 





Berakhirlah di Buki Tinggi, kami bergerak ke Padang pula. Malam sampai di Padang kami dinner Ikan Bakar di Restoran waterfront..wow...sedap banget perut pun lapaq, apalagi..makan tak ingatt!
 



Lepas makan, check in hotel dan kami hanya membawa barang yang diperlukan malam itu sahaja kerana esok, pagi-pagi dah kena bangun untuk ke airport..
 
  

 
highlights in padang




Sekianlah trip Padang geng pejabat untuk kali ini..Alhamdulillah selamat sampai di KLIA2..

happy faces!



My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...