Day 3
Hari yang di tunggu-tunggu oleh adik aamir sebab hari ni nak naik gajah..sibuk dia nak naik gajah bila dia tengok gambar abang ammar naik gajah di Sri Lanka suatu ketika dulu. Ia juga pengalaman pertama untuk Isyqi hihi..pakej naik gajah ialah 800 bhat iaitu RM96 untuk 30 minit jungle trekking.
naik motor masuk kampong dalam 5 minit dari hotel
menapak
teruja!
atas gajah..adik suspen aje
Lepas naik gajah kami dijamu dengan buah-buahan nenas dan tembikai.oh fresh! Selesai bergajah, terjun kolam semula sehinggalah lunchtime.
Waktu petang mereka ke jeti dan mandi manda terjun naik terjun naik kat jeti...bukan main seronok lagi buat video bermacam-macam aksi terjunan dan slow motion yang dibuat..sangat happy!
jeti tempat memancing
jeti
slow motion...seronoknye
mandi manda
Our last dinner hasil pancingan yang bersungguh-sungguh daripada en suami hihi..ikan sweet sour yang sangat best!
Day 4
Hari ni kena check out dari hotel. So pagi-pagi lagi kami dah mula berenang di pantai
sunrise
subhanallah..maha indah ciptaanMU
Kemudian masuk kolam semula dan barulah balik bilik dan mula packing. Lunch telah di tempah oleh husband dan kami checkout jam 11 terus duduk lunch kat restoran sementara menunggu boat datang pick up kami.
back time!
Bubbye beautiful beach!
melihat koh mook dari jauh..spectacular view
dah sampai di jeti kampong
Naik semula kereta dan menuju ke Haatyai pulak..sempat singgah solat zohor asar di masjid ini
Perjalanan ke haat yai mengambil masa dua jam. hari ini hari sabtu so banyak lori dan kenderaan nak ke haatyai, pusat business la katakan. Bandar haat yai tidak seperti masa saya datang dulu pada tahun 2000, mungkin sebab dah banyak berlaku bom sana sini, jadi perniagaan gadis2 sudah tidak kelihatan, kedai-kedai tak nampak suspicious, nampak macam Bandar Melaka aje hihi..so okla sebab kali ni kami bawa anak-anak. Tak naklah mereka melihat perkara yang bukan-bukan kan..
Selepas check in dan relax, kami bergerak ke floating market haat yai jaraknya hanya 5km sahaja dari hotel Hi Season tempat menginap. Ada banyak pilihan makanan dan anjung-anjung untuk duduk makan..
pelbagai menu di setiap boat yang berbeza-beza. pilih2 apa nak makan hihi
pilihan kami ialah nasi ayam percik..pergh sedapp!
as usual adik nak ayam goreng
rasa macam kuih koci versi cute dalam bentuk buah..unik!
air kelapa dalam buluh..haha
seperti dijanjikan adik aamir minta dibelikan ikan dan akuarium kecil sebagai hadiah harijadinya tahun ini..seekor ikan pelaga bewarna kuning menjadi pilihan adik berharga RM2..murah..akuarium kecil berharga RM4..ok sangatlah tu..jangan terlebih beri makan ye dik..