Wednesday, January 2, 2013

thailand trip part 4

Day 4

Pagi
Pakej island hopping telah siap dibayar oleh hubby. Maka kami menunggu sahaja dijemput dengan van tuk tuk dan di bawa ke office Barracuda Tour di tepi Aonang Beach. Sampai di situ kami diberi sticker bulat bewarna hijau..semua dah naik boat panjang yang muatannya menjangkau seramai 30 orang...wow...ramai betul, tapi oklah sebab dapat duduk atas kerusi plastik dan ada life jacket yang mencukupi termasuk snorkelling set. Tapi kami bawa sendiri punya..

MasyaAllah cantiknya Pranang beach...katanya yang tercantik di Krabi..mandi manda selama sejam disitu dan puas mengambil gambar dalam gua, antara pulau, terjunan dari boat fuhh..hebat anakku si Ammar!

Dari Pranang beach melalui Railay dan Tonsai Beach..kedua2 beach ni memang tiada jalan darat..kena naik boat baru sampai.so sesiapa yang ambil hotel di kedua2 beach ni kena naik teksi boat di aonang beach untuk ke situ.
uniknya...ada orang menjual pelbagai makanan atas boat..
 




Tibalah ke destinasi kedua...chicken Island..wei..bentuk pulaunya memang macam ayam Subhanallah
Di situ kita turun snorkelling..mm..bestt!! tapi arus air rasa sangat kuat menarik2 dari dalam..memang suspen sikit nak pergi sorang2 berenang jauh dari orang..adik amer over exited dah turun bagi makan ikan, naik boat dan nak turun lagi..wah! tak kasi can langsung kat baba swimming solo. Ammar punyalah berani tak mahu pakai life jacket...ciwahh

macam ayam tak?
 

gua2 yang mengelilingi untuk diexplore!
 
keliling chicken island..masya allah cantik!
 
 
Dari situ kami bergerak pula ke Poda Island..Lunchtime!! Di Poda Island tebing pasirnya bersambung dengan Chicken Island dan boleh hanya berjalan kaki sahaja jika air surut..seronoknya adik amer main pasir, main bola dan berenang dengan abang dan baba exploring the island..saya hanya relax duduk di tepi redup sebab jam tepat pukul 12 tengahari..oh panas terik!



 
Dari Poda Islan bergerak lagi ke Tup Island...Sampai kat Tup Island entah macamana adik amer mengejar bola terlanggar tali boat..alamak ciannye dia berkesan tergores sikit kulit pipi dan leher..dahlah kejap je mama dapat swimming..the rest relax makan buah dalam boat menunggu semua orang dalam sejam juga.adik tertidur sambil minum susu..


Gambar snorkelling masya Allah...

 ikan nemo




 ammar
 

ikan besar2 masya allah
 

Malam
 
Malam ini saya memanjakan diri di spa..wow..thai massage hanya rm20! sedap rasanya macam di Thai Odessey di The Mines atau di Sunway Pyramid, Subang yang mengenakan bayaran rm90!.Lepas tu buat Foot Scrub rm20 lagi..nyenyaknya tido malam tu alhamdulillah..TQ abang belanja semua ni!

Tuesday, January 1, 2013

thailand trip part 3

Day 3

Pagi

Berbekalkan nama2 tempat dan GPS kami menuju ke destinasi pertama iaitu tempat Baby Elephant Show...Wahh..si amer mula-mula agak takut tengok anak2 gajah buat pelbagai show..mereka bermain gelung, membuat gerakan akrobatik, seekor main muzik harmonica seekor lagi menari dll..bila mula bagi pisang pun lari ketakutan..akhirnya lama2 barulah berani hehehe
gajah cerdik

Tengahari
Meneruskan perjalanan ke National Park Panombenja untuk Elephant Riding dan jungle exploring..wow..kali ni memang challenging sebab kawasan berbukit2 dan berselut2 sebab hujan agaknya malam sebelum tu..kecutt perut!






jalan lecak berbukit2


lepas naik gajah acara wajib elephant feeding..kemudian kami dijamu dengan hidangan buah nenas yang sangat maniss..terbaik! biasanya anak2 tak suka nenas sebab rasa pedih kat lidah, tapi berebut2 kat sini nak makan nenas masya allah!

Petang

Kami meneruskan lagi perjalanan mencari  lagi 2 tempat iaitu hot stream dan emerald pool...Sangat teruja nak tengok macamana tempat ni..kalau lihat di pamplet tour memang menarik! Tempat ni agak2 dalam 40minit dari krabi..kena melintasi airport krabi arah ke trang.tapi memang berbaloi2..

hot spring..hot waterfall macam2 nama diberikan kat signboard buat kita keliru.rupa2nya ni hah..
 Air terjun panas..kami turun ambik wudhuk
 dari sini mengalir ke kawasan kolam bertingkat-tingkat ini


 cantik sangat...tapi mat saleh ada yang duduk dalam kolam kenit tu tak nak keluar2..adoi

Selepas tempat ni..kami macam lost in the woods sebab tak ada dalam gps tempat emerald pool tu dan signboard pun tak de! Menggunakan instinct dan ingatan pada signboard awal2 masuk tadi  akhirnya...alhamdulillah

 Lepas beli tiket kena berjalan kaki dalam 500meter jugak..tapi berbaloi...subhanallah sangat cantik!
 airnya tak sejuk..crystal water!


 ia adalah sebenarnya mata air panas yang membentuk kolam batu kapur...pasir kat bawah tu putih bersih...so macamana kaler air jadi hijau terqouise macam tu? subhanallah kan..rasanya kaler tu datang dari algae atau lumut yang tumbuh di batu kapur sekeliling kolam ni
time to go back..tapi anak2 tak nak balik hehehe...still nak terjun coz nampak anak2 ikan berenang..



thailand trip part 2

day 2

pagi
Masih lagi di Thumrin Hotel, Trang.Melayan anak2 mandi di kolam renang yang cantik, tapi x snap pic sebab hubby sibuk mengosongkan memory untuk trip ke krabi lepas check out. Selepas mandi manda, kami ronda pekan Trang dan bergerak ke Krabi.
 Shopping Mall Robinson ada di Trang..kelass!


Antara landmark Trang, Thailand
motor2nya murah..sport rim kereta pun murah(mm..considering of coming again nak tukar rim kete hehe..)
tut tut yang famous di Thailand
Petang

Setelah check in di Hotel Aonang Grand Inn, hotel budget di krabi, kami mula meronda2 sekitar aonang beach..fuhh..deretan kedai2 yang begitu banyak ala2 pantai cenang di Langkawi atau Bali, Indonesia.
kereta hijauku yang sangat jimat minyak(rm60 full tank dr putrajaya sampai trang..)


Makan pizza, tempura udang, main pasir dan mandi manda sehingga sunset...

Malam
Apalagi..menikmati tomyam seafood kaw kaw dari air tangan orang thailand..pergghh..kalau di KL Res. Chakri boleh menyamai tomyam sebenar di thailand.Kalau di Putrajaya, Res. Tomyam Kung di presint diplomatik memang serupa juga..bahkan masakan ikan masak asam(singgang) terbaiklah di Thailand ni ( ada di tomyam kung juga lalala..promosi hehehe)..selain dari tempat tersebut..hubby saya dah tak mahu order tomyam lagi uwhaaa...x sedap!