Day 4
Pagi
Pakej island hopping telah siap dibayar oleh hubby. Maka kami menunggu sahaja dijemput dengan van tuk tuk dan di bawa ke office Barracuda Tour di tepi Aonang Beach. Sampai di situ kami diberi sticker bulat bewarna hijau..semua dah naik boat panjang yang muatannya menjangkau seramai 30 orang...wow...ramai betul, tapi oklah sebab dapat duduk atas kerusi plastik dan ada life jacket yang mencukupi termasuk snorkelling set. Tapi kami bawa sendiri punya..
MasyaAllah cantiknya Pranang beach...katanya yang tercantik di Krabi..mandi manda selama sejam disitu dan puas mengambil gambar dalam gua, antara pulau, terjunan dari boat fuhh..hebat anakku si Ammar!
Dari Pranang beach melalui Railay dan Tonsai Beach..kedua2 beach ni memang tiada jalan darat..kena naik boat baru sampai.so sesiapa yang ambil hotel di kedua2 beach ni kena naik teksi boat di aonang beach untuk ke situ.
uniknya...ada orang menjual pelbagai makanan atas boat..
Tibalah ke destinasi kedua...chicken Island..wei..bentuk pulaunya memang macam ayam Subhanallah
Di situ kita turun snorkelling..mm..bestt!! tapi arus air rasa sangat kuat menarik2 dari dalam..memang suspen sikit nak pergi sorang2 berenang jauh dari orang..adik amer over exited dah turun bagi makan ikan, naik boat dan nak turun lagi..wah! tak kasi can langsung kat baba swimming solo. Ammar punyalah berani tak mahu pakai life jacket...ciwahh
macam ayam tak?
gua2 yang mengelilingi untuk diexplore!
keliling chicken island..masya allah cantik!
Dari Poda Islan bergerak lagi ke Tup Island...Sampai kat Tup Island entah macamana adik amer mengejar bola terlanggar tali boat..alamak ciannye dia berkesan tergores sikit kulit pipi dan leher..dahlah kejap je mama dapat swimming..the rest relax makan buah dalam boat menunggu semua orang dalam sejam juga.adik tertidur sambil minum susu..
Gambar snorkelling masya Allah...
ammar
ikan besar2 masya allah
Malam