Sunday, May 31, 2009

taif lagi

sebelum saya sekeluarga pulang habis ke malaysia bulan ogos ini kami berusaha menziarahi tempat2 menarik di saudi ini, bila dah balik nanti tak tahu bila pulak nak datang lagi..masjidil haram dan gambar2 sahajalah yang bakal menggamit lagi untuk ke mari..tetapi jika kita datang ke tanah suci melalui pakej haji atau umrah selepas ini amatlah sukar hendak pergi ke situ, memandangkan visa umrah yang terhad masa dan tempat yang boleh di kunjunginya.
di sini saya paparkan tempat2 menarik di taif yang boleh dikunjungi bagi kawan2 dan students yang masih tinggal di saudi dan mempunyai banyak masa dan peluang ber rehlah bersama keluarga dan member2.
ramai di kalangan kita yang pergi ke taif tidak tahu ke mana hendak dituju, sekadar ingin menghirup udara segar dan nyaman, membawa makanan dan makan di taman2 yang cantik menghijau di situ ataupun menghiburkan anak2 ke taman tema yang banyak di sekitar pekan taif..sedangkan lebih dari itu, taif mempunyai kebun buah2an dan bunga ros terbesar di saudi.masa melawat yang paling baik ialah sekitar bulan 3 atau 5, bulan 3 ialah sewaktu musim bunga bermula, bunga2 ros sedang mekar berbunga, buah2an mula berputik manakala bulan 5 ialah masa memetik buah2an seperti epal, strawberi dan limau.bagi peminat pokok kaktus, terdapat banyak kaktus di tanam di taif.


daun2 hijau berubah menjadi pink di musim bunga...very sweet

kilang memproses air ros


ammar dan tokey kilang

selain dari itu taif mempunyai "monkey point", koordinat lokasinya ada dalam gps suami saya dan disitu terdapat banyak monyet2 ber++++ pink... besar, kecik, anak dan ibu berkeliaran menunggu kereta2 yang lalu memberi makanan kepada mereka.anak2 akan merasa teruja melihat banyak monyet di situ, spesisnya agak pelik sedikit dari monyet yang biasa kita lihat di malaysia.sedekahlah makanan kat monyet2 tue hehe..

dan yang terakhir untuk entry ini ialah "frog mountain" iaitu bukit katak. tarikannya ialah kedudukan tanah tinggi berbatu2 ini kelihatan dari jauh seperti katak2 sedang bertenggek...puncak tertinggi di taif ini memberikan satu panorama hijau bumi taif yang sangat mendamaikan hati dan jiwa, menjadi kegilaan kepada orang yang minat mengambil gambar.tak boleh miss tempat nih.

frogs on the mountain

subhanallah..menghijau bumi taif..kebanyakan penduduk adalah petani.kangkung dan bayam yang dijual di jeddah datangnya dari taif.

Saturday, May 30, 2009

dakwah @ taif

bulan 3 yang lalu saya berkesempatan melawat taif. Taif merupakan satu tempat di arab saudi yang menjadi tumpuan pelancong kerana taif mempunyai sejarah tersendiri dalam siri dakwah rasulullah saw pada suatu ketika dahulu.Terletak di kawasan tinggi, taif amatlah sesuai dikunjungi pada musim panas kerana suhunya yang rendah dan udaranya yang nyaman ala-ala cameron highland la kot ( tak lah terlalu sejuk ).

di zaman islam mula-mula bertapak di bumi mekah, rasulullah saw menerima tekanan dan kecaman semasa menyampaikan islam oleh kaum quraisy yang terdiri dari kaum keluarga baginda sendiri. dakwah baginda yang terpaksa dilakukan secara sembunyi2 akhirnya dapat mengumpul kelompok2 kecil dan bilangan itu makin bertambah dari sehari ke sehari.pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi baginda dan orang-orang yang masuk islam bersama baginda seperti bilal bin rabah yang dihempap batu ditengah2 padang pasir, keluarga yaaser terdiri dari isterinya sumayyah, anaknya ammar yang mati dibunuh.. hinggalah baginda saw sendiri yang menerima ancaman untuk dibunuh.

sewaktu berdakwah di taif, rasulullah saw menerima tamparan yang amat hebat..baginda di lempar dengan batu hingga berdarah kaki, dilempar dengan najis, dicaci n dihina.dakwah baginda ditolak oleh mereka bahkan di suatu tempat di taif, beberapa orang quraisy berpakat hendak menolak batu2 besar agar menghempap baginda saw..tetapi kuasa allah maha mengatasi makhluknya, allah memelihara batu besar itu dari bergolek dan menimpa nabi saw, maka selamatlah baginda saw. balingan batu dan najis tidak melemahkan semangat baginda untuk berdakwah, baginda tidak membalas dengan kata-kata geram atu=au marah sebaliknya baginda mengangkat tangan terus berdoa agar allah membuka pintu hati orang2 taif agar menerima islam...indahnya akhlak baginda dalam berdakwah..

inilah tapak tempat rasulullah saw berdoa untuk rakyat taif agar menerima islam


batu2 yg mahu ditolak agar menghempap nabi saw di taif


masjid abdullah bin abbas di taif..bapa saudara nabi yg memeluk islam

Friday, May 29, 2009

ibu oh ibu..

malam ni sampai seru nak updet blog...dah bersawang rumah ku ni tak berpenghuni..

mulakan dengan kegembiraan hati saya dengan kehadiran ibu ke sini...setelah 5 thn lebih permukiman di jeddah..nilah baru ibu saya sampai ke mari..hasrat yang telah lama terbantut setelah kematian bapa tercinta..terima kasih mak kerana datang ke sini!
mak saya ni ada slip disk..so tak kuat hendak berdiri lama, tetapi disebabkan anak buahnya nak datang interview universiti madinah bolehlah mak saya menumpang datang ke sini..tapi rupa2nya anak buahnya yang menumpang dier. apa ke tidaknya..semua urusan mak jadi senang sebab amik wheelchair dari klia sampai keluar dari airport jeddah..masa nak turun tangga kapalterbang di jeddah pakai hidrolic ...x yah turun tangga..huh merasalah si haikal turun ikut hidrolic machine tue hehee..
di airport jeddah tak payah melalui skrin influenza h1n1 ttu, straight je amik barang dan keluar tak sampai sejam..alhamdulillah allah permudahkan urusan mak..


bawak aamer n mak round2 keliling compound rumah petang2

bawak mak g ke mekah buat umrah

di luar masjidil haram

inilah haikal, anak sedara mak, pelajar darul quran

kehadiran mak menjadikan hidup saya dan anak2 ceria...riuh sikit rumah kami seminggu dua ni..masak pon apalagi..yum yum air tangan mak yang dah lama kurindui..tapi saya masak jugak untuk mak hehe..lalu nampaknya dier makan berubah2 angin.
buat ibu..kehadiranmu ke sini merupakan hadiah yang amat berharga untukku..kasihmu tak terbalas wahai ibu..

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...