Saturday, January 31, 2009

family gathering @ abhur




dua hari weekends dipenuhi dengan pelbagai aktiviti di abhur, redsea, jeddah.menginap di chalet bersama2 kawan2 rapat di jeddah, ber bbq di sebelah malam dan aktiviti melukis untuk kanak2 sememangnya memberikan kenangan paling manis buat kami sekeluarga.snorkelling di redsea memang menjadi kegemaran kami sekeluarga sejak datang ke sini, dari tiga family menjadi empat dan akhirnya menjadi semakin meriah dengan pertambahan kawan2 lain yang teruja ingin melihat keaJAIBAN makhluk underwater yang berwarna warni.subhanallah.
ukhuwwah yang terjalin antara kami sangat indah, disulami dengan gelak ketawa ibu2 dan anak2, cukup menyeronokkan, hilang kerinduan kepada keluarga di malaysia.moga ukhuwwah ini diberkati allah dan akan berpanjangan insyaallah.

Tuesday, January 27, 2009

ammar's trip


last monday ammar went on a trip to explore settlement in jeddah.it was a day journey that took him to all over jeddah from north to south.he discovered that builbing, roads, development and bridges is important to ease our livings..mabrook ammar!

AMER MAKIN SEMANGAT



sejak lepas bersunat amer makin bertambah semangat.sekarang amer minum susu 4-5 ounz setiap 2 jam lebih..selang seli dengan minum air madu untuk kuatkan otak dan panaskan badan.dah ada double chin bak kata orang puteh hehe.kus semangat amer!!

Monday, January 26, 2009

amer bersunat


pada hari isnin yang lalu amer telah melalui proses bersunat dengan jayanya..tetapi suara amer satu hospital boleh dengar..menjerit-jerit sekuat-kuatnya dan memang menggegarkan jantung mendengarnya.ammar sampai menangis kat luar sedih dan kesian mendengar jeritan amer.walaubagaimanapun semuanya dah selesai alhmdulillah. cukup 24 jam amer direndam dalam air suam selama setengah jam dan lilitan luka pun dah boleh dibuka dengan mudah..setiap kali tukar pampers hanya perlu titikkan minyak gamat sahaja di tempat luka dan kini amer dah sempurna menjadi seorang BOY!! mabruk amer!!
selepas 2-3 hari amer melaui proses bercukur pula..inilah wajah baru amer

Wednesday, January 21, 2009

talent~~



Bakat atau talent dalam bahasa inggeris atau mauhibah dalam bahasa arab adalah anugerah allah jua kepada manusia.ada orang berbakat dalam berkata-kata, mampu memberi ucapan berapi dan berkesan, ada orang berbakat dalam penulisan, tulisannya mampu menaikkan semangat juang dan jatidiri orang lain, ada orang berbakat dalam berlakon dan perlu diarah ke haluan untuk menaikkan jiwa juang dan jihad kepada penonton..ammar pon ada bakat berlakon walaupun ini adalah kali pertama ammar berlakon, nampaknya tidak nervous dan mampu bercakap dengan kuat. Nanti bila balik malaysia bolehlah ammar menyertai pertandingan pentomin antara sekolah-sekolah agama yang mengetengahkan lakonan berunsurkan agama ok...kat sekolah continental ni biasa la sekolah orang putih, pakaian pon tak menutup aurat, balik malaysia nanti ammar akan masuk sekolah rendah islam al-amin, sekolah yang mampu membimbing anak muridnya kepada pengabdian diri kepada Allah..insyaallah.bila nak balik malaysia tue, tak tahulah lagi..paling lambat hujung bulan 8 kot

quran time!


"iqra' bismirabbikallazi kholaq, kholaqal insaana min 'alaq"

inilah rutin setiap hari ammar selepas maghrib 5 hari seminggu, mengaji al-quran dengan mama.tapi di hujung minggu off mengaji sebab nak keluar ke mana-mana atau orang datang rumah.setakat ini ammar dah baca pertengahan surah Al-Kahfi. tapi ada jugak time2 bulan mengambang tu "liat" ammar nak mengaji, buat macam2 alasan, sakit kaki la, lenguh kaki la, sakit tekak la, mama tetap tak kompromi kecuali betul2 sakit hehe...moga ammar jadi haafiz al-quran di masa akan datang macam abang2 kat madinah insyaallah

ammar sangat gembira



kegembiraan terpancar di wajahnya, inilah yang dikatakan ikatan kasih sayang, anugerah ALlah yang tidak ternilai di dunia ini.kasih abang kepada adiknya, tautan hati dan perasaan yang terjalin, menyubur setiap hari dan waktu. Itulah yang dimaksudkan dalam makna firman allah yang mafhumnya " allah lah yang menyatukan di antara hati-hati kamu, jika kamu membelanjakan segala hartabendamu di dunia ini kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka, allah sahajalah yang menyatukan hati-hati mereka.." syukran ya rabb atas nikmat kasih sayang sesama manusia, tanpa kasih sayang lah manusia akan dengki mendengki, bunuh membunuh dan sebagainya.

Tuesday, January 20, 2009

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...