Tuesday, November 27, 2012

perth part 4

Day 3.
Pagi:



melalui bunburry..singgah rnr beli apricot besar2 manis2..yummy!

Perjalanan sejauh 200km ke selatan Perth menuju ke Yallingup untuk explore Ngilgi Cave...WOW..MASYA ALLAH SUBHANALLAH amazingly beautiful..


The Founder of Ngilgi Cave
 
 
 
 
 

 
 Turun underground..baik2 adik..rasa takut jugak

 



 
Subhanallah...Maha besar keagongan Allah menciptakan gua yang sangat indah ini di bawah perut bumi..
 

 
 
 
 
cantik sangat stalagtite n stalagmite..ni sebahagian kecik je

adik excited..guanya pun bersih n userfriendly
 
Kemudian kami ronda di yalligup reef..subhanallah..indah dan cantik..terus saya beli fish n chips dan makan di bawah pokok atas bukit berviewkan laut...damai dan tenang..

 




Tengahari:
Lepas lunch kami pergi ke rumah api..
 
 
 
 
 
 
 
Carl dari amerika bekerja di Malaysia & Susan the light house guide

Bergerak ke Naturaliste Light House di atas bukit tepi laut...Subhanallah ini adalah antara pemandangan yang sangat indah pernah saya lihat.selain dari ini

Dan ini..

Top of switzerland 2008


Semasa di atas light house tu, seekor ikan paus berenang2 di tengah laut..dan kelihatan beberapa ekor kanggaroo berkeliaran di dalam hutan yang mengelilingi light house ini..wahh..memang over excitedlah anak2..saya rasa gayat bila di atas light house yang tinggi tu sebab angin pun kencang bertiup..rasa nak rebah..tapi si ammar dan amer elok berlari2 pusing keliling..adoii anak2ku..

 

 

 

 
 
 

Petang:


Bergerak ke Bussleton Jetty untuk ke UWO Underwater Observatory iaitu akuarium di bawah jetty 4 tingkat ke bawah laut untuk melihat keindahan coral dan ikan2 yang terdapat di dalam laut. Subhanallah..Ada train di atas jetty.1st time tengok train atas jetty. Menarik kerana jetty ni terlalu panjang, katanya terpanjang di dunia.masya allah!

pakcik driver train  UWO & hubby



 

jetty panjang ke tengah laut 2 km..ammar teruja!takutlah.. hehe..




coral dan ikan di tiang2 jetty underwater..subhanallah

Anak-anak mandi dan main pasir hingga sunset. Banyak gambar sunset tapi belum sempat nak upload. Yang maha penting ialah masa petang tu kan, penguin datang berenang ke tepi, ammar kepung tetiba dapat tangkap!! hah..seronoknya dapat rasa pegang penguin yang berwarna biru tua..cantik comel dan namanya little blue penguin atau fairy penguin. Rasa macam pegang burung merpati atau anak itik..heee besstt sesgt!!

 



 
 

Sambung lagi day 4 bila sempat ya..





Perth part 3

Day 2.

Pagi:

Perjalanan 65km ke selatan Perth menuju ke Mandurah untuk menaiki cruise melihat dolphin memang tidak menghampakan. Dolphin muncul beberapa kali semasa cruising dan 2 kali dalam waktu yang berbeza semasa melayan anak bermain pasir di pantai Dolphin Quay..Waktu air pasang dolphin melompat2 berdekatan dengan pantai dan sangat unik ialah mereka bergerak berpasangan.Masya Allah sungguh menakjubkan haiwan ciptaan Allah yang jinak ini.Gambar x de, hanya video sahaja kerana dia bergerak pantas.
Dolphin Quay






 menyursuri rumah2 bangle percutian artis dan kenamaan

 dolphin muncul celah2 terusan keliling boat...laju x sempat snap



Petang:

Menggunakan gps mencari ladang Macadamia Nuts di Doghill, Mandurah. Punyalah jauh masuk ke dalam ladang ni, melintasi ladang2 lai yang sangat cantik viewnya masya Allah, akhirnya jumpa juga..fuhh, menarik pokok kacang macadamia ni..

buah kacangnya




pokoknya

 buah tin pon ada
 
 tokey macadamia nuts


beli macadamia nuts smoked, roasted and caramel coated ( manis sgt..not recommended)



PERTH part 2

DAY 1

Pagi: Perjalanan sejauh 90 km ke utara Perth, Caversham Wild Life untuk memberi pengalaman kepada adik amer melihat, memegang dan memberi makan kanggaroo dan koala serta beberapa spesies binatang yang tiada di Malaysia.


 


Mula2 amer takut, pastu bila dah mula bagi makan kanggaroo seronok pula hingga tak mahu balik!! masyallah jinak2 kanggaro di situ, makanan berbentuk palette dan yang penting free of charge hehe..ambil aje dr tong yang disediakan. Masya allah kanggaro berwarna kelabu, coklat tua,coklat  muda dan putih pun ada..ramai yang lepak2 je baring tapi bila kita mula beri makanan pakat2 datang kerumun amer heheh
 
 
 
 
 
anak kanggaroo dipanggil wallaby





koala di sini tidur je sebab masih pagi, koala pun sebenarnya binatang yang sensitif, tak dibenarkan membuat bising dan memegangnya, hanya boleh menyentuh bulunya sahaja dengan lembut.



 




 

 


ini di tempat kambing biri2, ada pelbagai show ditunjukkan tentang bagaimana anjing terlatih mengembala kambing biri2, bagaimana bulu di "shear" dan cara menggunakan cemeti untuk menghalau kambing biri2 dan memerah susu lembu..ammar masuk contest menyusukan anak2 kambing dan menang..well done ammar!



bergambar dengan wombat..its huge!

Petang:

Ronda kawasan berbukit dekat bandar Perth tepi Swan River, kawasan orang kaya..rumah Pak Lah ada satu kat situ..rumahnya semua besar2 ala-ala kawasan orang kaya di Shah Alam..memang cantik melihat sunset di situ..Subhanallah..Terus makan Fish n Chips di Kailis..a must do when u r in Perth. Tapi memang mahal la..
 
 



Sunday, November 25, 2012

Misi menerokai Perth @ nov 2012

 
 
 
PErcutian kami tahun ini pada cuti umum sempena Deepavali @ awal muharram ialah di bumi Perth, OZ..MasyaALlah sungguh indah bumi Perth, berlatarbelakangkan sungai Swan dan di kelilingi oleh pantai di Fremantle, Rockingham, Bussleton dan Mandurah, sangat mendekatkan diri kami dan anak-anak menghargai ni'mat ciptaan Allah di pelbagai negara sekeliling dunia..Sungguh indah anugerah ALLAH!



Bilik solat di PErth International Airport..Masya allah, mudah untuk menunaikan solat. tandanya muslim dihormati di Perth.


 





My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...