Selepas check out dari hotel kami terus menuju ke Big Bee Farm untuk melihat bagaimana lebah di Thailand menghasilkan madu dan bee pollen termasuk royal jelly..Wow..pekerja yang menerangkan tu berbahasa Melayu..impressive!
Adanan yang boleh berbahasa melayu
Masya allah..lebah adalah binatang yang sangat unik, ada surah Lebah dalam Al-Quran...queen memilih lebah jantan yang power untuk menghasilkan telur..kemudian lebah jantan mati dan queen bertelur dan lebah betina pekerja akan memberi susu kepada anak lebah. Susu yang diambil dipanggil royal jelly..rasanya masam sedikit.
Lebah ada sistem ricky sebelum mengutip madu..kemudian barulah ramai-ramai lebah betina pekerja akan pegi mengutip madu, menghisap ke dalam perut dan mengeluarkan kembali di sarang...ada madu yang muda dan ada yang mature..
Adapun bee pollen dikutip daripada debunga yang melekat di badan dan kaki lebah menggunakan penapis macam alas kaki untuk manusia..jatuh bee pollen kat situ, dikutip dan dijual. Ia sangat mujarab untuk kecantikan kulit, buang jeragat dan macam-macam lagi..rasanya kelat sedikit..
penerangan panjang lebar tentang lebah dan madu serta cara menentukan madu asli atau gula..
650 bhat= seratus lebih
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Pattaya Sheep Farm. Set up farm ni memang macam Europe country..very English gitu..wow nice view kat sini..
Selepas itu kami terus ke chatucak market..dah tak sabar-sabar ahli rombongan mak kiah nak shopping kat Bangkok..Perjalanan selama dua jam, kita rehat dulu, dapatkan balik tenaga untuk meronda pasar chatucak yang maha luas lagi panas ekekekeke...
Habis dah petang, berbondong-bondiong masing-masing setelah merembat apa yang dihajati. Kami balik check in semula di citin pratunam hotel dan makan malam di restoran halal..sedap banget makan sebab lapar..
Lepas makan sambung lagi shopping keliling hotel..wow..memang sangat menggembirakan hati beli belah kat situ sebab maha murah..makan mangga dan pulut mangga. Pergi spa urut satu badan 250bhat (RM35 sahaja) lagi sekali untuk last service...Sangat segar bila bangun pagi esok..Alhamdulillah..Esok pagi-pagi lepas suboh dah balik. Sekian trip kali ini, terima kasih ANas Travel n Tour sebab sampaikan hajat kami..TQ my sistaa!