Friday, December 28, 2012

thailand trip part 1

Day 1

Pagi

Kami mengambil pakej island tour di Trang melalui Jaravee Guides &Tour (halal food), maka pagi itu van pun datang ambil kami di hotel. Masya  Allah..deco vannya wow..
 jeng jeng jeng..

Kami di bawa ke Marakot Cave..sepanjang perjalanan pemandangan yang sangat indah permai damai dan sangat menyejukkan mata dan merehatkan minda..bukit2 pulau berbatu dikelilingi air yang hijau jernih dan pasir2 yang putih adalah kombinasi warna yang cukup sempurna di mata saya..


Tiba di marakot cave, semua kena pakai life jacket, terjun ke dalam air dan berenang secara berurutan untuk masuk ke gua..wah..pengalaman menarik kerana biasanya kami buat cave exploring dengan berjalan kaki..tapi kali ini dengan berenang..fuhh!



Sampai di tengah-tengah gua subhanallah kelihatan ada cahaya..wahh! ada beach yang dikelilingi batu2 dan langit terang kelihatan di tengah2nya..subhanallah..indah ciptaanMU




back again tru the same cave to our boat..we made it!!

happy face..
Lepas naik boat kami diberi makan bubur kacang..oh enaknya..

Selepas itu, kami terus di bawa ke pulau lain untuk snorkelling..ini saat yang dinanti2kan oleh kami..
masya allah banyaknya ikan yang besar2 dan cantik..




naik dari snorkelling dihidangkan dengan lunch secara buffet..hebat orang thailand..boleh hidang lebih dari 7 lauk.atas boat..apalagi, kami pun makan dengan sepuas2nya sambil terapung2 dibuai ombak..adik amer bukan main lapar lagi..1st experience lah kiranya dia berenang dalam laut dalam dan bila dia campak roti ikan banyak kerumun kat permukaan air..menjerit2 suruh saya tangkap ikan2 tu hehehe
Kemudian kami di bawa ke  satu pulau lain dinamakan bay tu Bats Bay..punyalah banyak kelawar dok bergantungan di tepi2 batu2 tepi pulau tu...snorkelling lagi..masa kat sini, saya dapat tangkap seekor ikan kaler biru belang kuning utk amer..punyalah suka dia tak henti2 bercakap.. over exited la pulak..
Selesai sudah island tour, kami diberi minum kopi panas bersama kek span yang sungguh enak..memang orang thai tak kedekut..kalau pakej di langkawi.. island hopping tak ada makanan pun..sendiri bawa hehe

Malam

Ronda keliling pekan Trang ada deretan kedai2 beraneka macam, restoran, kedai souvenir jangan cakaplah melambak2..macam pasar malamlah kat tempat kita..Ada restoran halal dan kami beli burger ramli buat bekal.ada roti canai pelbagai rasa dijual oleh makcik2 dari narathiwat..rasa pisang, coklat dll..orang putih panggil pancake..sedap dan garing..tapi gambar tak sempat snap..laju je budak2 makan..habis!



Saturday, December 22, 2012

thailand trip via land

 Perjalanan sejauh 1000km dr putrajaya ke Krabi (destinasi utama) memakan masa seperti berikut:
-9 am dr putrajaya-1.30tghri di bukit kayu hitam, kedah termasuk lunch n solat zohor.

alhamdulillah jalan clear.minyak kereta hybrid kami hanya m120 (rm60 tankfull), dan masih berbaki setengah tangki lagi utk perjalanan balik.tol sehala rm65, boleh tahan mahal!

-lepasi sempadan dalam kul 2.30pm terus drive sampai 6pm di Trang, Thailand (destinasi pertama walaupun bukan yang utama)kat thailand jalanrayanya elok, smooth tak berlubang2 atau berdenyut..sekali ngan cari hotel, pakej tour esok hari dll selesai dalam jam 8.00 mlm.
 ikut je gps yang membawa kami menghala ke patalong sampai nampak simpang ke trang dan krabi

selamat sampai di trang...ini antara mercu tanda trang..clockwatch tower.
kami tidur di hotel ni

Wednesday, December 19, 2012

Percutian Ke-2..

Malam ini kami akan mula bertolak selepas ambil anak sulong di Maahad Tahfiz Kuala Selangor..
Jeng...Jeng... Tahu tak kami nak ke mana??

KONVOI kereta ke ...

Krabi Island, Thailand..


ihsan dr internet

Nantikan cerita selanjutnya lepas kami balik pada 25 Disember Insyaallah

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...