Memandangkan Ammar perlukan lesen scuba sebagai persiapan untuk masuk ke akademi ALAM, kami membawanya mengambil lesen diving di Pulau Bidong.Menerusi kawan master dive di situ, dapatlah harga diskaun..Alhamdulillah..
Dari Putrajaya kami bertolak selepas jam 12 tengah malam terus ke Terengganu, berhenti tidur dan solat subuh di RnR LPT, kami sempat makan nasi dagang Terengganu sebagai alas perut sebelum menyeberang ke pulau..Dari jeti Merang kami menaiki bot ke Pulau Bidong dalam tempoh 45 minit sahaja.
Setelah check in, Ammar terus kena masuk kelas scuba, penerangan tentang alat-alat dan terus di bawa ke air untuk mencuba segala alatan..sempat 2x dive untuk hari pertama..Selebihnya 3x dive sehari Saya hanya melayan adik aamir berenang dan membuat snorkelling di tepi pantai..Masya allah..di tepi pantai pon dah ada coral dan ikan-ikan bewarna warni..adik menjerit2 asyik nak bercerita tentang setiap ekor ikan yang dia nampak. Pengalaman baru! Yang paling dia terkejut tengok ikan todak, punya panjang dan besar..asyik aje dia menyebut tentang muncung panjang todak..hihi kelakar! Nanti mama cerita kisah Todak Menyerang Singapura ye!
menurut kawan, dulu pulau ni tempat pelarian sebelum UMT ambil alih..
group student dari Europe ada 5 orang
baba turut menyertai grup students hihi as a buddy diver...baba ambil lesen scuba masa di Jeddah tahun 2004 dulu..red sea divers gitu..fuh!
A DIVER TO BE
main air suka2 dengan kawan2 sebab mama n baba nak snorkelling ke tengah..budak2 ni anak master dive, memang berani sangat2..yang darjah 1 tu pon dah mula kelas scuba dengan ayah dorang..tak padan badan nak bawak tank oksigen tu hehehe..enjoy ajelaa
mama baru balik snorkelling sampai ke tengah..masya allah memang cantik coral2, hijau, merah, kerang besar2 dok menguncup mengembang..ikan jangan cakaplah..subhanallah..banyak bewarna warni dan ada dua ekor yang sangat super besar..terkejut gak menengoknya..Di tengah-tengah dekat dengan boat kat belakang sana, ada sebuah escavator tenggelam masa mengorek bukit bidong ni dulu, terslip dari plantar..menjadilah tukun kat bawah nuh..boleh duduk atas dia..best!
Sayangnya kamera dalam air kami rosak tak dapat nak rakam keindahan underwater pulau bidong...must get a go pro neh next time....
ambik angin lepas dinner..
best spot for relaxing!
Jeng..jeng..jeng..
hasil tangkapan baba n crew member of dive master
Balik Kelantan, bawak balik ikan utk mertuaku (sakit gout) so, masakkanlah untuk mertua..dia suka sangat..segar sikit dari sakitnya
Ammar test power lepas lulus lesen kerete haritu..drive kat lpt..nak laju aje sebab jalan lurus kan..140km sejam, pergh!
Rasa tak percaya naik kereta anak drive..oh aku dah tua kuikuikui (mode:insaf..)