Mula berkenalan di tahun 2000..kau yang amat ku sayang dan ku belai pada saat itu..ini adalah kerana amat tinggi nilai untuk memilikimu...
Biar hujan, biar panas, kau tetap dilindungi dan melindungi..di saat ini kebahagiaan sentiasa menerjah hidupku tatkala bersamamu...

Anakku ammar berusia dua tahun ketika kau mula mewarnai kehidupan kami..sementelah amat berat hatinya untuk berpisah denganmu..kaulah ratu kaulah racun yang sentiasa menceriakan perjalanan hidup kami di bumi kuala lumpur setiap masa...

hari ini kau ku serahkan kepada dia..amat berat untuk ku lakukannya tetapi aku terpaksa...kau telah mempunyai pengganti yang lebih comel dan bertenaga kerana usianya yang masih muda..jangan kau berkecil hati ya..jasamu yang tidak ternilai amat ku hargai dan sentiasa terpahat kukuh di hati ini..

Selamat tinggal V6 sayang...